Major memorandum of understanding (MoU) signed in Kota Kinabalu between SAA Engineering & Marine Sdn. Bhd. and SAAEM Sabah Sdn. Bhd. supporting Sabah's economic development strategy and boosting local and Bumiputera businesses' participation in the oil and gas sector.
NASARUDDIN Salim dan Pengarah Urusan SAA Engineering & Marine Sdn. Bhd, Mohammad Saufi Yusof menandatangani MoU di Kota Kinabalu, Sabah hari ini. KOTA KINABALU: SAA Engineering & Marine Sdn.
Bhd. dan SAAEM Sabah Sdn. Bhd memeterai memorandum persefahaman dalam usaha mengorak langkah strategik bagi menyokong agenda pembangunan ekonomi Sabah. Pengarah Urusan SAAEM Sabah Sdn. Bhd, Nasaruddin Salim berkata, agenda pembangunan itu khusus dalam memperkukuhkan penglibatan syarikat tempatan dan Bumiputera Sabah dalam sektor minyak dan gas yang semakin berkembang.
“Sabah mempunyai potensi yang sangat besar dalam sektor tenaga dan petroleum berikutan kedudukannya sebagai antara negeri pengeluar minyak dan gas utama negara. “Namun, apa yang lebih penting ialah bagaimana pembangunan industri ini dapat memberi manfaat secara langsung kepada ekonomi negeri, syarikat tempatan serta rakyat Sabah sendiri,” katanya pada majlis menandatangani MoU di sini hari ini.
Nasaruddin berkata, kerjasama yang dimeterai bukan tertumpu kepada pembangunan perniagaan semata-mata, tetapi juga kepada usaha membina ekosistem industri yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing melalui pembangunan kapasiti syarikat tempatan, pemerkasaan modal insan serta peningkatan penyertaan usahawan Bumiputera Sabah dalam rantaian nilai industri minyak dan gas. Katanya, SAA Engineering & Marine Sdn. Bhd. yang berasal dari Terengganu, mempunyai pengalaman luas dalam industri minyak dan gas di Malaysia membawa bersama kepakaran teknikal serta pengalaman industri yang amat bernilai.
“Kami percaya pengalaman dan kepakaran itu mampu membantu memperkukuhkan pembangunan industri minyak dan gas di Sabah melalui perkongsian ilmu, pembangunan teknikal, pemindahan teknologi serta peningkatan keupayaan syarikat tempatan agar lebih kompetitif dan berdaya saing. “Penubuhan SAAEM Sabah Sdn. Bhd. pula dilihat sebagai satu inisiatif penting dan tepat pada masanya dalam menyokong dasar pembangunan ekonomi Sabah yang memberi penekanan kepada penglibatan lebih besar rakyat tempatan dalam sektor strategik negeri,” katanya.
Nasaruddin berkata, melalui MoU yang dimeterai, kedua-dua pihak akan bekerjasama memperkukuh pembangunan industri, membuka lebih banyak peluang kolaborasi serta membantu memperkasakan vendor dan kontraktor tempatan Sabah dalam sektor minyak dan gas. –
Mou Sabah Economic Growth Oil And Gas Sector Local Businesses Bumiputera Businesses SAA Engineering & Marine Sdn. Bhd. SAAEM Sabah Sdn. Bhd. Nasaruddin Salim
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Former Marine Corps Commander Sentenced to Three Years in Prison for Death of Marine Cpl.Former Marine Corps 1st Division commander Lim Seong-geun was sentenced to three years in prison on May 8, 2025, for professional negligence resulting in death and violating a military order during a flood search operation in 2023. The court emphasized the importance of safety equipment and the need to respect orders in military operations.
Read more »
Universiti Malaysia Sabah acquires 5 new boats for marine research at IMBUMS has acquired five new boats under the 12th Malaysia Plan for IMB to enhance teaching and marine research activities, replacing ageing research vessels.
Read more »
OGSE Sabah 2026 Conference and Exhibition: Industrial Synergy and Energy Frontier in SabahThe OGSE Sabah 2026 Conference and Exhibition aims to unite Malaysian energy stakeholders to advance the nation's energy ambitions through technical collaboration and knowledge sharing. A central pillar of the event is the mission to secure 60 per cent local contract ownership for Sabahan companies within the State's energy supply chain. The organizers are inviting Malaysian companies nationwide to participate through exhibition booths and sponsorship programs, fostering the collaboration required to meet the State's ambitious ownership goals.
Read more »
DPMM Sabah Branch Focuses on Oil and Gas Sector Amid Collaboration for SAAEM SabahThe Malay Chamber of Commerce Malaysia (DPMM) Sabah Branch has prioritized the oil and gas sector while supporting Sabah-owned SAAEM Sabah Sdn. Bhd. Its president, Datuk M Sapawae Sapawai Tussin, stated that the decision aligns with efforts to enhance local participation. The collaboration aims to strengthen the sector through increased local participation, capacity building, and technology transfer with the support of SAA Engineering & Marine Sdn. Bhd.
Read more »
