Denmark, Norway tutup sementara kedutaan di Afghanistan - Utusan Digital

Malaysia News News

Denmark, Norway tutup sementara kedutaan di Afghanistan - Utusan Digital
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 46 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 22%
  • Publisher: 51%

Semua kakitangan kedutaan akan dipindahkan.

COPENHAGEN: Kerajaan Denmark dan Norway memutuskan untuk menutup sementara kedutaan negara itu yang terletak di Kabul atas faktor keselamatan.Perkara itu dimaklumkan oleh menteri-menteri dari Negara Nordik, semalam.

“Rakyat Denmark yang berada di Afghanistan perlu meninggalkan negara itu segera, situasi di sana agak serius,” kata Menteri Luar, Jeppe Kofod dalam sidang akhbar. Jelas Kofod, semua kakitangan kedutaan akan dipindahkan dan bangunan itu akan ditutup buat sementara waktu. Sementara itu, Menteri Luar Norway, Ine Eriksen Soreide dalam sidang akhbar memaklumkan pemindahan itu juga akan ditawarkan kepada warga Afghanistan bekerja di sana yang mempunyai keluarga terdekat di Norway. Menteri Luar Finland, Pekka Haavisto berkata, Parlimen bersetuju menerima kira-kira 130 warga Afghanistan yang bekerja dalam perkhidmatan Finland, Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara bersama keluarga mereka disebabkan situasi keselamatan yang semakin membimbangkan.

Jelas Haavisto, kedutaan Finland akan beroperasi buat masa ini namun ia tertakluk kepada situasi keselamatan berterusan. – AFP

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Kanada tutup pejabat kedutaan di Afghanistan - Utusan DigitalKanada tutup pejabat kedutaan di Afghanistan - Utusan DigitalKanada hantar sepasukan tentera bagi mengawal keselamatan semasa urusan pemindahan rakyatnya
Read more »

Pasar Wakaf Bharu tutup gara-gara lelaki gelang pink - Utusan DigitalPasar Wakaf Bharu tutup gara-gara lelaki gelang pink - Utusan DigitalPasar Wakaf Bharu tutup gara-gara lelaki gelang pink
Read more »

Ingkar SOP PPN: 256 dicekup, 60 premis diarah tutup - Utusan DigitalIngkar SOP PPN: 256 dicekup, 60 premis diarah tutup - Utusan DigitalPasukan Task Force Operasi Pematuhan melakukan pemeriksaan ke atas 1,620 kilang, 16,873 premis perniagaan, 467 tapak pembinaan dan 166 asrama penempatan pekerja.
Read more »

Taliban tahan komander Afghanistan Ismail Khan - Utusan DigitalTaliban tahan komander Afghanistan Ismail Khan - Utusan DigitalTaliban memasuki bandar Herat pada Khamis lalu.
Read more »

10 lokaliti di Sabah; 1 di Pahang kena PKPD - Utusan Digital10 lokaliti di Sabah; 1 di Pahang kena PKPD - Utusan DigitalMenteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tiga lokaliti di Kota Kinabalu iaitu Kampung Pulutan, Manggatal; Kg. Mansiang, Menggatal dan Tapak Bina Hyatt Centric; manakala dua lokaliti di Beaufort iaitu Kg. Brunei,…
Read more »

Kerajaan tambah baik proses vaksin di PPV Persada - Utusan DigitalKerajaan tambah baik proses vaksin di PPV Persada - Utusan DigitalMenteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, kawalan pergerakan khususnya aliran trafik di sekitar PPV berkenaan juga akan dipertingkatkan.
Read more »



Render Time: 2025-03-13 06:15:26