Sampel kajian melibatkan sebanyak 6,200 isi rumah dengan anak mereka yang disahkan positif Covid-19 antara 1 Jun hingga 31 Disember tahun lalu, di Kanada
OTTAWA: Kajian terkini oleh Jabatan Kesihatan Awam Ontario, Kanada, mendapati golongan kanak-kanak lebih berisiko menyebabkan jangkitan wabak Covid-19 berbanding golongan remaja. Lapor Daily Mail, pasukan penyelidik mendapati golongan kanak-kanak di bawah umur tiga tahun, berisiko 1.
4 kali ganda lebih mudah menyebarkan jangkitan kepada seisi keluarga berbanding yang berusia antara 14 hingga 17 tahun. Kanak-kanak lebih cenderung menyebarkan virus kepada individu berumur antara 20 hingga 40 tahun, sementara, remaja menjangkiti individu lain berusia antara 40 hingga 60 tahun. Kajian tersebut mencadangkan supaya golongan ibu bapa dan penjaga memakai pelitup muka semasa menjaga anak mereka yang sakit di rumah supaya tidak menyebarkan jangkitan kepada adik beradik lain sehingga sembuh. Langkah itu perlu diamalkan walaupun kadar jangkitan dalam kanak-kanak tidak setinggi jangkitan dalam kalangan golongan dewasa. Semasa pandemik mula melanda dan perintah sekatan pergerakan serta arahan kekal berada di rumah dikeluarkan, ujian calitan hanya difokuskan kepada petugas kesihatan dan individu yang mempunyai simptom Covid-19. Perkara itu menyebabkan bilangan kanak-kanak yang didiagnosis lebih sedikit dan kajian mengenai risiko golongan itu menjadi penyebar virus tidak banyak. Sampel kajian melibatkan sebanyak 6,200 isi rumah dengan anak mereka yang disahkan positif Covid-19 antara 1 Jun hingga 31 Disember tahun lalu. Responden dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu berumur kosong hingga tiga tahun, empat hingga lapan tahun, sembilan hingga 13 tahun serta 14 hingga 17 tahun.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News: You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Rakyat perlu bersedia berdepan pandemik Covid-19 lebih lama - Utusan DigitalVARIAN baharu akan terus muncul dari masa ke semasa secara berkala dan akan memberikan lebih banyak cabaran kepada kita dan juga dunia.
Read more »
Program vaksinasi turun kadar kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital - Utusan Digital'Semalam apabila buat pertama kalinya, tidak ada kes jangkitan baharu Covid-19 yang dilaporkan di Labuan dengan sehingga 14 Ogos (semalam), kadar vaksinasi lengkap telah mencapai 88.1 peratus.'
Read more »
Jumlah kanak-kanak dijangkiti Covid-19 naik ketara, kata pakar kesihatan | The Malaysian InsightAda beberapa kes yang dimasukkan ke ICU kerana mengalami komplikasi jantung akibat jangkitan Covid-19.
Read more »
Lebih 28 juta penerima dos vaksin Covid-19 setakat semalam - Utusan DigitalPerkara itu dimaklumkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) dalam satu perkongsiannya di laman Twitter dengan 17,252,314 bagi dos pertama dan 11,060,317 bagi dos kedua.
Read more »
Prestasi Bursa bergantung senario politik, kes Covid-19 - Utusan DigitalPrestasi Bursa bergantung senario politik, kes Covid-19
Read more »




