kualalumpur covid19 TERDAPAT 13 kes pulih dan dibenarkan discaj daripada hospital dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari, hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes pulih terus meningkat kepada 8,499 kes dengan kadar kesembuhan 97.9 peratus.
Beliau berkata, sebanyak enam kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan, hari ini dan merekodkan 8,683 kes positif keseluruhan. "Semua enam kes baharu itu membabitkan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara iaitu lima warganegara Malaysia dan seorang bukan warganegara yang juga pemastautin tetap."Sehubungan itu, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 terus berkurangan kepada 63 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan di hospital," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, sehingga kini, dua kes positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi dan satu kes memerlukan bantuan pernafasan. Beliau berkata, tiada kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah 121 kes iaitu 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
13 pesakit Covid-19 sembuh, 6 kes baruSeramai 63 pesakit sedang dirawat. FMTNews Covid19
Read more »
Tiada penularan Covid-19 dalam keluarga mereka yang dikuarantin bulan lalu | The Malaysian InsightTiada penularan Covid-19 dalam keluarga mereka yang dikuarantin bulan lalu
Read more »
Tiada kes Covid-19 tempatan, hanya 3 kes import | The Malaysian InsightKali kedua minggu ini apabila tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan.
Read more »
Tiada diskriminasi perangi Covid-19kualalumpur PADA saat kemuncak jangkitan Covid-19 dalam kalangan pendatang asing di negara ini, sejumlah 207 kes baharu pernah dicatatkan dalam tempoh 24 jam di Malaysia pada 4 Jun lalu.
Read more »
Covid-19: 3 kes import baharu, tiada penularan tempatanputrajaya covid19 TERDAPAT lima kes pulih dan dibenarkan discaj daripada hospital dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari, hari ini.
Read more »
Tiada diskriminasi dalam saringan Covid-19, kata KP Kesihatan | The Malaysian InsightSemua mereka disaring dan menerima rawatan yang sama di hospital.
Read more »