putrajaya covid19 TERDAPAT lima kes pulih dan dibenarkan discaj daripada hospital dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari, hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes pulih terus meningkat kepada 8,486 kes dengan kadar kesembuhan 97.8 peratus.
Beliau berkata, sebanyak tiga kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan, hari ini dan merekodkan 8,677 kes positif keseluruhan. "Tiga kes baharu itu membabitkan tiga kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan ketiga-tiganya membabitkan rakyat Malaysia."Sehubungan itu, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 terus berkurangan kepada 70 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan di hospital," katanya pada sidang media harian berkaitan Covid-19 di Putrajaya, hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, sehingga kini, dua kes positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi dan satu kes memerlukan bantuan pernafasan. Beliau berkata, tiada kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah 121 kes iaitu 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Tiada penularan Covid-19 dalam keluarga mereka yang dikuarantin bulan lalu | The Malaysian InsightTiada penularan Covid-19 dalam keluarga mereka yang dikuarantin bulan lalu
Read more »
Covid-19: Tiada kematian buat hari ke-23kualalumpur covid19 TERDAPAT lima kes pulih dan dibenarkan discaj daripada hospital dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari, hari ini.
Read more »
Make Covid-19 tests affordable for Malaysians working in Singapore, authorities urgedJOHOR BARU: The border with Singapore is set to reopen soon but many, especially daily commuters, are worried about the cost for the mandatory Covid-19 tests that they have to undergo to enter the island republic.
Read more »
US Covid-19 death toll passes 130,000 | New Straits TimesWASHINGTON: The United States passed another grim coronavirus milestone Monday as the death toll from the virus climbed past 130,000, according to a tally kept by Johns Hopkins University.
Read more »
Kumpulan saintis dakwa temui bukti Covid-19 boleh tersebar melalui udara239 saintis dari 32 negara menunjukkan penemuan partikel kecil Covid-19 di udara dan mendesak WHO menyemak semula jangkitan hanya melalui titisan air. FMTNews FMTOhsem Koronavirus
Read more »
Zero Covid-19 case: A target or merely a wish?CORONAVIRUS | Can we achieve this projection by the Health Ministry DG, having now gained freedom to engage in more activities under the RMCO?
Read more »