SINGAPURA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan mendengar taklimat perkembangan Projek ...
: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan mendengar taklimat perkembangan Projek Rapid Transit System Link di stesen MRT Woodlands North, di sini.
Seri Paduka Baginda berdua berangkat ke lokasi menggunakan perkhidmatan MRT dari stesen MRT Springleaf, diiringi dua Menteri Pengiring iaitu Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan.Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah kemudiannya diberikan taklimat oleh Menteri Pengangkutan Singapura Chee Hong Tat, mengenai perkembangan projek pembangunan RTS di pihak republik itu selain mengenai perkhidmatan MRT.
RTS Link ialah projek laluan kereta api ulang alik sepanjang kira-kira empat kilometer dengan dua stesen, masing-masing di Bukit Chagar, Johor Bahru dan di Woodlands North, Singapura.Seri Paduka Baginda berdua berada di Singapura untuk lawatan negara dua hari ke republik itu. Lawatan negara itu adalah yang pertama sejak Sultan Ibrahim menaiki takhta pada 31 Jan lepas, dan atas jemputan Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.Lebih banyak syarikat Jerman akan melabur di Malaysia - Chang
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Raja Permaisuri Agong imbas kembali pertemuan manis bersama anak istimewaKUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa terharu dan gembira, apabila dapat bertemu semula dengan seorang anak istimewa...
Read more »
Agong, Raja Permaisuri berkenan sertai Majlis Ramah Mesra AidilfitriYang di-Pertuan Agong,dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri
Read more »
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Ramah Mesra AidilfitriKUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Hari...
Read more »
Agong, Raja Permaisuri tiba di Singapura untuk Lawatan Negara sulungSINGAPURA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba di Singapura hari ini bagi mengadakan Lawa...
Read more »
Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Aidilfitri kepada umat IslamKUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada...
Read more »
Agong, Permaisuri ucap Selamat Hari Vaisakhi, Tahun Baru TamilYang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Vaisakhi dan Tahun Baru Tamil kepada semua masyarakat Sikh dan Tamil di negara ini.
Read more »