Pas Leader Rejects Calls to Lift Ban on Books About Communist Party of Malaya

Politics News

Pas Leader Rejects Calls to Lift Ban on Books About Communist Party of Malaya
PasIdris AhmadCommunist Party Of Malaya

Pas Vice President Idris Ahmad criticized calls to lift the ban on two books discussing the Malayan Communist Party (PKM), deeming them insensitive to national history and the feelings of victims' families. He argued that such publications risk glorifying the communist struggle and distorting historical realities.

IDRIS Ahmad memberikan duit raya kepada kanak-kanak pada Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Pas Kawasan Bagan Serai hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABASBAGAN SERAI: Gesaan supaya kerajaan menarik balik pengharaman dua buku berkaitan perjuangan Parti Komunis Malaya disifatkan sebagai tidak sensitif terhadap sejarah pahit negara serta perasaan waris mangsa keganasan komunis.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, naratif yang cuba dibawa melalui penerbitan buku berkenaan dilihat lebih cenderung membina simpati terhadap tokoh tertentu, sekali gus berisiko ‘memutihkan’ sejarah gelap perjuangan komunis di negara ini. “Penulisan seperti ini bukan sekadar sejarah, tetapi membawa naratif yang boleh mengelirukan, khususnya apabila kisah hidup disusun untuk menimbulkan simpati dan menutup realiti sebenar ideologi tersebut,” katanya. Beliau ditemui pemberita pada Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Pas Kawasan Bagan Serai di sini hari ini. Ahli Parlimen Baga Serai itu berkata, secara umumnya masyarakat Malaysia masih menolak ideologi komunis yang dianggap sensitif serta bertentangan dengan nilai agama dan budaya tempatan. Menurutnya, sejarah keganasan komunis bukan sekadar catatan lampau, sebaliknya meninggalkan kesan mendalam terutama kepada generasi terdahulu yang pernah melalui zaman darurat. “Kita mungkin tidak melalui sendiri detik itu, tetapi datuk nenek kita pernah merasai ketakutan, kehilangan dan penderitaan akibat kekejaman komunis. Ini bukan perkara kecil yang boleh dipandang ringan,” ujarnya. Menurutnya, usaha mengangkat semula naratif berkaitan komunis berpotensi mengguris hati waris anggota keselamatan serta mangsa yang terkorban dalam mempertahankan negara. “Mengungkit kembali perkara ini tanpa keperluan hanya akan membuka luka lama. Sejarah itu sudah ada tempatnya, tidak perlu diputar semula dengan tafsiran yang boleh mengelirukan,” katanya. Sebelum ini, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung daripada PKR yang meminta Kementerian Dalam Negeri menarik balik pengharaman dua buku berkaitan tokoh PKM iaitu ‘Memoir Shamsiah Fakeh: Dari Awas ke Rejimen ke-10’ dan ‘Komrad Asi : Dalam Denyut Nihilisme Sejarah’. Difahamkan kedua-dua karya tersebut telah dikenakan notis larangan oleh KDN walaupun belum disenaraikan secara rasmi dalam perintah larangan, sekali gus mencetuskan perdebatan mengenai kebebasan wacana sejarah dan sensitiviti ideologi komunis di negara ini. –

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Pas Idris Ahmad Communist Party Of Malaya Book Ban National History

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Google should allow third-party search engines access to data, EU saysGoogle should allow third-party search engines access to data, EU saysASPEN Vision City is ushering in a new era of future-driven township living in Batu Kawan with the unveiling of Mezon Park Enclave show units.
Read more »

Sabah Opposition Leader Demands Border Demarcation Debate on Pulau SebatikSabah Opposition Leader Demands Border Demarcation Debate on Pulau SebatikParti Warisan president Datuk Seri Mohd Shafie Apdal urges the Sabah government to table a debate on ongoing border demarcation talks involving Pulau Sebatik, citing conflicting claims and a lack of transparency. He emphasizes the need for public knowledge regarding discussions and agreements on matters of sovereignty and calls for adherence to constitutional requirements for any alteration of state boundaries.
Read more »

Wan Saiful Open to Joining PAS if Hamzah DecidesWan Saiful Open to Joining PAS if Hamzah DecidesFormer Bersatu Information Chief Wan Saiful Wan Jan stated he is open to all options, including joining PAS, contingent on the agreement of former Opposition Leader Datuk Seri Hamzah Zainudin's followers. Hamzah is reportedly discussing his party choice with former Bersatu leaders, with Wan Saiful and other political figures suggesting PAS should consider accepting Hamzah to bolster Perikatan Nasional.
Read more »

Speaker Yet to Receive Official Word on Opposition Leader VacancySpeaker Yet to Receive Official Word on Opposition Leader VacancyDewan Rakyat Speaker Tan Sri Johari Abdul stated he has not yet received a formal letter confirming the vacancy of the Opposition leader's post, despite claims by Perikatan Nasional chairman Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar that such a letter was sent following Datuk Seri Hamzah Zainudin's resignation.
Read more »

Kimma renews bid to join Barisan as component partyKimma renews bid to join Barisan as component partyJEDDAH: Johor Darul Ta'zim's (JDT) hopes of becoming the first Malaysian club to reach the AFC Champions League (ACL) Elite semi-finals were dashed after a narrow 1-2 defeat to defending champions Al-Ahli on Friday (April 17).
Read more »

Enam wakil rakyat Pas tuntut penjelasan MB, tidak perlu takut undi tidak percayaEnam wakil rakyat Pas tuntut penjelasan MB, tidak perlu takut undi tidak percayaEnam wakil rakyat Pas tuntut penjelasan MB, tidak perlu takut undi tidak percaya
Read more »



Render Time: 2026-04-20 06:01:58