Antara 13 mangsa yang maut turut membabitkan tiga kanak-kanak
MOSCOW: Sekurang-kurangnya 13 orang termasuk tiga kanak-kanak maut selepas sebuah pesawat pejuang tentera Russia terhempas mengenai bangunan kediaman di bandar Yeysk, barat daya Russia.Menurut Kementerian Situasi Kecemasan dalam satu kenyataan, pasukan penyelamat sudah mengakhiri pencarian mangsa di bawah runtuhan bangunan.“Secara keseluruhan, seramai 13 orang maut manakala 19 lagi cedera dalam nahas itu,” jelas kenyataan itu.
Menurut Kementerian Pertahanan Russia, pesawat pejuang itu terhempas ketika menjalani latihan penerbangan dan juruterbang sempat melenting keluar dengan selamat sebelum nahas. Jet pejuang jenis Sukhoi Su-34 terbabit terhempas di bangunan pangsapuri yang didiami kira-kira 600 penduduk dan mencetuskan kebakaran.Terdahulu, Presiden Russia, Vladimir Putin segera mengarahkan `semua bantuan diperlukan’ diagihkan kepada mangsa.
Rakaman visual dari lokasi menunjukkan sebahagian besar pangsapuri sembilan tingkat itu terbakar disebabkan nahas berkenaan dan pihak berkuasa tempatan kemudiannya memaklumkan kebakaran sudah dipadamkan. – AFP/REUTERS
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Suspek tembak MH17 dilantik komander tentera RussiaStrelkov sebelum ini lantang mengkritik tindakan Kremlin perang di Ukraine
Read more »
Three children among the dead in Russian fighter crash near UkraineYEYSK, Russia (Reuters) - At least 13 people including three children were killed when a Sukhoi Su-34 fighter jet crashed into the courtyard of a nine-storey apartment building and exploded in a fireball in southern Russia just across the Sea of Azov from Ukraine.
Read more »
Russian Baikal Reportedly Made 48-Core CPUs For ServersBaikal is probably a name that is foreign to some of you but the Russia-based company, which is a spin-off
Read more »
13 maut, 19 cedera jet pejuang Russia terhempasAntara 13 mangsa yang maut turut membabitkan tiga kanak-kanak
Read more »