VARIAN baharu akan terus muncul dari masa ke semasa secara berkala dan akan memberikan lebih banyak cabaran kepada kita dan juga dunia.
KANGAR: Masyarakat perlu lebih terbuka dan bersedia dalam berdepan dengan situasi pandemik Covid-19 yang dijangka berlarutan dalam tempoh lama. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pada masa ini, masih banyak negara lain juga tidak mengisytiharkan bahawa mereka telah bebas sepenuhnya daripada pandemik tersebut.
Titah baginda, selain Malaysia, beberapa negara ASEAN yang berjiran dengan Malaysia juga terus bergelut dengan peningkatan kes jangkitan dan kematian akibat Covid-19 kebelakangan ini. “Kita juga sedar bahawa dalam tempoh 18 bulan yang lalu, kita sudahpun sama-sama menempuhi empat atau lebih gelombang Covid-19 di negara ini dan di seluruh dunia. “Justeru, pendekatan yang terbaik adalah dengan memastikan seluruh dunia bekerjasama dalam menjalankan program vaksinasi masing-masing supaya imuniti kelompok berjaya dibentuk. “Walaupun begitu, sehingga saat tersebut, varian baharu akan terus muncul dari masa ke semasa secara berkala dan akan memberikan lebih banyak cabaran kepada kita dan juga dunia,” titah baginda selepas berkenan berangkat menyantuni dan menyampaikan bantuan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis kepada Saad Khamis, 74, yang merupakan bekas anggota kerahan Tentera Darat Malaysia menghidap penyakit darah tinggi dan merupakan salah seorang penerima bantuan fitrah MAIPs dan bantuan rumah MAIPs.Sementara itu, menyentuh situasi semasa Covid-19 di Perlis yang merekodkan 61 kes baharu semalam, baginda menasihatkan seluruh masyarakat memainkan peranan masing-masing sebagai rakyat bermentaliti kelas pertama dalam tindakan dengan memastikan mereka tidak mendedahkan diri dengan risiko jangkitan wabak tersebut. “Berusaha sedaya upaya mengelakkan diri daripada berada di tempat yang sesak dan terkurung dalam tempoh masa yang lama selain sentiasa elakkan bersembang dengan rakan-rakan di dalam jarak yang dekat walaupun memakai pelitup muka,” titah baginda. Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Sirajuddin Hashim terus menyarankan seluruh masyarakat menerima suntikan vaksin bagi meningkatkan sistem pertahanan badan masing-masing. Katanya, pada masa ini, jangan diadakan sebarang perhimpunan keluarga atau kenduri bagi mengelak risiko jangkitan tersebut. “Semoga dengan langkah-langkah ini, kita dapat mengelakkan jangkitan dalam kalangan ahli keluarga tersayang, rakan sekerja dan jiran tetangga,” katanya. – UTUSAN ONLINE
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Warga asing juga perlu disuntik vaksin Covid-19 - Utusan DigitalWarga asing juga perlu disuntik vaksin Covid-19
Read more »
Lebih 300,000 terima vaksin Covid-19 menerusi Movak - Utusan DigitalMenteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamad Sadique berkata, menerusi program yang menggunakan 25 buah bas yang telah diubah suai itu, seramai 99,418 individu telahpun lengkap menerima dua dos lengkap vaksin berkenaan.
Read more »
Covid-19: Suntikan penggalak sebabkan lebih banyak kematian - Utusan DigitalPemberian dos penggalak dikhuatiri boleh menyebabkan implikasi besar.
Read more »
Covid-19: Kes kematian meningkat dua kali ganda di AS - Utusan DigitalCovid-19: Kes kematian meningkat dua kali ganda di AS
Read more »
Malas dah tengok statistik Covid-19 - Utusan Digital'Hakikatnya, walaupun ramai marah dan kecewa dengan bilangan kes harian Covid-19 yang terus meningkat di negara ini sehinggakan sudah malas ambil tahu, mereka ini sama seperti orang lain, tetap bimbang. '
Read more »
Malaysia perlu PM, kerajaan sah pulih ekonomi, Covid-19 - Utusan DigitalMalaysia perlu PM, kerajaan sah pulih ekonomi, Covid-19
Read more »




