Marcus Chua Han Son, a 24-year-old, shares his story living with Tourette Syndrome to raise awareness and inspire others, aiming to be like motivational speaker Nick Vujicic. He discusses the challenges of living with the neurological disorder, the lack of a cure, and the societal reactions to his tics.
, Marcus Chua Han Son tidak pernah menjadikan penyakit itu sebagai penghalang untuk terus bangkit dan meneruskan kehidupan. Menurut jejaka berusia 24 tahun itu, dia juga tidak pernah melihat penyakitnya itu sebagai halangan untuk terus memberi inspirasi kepada orang lain.
Bercita-cita untuk menjadi seperti pakar motivasi kelahiran Australia, Nick Vujicic, Marcus berazam untuk berkongsi kisah hidupnya bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang cabaran sebenar yang dihadapi penghidap Tourette. Menurut Marcus, Sindrom Tourette merupakan gangguan neurologi yang menyebabkan penghidapnya melakukan pergerakan berulang atau mengeluarkan bunyi secara tidak terkawal yang dikenali sebagai ‘tik’. Sehingga kini, tiada ubat yang dapat menyembuhkan Sindrom Tourette. Menurut statistik dari Mayo Clinic, Dianggarkan antara 0.5 hingga satu peratus populasi dunia menghidap sindrom tersebut.
Menurut Marcus, dia mula mengalami simptom Tourette ketika berusia 11 tahun. Pada peringkat awal, tik yang dialaminya tidak begitu serius.
“Pada waktu itu, saya kerap berdehem atau mengeluarkan bunyi seakan-akan berdehem. Tekak saya tidak gatal, tetapi saya rasa seperti ada satu ‘dorongan’ untuk melakukannya.
“Mak saya ingat saya hanya batuk biasa. Namun, apabila keadaan itu berlarutan, saya sering dimarahi kerana keluarga menyangka ia sekadar satu ‘tabiat’, sedangkan saya tidak mampu mengawalnya.
“Keluarga saya berhabis wang untuk mendapatkan pelbagai jenis rawatan. Mak saya juga pernah membelikan ubat-ubatan tradisional Cina, namun saya tetap tidak sembuh,” katanya kepada Utusan Malaysia. Akhirnya, ketika Marcus berusia sekitar 12 hingga 13 tahun, keluarganya membawanya ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Marcus berkata, salah satu cabaran terbesar bagi penghidap Tourette ialah reaksi masyarakat terhadap tik yang dialami terutamanya ketika dia berada di tempat awam.
Ketika baru didiagnosis dengan Tourette, Marcus berkata, dia berasa sangat malu dengan keadaan dirinya.
“Tipulah jika saya tidak rasa malu. Disebabkan tik yang saya alami, saya sering menjadi perhatian dan semua orang akan memandang saya.
“Pada awalnya, saya cuba untuk menahan tik tersebut. Tetapi apa yang orang tidak tahu, saya akan berasa sangat penat, baik dari segi mental mahupun fizikal apabila cuba menahannya. Marcus berkata, rasa malu yang dialaminya sebelum ini semakin berkurang apabila dia menginjak dewasa. Bagaimanapun, katanya, cabaran utama yang dihadapi kini lebih kepada kesakitan fizikal dan rasa lebih yang melampau akibat tik yang dialami.
“Kadang-kadang saya gigit atau pukul diri sendiri hingga tercedera. Semua pergerakan ini berlaku tanpa kawalan. Aktif bersukan Walaupun menghidap Sindrom Tourette, ia tidak menjadi penghalang untuk Marcus kekal aktif dalam bidang sukan. Menurut Marcus, dia kini memberi tumpuan kepada pembangunan diri dan sedang mendalami senaman kalistenik, satu bentuk senaman menggunakan berat badan sendiri.
“Kadangkala, saya bermeditasi untuk mengurangkan tik, tetapi saya lebih gemar keluar dan bersenam,” katanya. Marcus berkata, dia pernah mencuba pelbagai jenis sukan sebelum akhirnya berminat untuk menceburi senaman kalistenik.
“Semua ini saya belajar sendiri secara dalam talian. Saya belajar bagaimana hendak melakukan handstand dan pelbagai teknik lain. Minta masyarakat empati Menurut Marcus, tahap kesedaran terhadap Sindrom Tourette dalam kalangan masyarakat ketika ini masih rendah. Katanya, ada kalanya orang ramai akan memerhati atau menunjukkan rasa simpati terhadapnya apabila berada di tempat awam.
Bagaimanapun, Marcus berkata, penghidap Tourette sepertinya tidak memerlukan simpati, sebaliknya lebih mengharapkan empati daripada masyarakat.
“Saya berharap masyarakat lebih memahami penghidap Tourette seperti saya. Ia bukan sesuatu yang mudah.
“Saya tidak kisah jika orang datang bertanya sama ada saya okay atau tidak, tetapi saya tidak selesa apabila orang memandang saya terlalu lama,” jelasnya. Katanya, meskipun berdepan pelbagai cabaran, dia tetap optimis kerana mempunyai impian dan visi yang jelas dalam hidup.
Tourette Syndrome Inspiration Neurological Disorder Awareness Health Challenges
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Malaysian Man Allegedly Slams Dog Against Wall, Causing Fractured LegAn animal rescuer said the man claimed the dog had bitten him.
Read more »
Young Malaysians must uphold Tun Razak’s legacy, says Higher Education MinisterKUALA LUMPUR: Here is a recap of the announcements that made headlines in Corporate Malaysia.
Read more »
Man charged with making post contemptuous of courtKUALA LUMPUR: Here is a recap of the announcements that made headlines in Corporate Malaysia.
Read more »
China's Young Workers Embrace One-Person AI-Powered BusinessesIncreasing numbers of young Chinese professionals are starting solo businesses leveraging artificial intelligence to circumvent age discrimination in the job market and capitalize on government support for technological self-reliance. These 'one-person companies' are becoming a growing trend, boosted by AI tools and funding initiatives.
Read more »
Embracing analog life: Young Americans detach from their phones for a month in digital detoxWASHINGTON, April 23 — Getting around without Google Maps. No longer scrolling Instagram at the bus stop. Ditching your headphones to hear the birds sing.In March, a group of 20-...
Read more »
Post-Mastectomy Pain Syndrome: A Hidden Struggle for Many WomenMany women experience chronic pain after mastectomy surgery, often poorly diagnosed and treated. This article explores the challenges of post-mastectomy pain syndrome (PMPS), its inconsistent diagnosis, and potential legislative solutions for improved care and insurance coverage.
Read more »
