KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Hari...
: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri bersama Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan perwakilan asing di Istana Negara di sini.
Majlis berkenaan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Menteri Kabinet, serta pasangan masing-masing. Majlis yang dihadiri kira-kira 400 tetamu itu turut disertai Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Antara juadah yang disajikan ialah lemang, ketupat, rendang, sate, nasi briyani, laksa Johor serta mi rebus Johor yang dihidangkan secara bufet. Majlis berkenaan turut dihadiri perwakilan asing antaranya dari United Kingdom, Turkiye, Mesir, Uzbekistan, Maldives, Senegal dan Ireland.Terdahulu, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Surau Utama Istana Negara.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Agong, Raja Permaisuri berkenan sertai Majlis Ramah Mesra AidilfitriYang di-Pertuan Agong,dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri
Read more »
Raja Permaisuri Agong kenang kembali memori Ramadan di Kuala KangsarKUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mengenang kembali zaman kanak-kanak semasa malam Ramadan di kampung halaman Seri Paduka Baginda...
Read more »
Raja Permaisuri Agong imbas kembali pertemuan manis bersama anak istimewaKUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa terharu dan gembira, apabila dapat bertemu semula dengan seorang anak istimewa...
Read more »
Agong, Raja Permaisuri berbuka puasa bersama pemimpin Kerajaan Perpaduan, perwakilan asingKUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama pem...
Read more »
Raja Permaisuri Agong ziarah pesakit kanak-kanak Hospital Tunku Azizah KLKUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan mencemar duli menziarahi pesakit kanak-kanak di Hospital Tunku Azizah (HTA) K...
Read more »
Raja Permaisuri Agong berkenan agih bubur lambuk di Kampong BharuKUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Pengagihan Bubur Lambuk di Masjid Jamek Kampong Bharu di ...
Read more »