Bekas Adun Bukit Kayu Hitam meninggal dunia
Bekas Adun Bukit Kayu Hitam Ahmad Zaini Japar meninggal dunia hari ini, ia dimaklumkan anaknya Ahmad Qusyairi di Facebook. – Gambar Facebook, 1 April, 2023.Perkara itu dimaklumkan anaknya Ahmad Qusyairi menerusi hantaran di Facebook yang menyatakan bapanya meninggal dunia pada pukul 5.42 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya , Kuala Lumpur.“Abah pergi di bulan Ramadan yang penuh mulia. Dimaklumkan bahawa ayah saya Datuk Ahmad Zaini Japar telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.
“Solat jenazah dan penghormatan terakhir untuk Allahyarham akan diadakan di rumah Allahyarham di No.176, Jalan Indah 3, Suasana Indah, Jitra, Kedah selepas selesai urusan di hospital,” katanya. Ahmad Qusyairi berkata jenazah kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Changlun, Changlun. Allahyarham Ahmad Zaini yang juga bekas Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Kayu Hitam dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 dan berjaya mempertahankan kerusi itu semasa PRU13 pada 2013.
Bagaimanapun pada PRU14, Allahyarham gagal mempertahankan kerusi itu apabila tewas kepada calon PKR dan difahamkan tidak melibatkan diri dalam PRU15 disebabkan masalah kesihatan. – Bernama, 1 April, 2023.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Bekas ADUN Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zaini meninggal duniaSolat jenazah dan penghormatan terakhir buat Allahyarham akan diadakan di Jitra, Kubang Pasu sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Changlun
Read more »
Keputusan kes rasuah bekas pegawai kanan KBS diketahui 19 April | The Malaysian InsightOtman Arsahd didakwa atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu membabitkan nilai RM38.4 juta.
Read more »
Bekas Ketua Polis Perak kini peguamBekas Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid antara enam orang yang diterima sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya, hari ini.
Read more »
SM Faisal bebas selepas bekas isteri tarik balik kesPeguam pemerhati berkata SM Faisal dan Emilia Hanafi mencapai penyelesaian global supaya semua pertikaian mereka diselesaikan secara baik.
Read more »
PKBM sahkan terima laporan gangguan seksual atlet berbasikal wanita | The Malaysian InsightPresiden PKBM berkata laporan itu membabitkan seorang pelumba wanita negara bagi acara berbasikal bukit.
Read more »