Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, kawalan pergerakan khususnya aliran trafik di sekitar PPV berkenaan juga akan dipertingkatkan.
JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri akan menambah kaunter pendaftaran dan laluan khas bagi golongan warga emas di Pusat Pemberian Vaksin Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada , di sini.
“Polis Diraja Malaysia akan mengawal aliran trafik dengan lebih teratur manakala aplikasi MySejahtera perlu menjadualkan waktu suntikan dengan lebih efektif. “Perkara ini tidak akan berlaku lagi,” katanya dalam satu ciapan di laman sosial Twitter miliknya, hari ini. Hasni berkata demikian sebagai menjawab keluhan masyarakat berhubung kejadian orang awam berkumpul beramai-ramai di PPV berkenaan untuk mendapatkan suntikan mereka. Terdahulu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi ciapan di Twitter dan akaun Instagram rasminya pula bertitah akan menyiasat isu berkenaan.
“Saya akan siasat dan titah kerajaan untuk mengambil tindakan berkenaan isu ini,” titah baginda. -UTUSAN ONLINE
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kehadiran dua maskot ceriakan suasana PPV - Utusan DigitalBagi menghiburkan penerima vaksin dan para petugas yang sudah bertungkus-lumus melancarkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
Read more »
Keadaan sesak di PPV dikawal - Polis - Utusan DigitalPasukan pematuhan mengawal keadaan di pusat tersebut sehingga program vaksinasi selesai.
Read more »
'Saya terkejut lihat keadaan PPV sesak dengan warga asing' - TPM - Utusan Digital'Saya akan menghubungi kementerian yang berkaitan serta pihak polis supaya kejadian ini dapat ditangani segera'.
Read more »
Atasi isu kesesakan warga asing di PPV - TPM - Utusan DigitalHari ini, tular rakaman video mengenai situasi agihan vaksin Covid-19 di PPV Rumah Prihatin Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur yang dikongsi netizen.
Read more »