Hakim Danish Ramli, the Malaysian rider, faces tough challenges in the real GP of France tomorrow, after finishing 12th in the qualifying session of the Moto3 category, which is part of the Grand Prix of Motosprint France in Litar Le Mans, France today.
Hakim Danish bermula di petak ke-12 pada perlumbaan sebenar GP Perancis di Litar Le Mans, Perancis, esok. - Ihsan SIC RacingPETALING JAYA: Pelumba negara, Hakim Danish Ramli perlu bekerja keras pada perlumbaan sebenar, esok, selepas menempah petak ke-12 dalam sesi kelayakan bagi kelas Moto3 pada Grand Prix Motosikal Perancis di Litar Le Mans, Perancis, hari ini.
Anak jati Terengganu yang mewakili pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSI itu mencatat masa sepusingan 1 minit 40.761 saat untuk memulakan saingan di barisan keempat. Pelumba Leopard Racing, Adrian Fernandez dari Sepanyol mengungguli saingan kelayakan tersebut dengan lakaran masa sepusingan terpantas 1:40.044s. Rakan senegaranya, Maximo Quiles yang bernaung di bawah pasukan CFMOTO Gaviota Aspar Team di kedudukan kedua , manakala, tempat ketiga menjadi milik pelumba Australia, Joel Kelso dari pasukan GRYD-Mlav Racing .
Hakim Danish yang ditimpa kemalangan sewaktu sesi latihan bebas kedua sebelum saingan kelayakan, kini menghuni tangga ke-15 keseluruhan dengan 12 mata berjaya diraihnya. Pelumba berasal dari Terengganu itu memiliki pengalaman beraksi di Le Mans dan seharusnya selok belok litar tersebut sudah dapat dihadamnya bagi menghadirkan tentangan yang baik dalam perlumbaan, esok.
Untuk musim pertama selaku pelumba tetap, Hakim Danish sebenarnya berjaya mempamerkan prestasi yang baik dengan tiga daripada empat pusingan yang telahpun selesai menyaksikan anak muda berusia 18 tahun itu berada dalam kedudukan mata. Kecuali pada saingan pembuka musim di GP Thailand, Hakim Danish gagal meraih sebarang mata selepas dia bergelut untuk menyesuaikan diri dengan jentera dan juga persaingan sengit dalam kejuaraan dunia.
Dengan sasaran satu podium bagi musim pertamanya, Hakim Danish telah mula menunjukkan peningkatan prestasi dan kefahaman yang baik untuk bersaing dengan pelumba-pelumba dalam kelas Moto3. Sokongan pasukan juga penting, terutama dalam membantu Hakim Danish membuat keputusan bagi memilih tayar dan pelarasan jentera yang sesuai dalam setiap pusingan yang disertainya. – UTUSA
Motosport Motobike Racing Motorsport Motogp Motosprint
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Hakim Danish Ramli secures Q2 spot with fourth fastest time in French GP practiceMalaysian Moto3 racer Hakim Danish Ramli qualified for Q2 after posting the fourth fastest time in the official practice session for the French Grand Prix at Le Mans. He expressed gratitude for the positive result and confidence boost ahead of the race.
Read more »
Danish coalition talks fail as king appoints new negotiator after inconclusive electionCOPENHAGEN, May 8 — Talks to form a government in Denmark after inconclusive elections in March failed yesterday and the king appointed a new negotiator to replace Prime...
Read more »
Messi backs Argentina World Cup hopes but warns France and Spain are strongerMIAMI, May 9 — Lionel Messi says Argentina fans are right to dream of a second straight World Cup crown, but warns other contenders, including France and Spain, “are in...
Read more »
Germany, France, Belgium, Ireland and Netherlands to send planes for passengers on hantavirus‑hit cruise shipMADRID, May 9 — Germany, France, Belgium, Ireland, and the Netherlands have confirmed they will send planes to evacuate nationals from their respective countries aboard the...
Read more »
