Solat jenazah dan penghormatan terakhir buat Allahyarham akan diadakan di Jitra, Kubang Pasu sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Changlun
ALOR SETAR: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar meninggal dunia pada pukul 5.42 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya , Kuala Lumpur.
Berita duka tersebut dikongsikan oleh anak Allahyarham Ahmad Zaini, Ahmad Qusyairi dalam hantaran di laman Facebooknya kira-kira pukul 6 pagi ini. Katanya, solat jenazah dan penghormatan terakhir buat Allahyarham akan diadakan di Jitra, Kubang Pasu sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Changlun dekat sini.
“Mohon sedekahkan bacaan al-Fatihah untuk Allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah serta ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh,” tulisnya. Ahmad Zaini yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu menjadi wakil rakyat di Bukit Kayu Hitam sejak 2008 sebelum tewas kepada Datuk Halimaton Shaadiah Saad pada Pilihan Raya Umum 2018. –UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kereta Perodua Myvi tok bilal dicuri ketika solat terawih di RompinTiktok milik puterasemantan menyatakan kejadian itu berlaku ketika jemaah sedang menunaikan solat terawih di masjid di Tanjong Gemok di sini pada 25 Mac lalu.
Read more »
Saf: Jangan ‘bocorkan’ pahala solat jemaahtu ‘skrip asas’ yang saya selalu ucapkan kepada jemaah surau kami sebelum memulakan solat Isyak dan tarawih.
Read more »
Agong rasmi Masjid Al-Sultan Abdullah di LabuanSeri Paduka turut berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 1,000 jemaah.
Read more »
Mahkamah perintah lelaki cuba pukul imam dirujuk ke Hospital PermaiAhmad Paijan Abd Rashid didakwa sengaja menyebabkan gangguan kepada solat Subuh di ruang solat utama Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 Ahad lalu.
Read more »