IJM Corp Takeover Bid Faces Investor Uncertainty, Potential Delays

Business News

IJM Corp Takeover Bid Faces Investor Uncertainty, Potential Delays
IJM CorpSunwayTakeover

A proposed RM11 billion takeover of IJM Corp by Sunway at RM3.15 per share faces potential headwinds, including investor sentiment concerns, pending investigations by Malaysian authorities, and uncertainties regarding strategic asset ownership. Concerns have been raised regarding the impact on national interests and the ongoing investigation by SPRM and LHDN.

PETALING JAYA: Cadangan pengambilalihan IJM Corp Bhd. oleh Sunway Bhd. bernilai RM11 bilion menerusi tawaran sukarela bersyarat pada harga RM3.15 sesaham berpotensi menjejaskan sentimen pelabur serta mengurangkan daya tarikan tawaran pengambilalihan tersebut.

Profesor Madya di i-CATS University College, Kuching, Dr. Abu Sofian Yaacob berkata, laporan mengenai siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri berkaitan isu tertentu melibatkan IJM telah menimbulkan sedikit ketidaktentuan pasaran serta volatiliti harga saham syarikat itu. “Selain isu perdebatan berkaitan pemilikan strategik dan ekuiti bumiputera, terdapat juga pandangan yang menyatakan usaha ini mungkin memberi kesan terhadap pemilikan aset strategik negara. “Ia terjadi walaupun perkara tersebut masih berada pada peringkat perbincangan dan belum merupakan keputusan rasmi,” katanya kepada Utusan Malaysia. Pada 12 Januari lalu, Sunway mencadangkan tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat untuk membeli keseluruhan 3.51 bilion saham IJM Corp Bhd. pada harga tawaran RM3.15 sesaham. Pemegang saham IJM yang berminat mempunyai tempoh untuk mempertimbangkan tawaran itu sehingga 5 petang pada 6 April 2026. Sebelum ini, Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia menolak cadangan itu kerana urus niaga berkenaan akan merugikan kepentingan negara. Mengulas lanjut, beliau berkata, cadangan pengambilalihan itu wajar dipertimbangkan untuk ditangguhkan berikutan ketidakpastian yang timbul daripada siasatan yang masih berjalan. Katanya, sekiranya isu melibatkan SPRM dan LHDN berkembang kepada tindakan yang lebih serius, keadaan itu boleh menjejaskan penilaian semula nilai fundamental IJM serta potensi sinergi selepas pengambilalihan dilaksanakan. “Selain itu, penasihat bebas dan pemegang saham masih dalam proses menilai tawaran berkenaan dengan badan penasihat bebas IJM dijangka mengeluarkan nasihat rasminya sekitar 16 Mac 2026. “Selain itu, tempoh tawaran juga masih dibuka sehingga 6 April 2026. Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk penilaian dan rundingan lanjut,” ujarnya. Tambahnya, sekiranya Sunway atau pihak berkepentingan melihat ruang untuk penambahbaikan tawaran, seperti peningkatan komponen tunai atau premium yang lebih menarik, penangguhan boleh memberi peluang untuk pertimbangan yang lebih menyeluruh. “Namun, dari sudut peraturan tawaran, selagi semua syarat perundangan dan kelulusan pemegang saham dipenuhi, tidak pasti sama ada penangguhan sepenuhnya akan memberi manfaat yang jelas, terutamanya jika momentum pasaran mula memihak kepada harga tawaran semasa,” katanya. – UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

IJM Corp Sunway Takeover Merger & Acquisition Investor Sentiment

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Trump backs television broadcaster Nexstar’s bid for TegnaTrump backs television broadcaster Nexstar’s bid for TegnaUS President Donald Trump backed Nexstar Media Group’s proposed US$3.5 billion acquisition of Tegna Inc.
Read more »

Tan Sri Krishnan Tan Cooperating with MACC InvestigationsTan Sri Krishnan Tan Cooperating with MACC InvestigationsTan Sri Krishnan Tan, former non-executive chairman of IJM Corporation Bhd, confirms full cooperation with the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) regarding ongoing investigations. IJM Corporation also denies allegations of money laundering and links to a UK Serious Fraud Office investigation.
Read more »

RM200mil in cash assistance distributed to flood victims last year, says Ahmad ZahidRM200mil in cash assistance distributed to flood victims last year, says Ahmad ZahidPETALING JAYA: Men's singles shuttler Cheam June Wei's bid to end his seven-year wait for a title in the Azerbaijan International was cruelly cut short by injury.
Read more »

Tabung Amanah Sultan Kedah aims to strengthen targeted welfare support, says Raja MudaTabung Amanah Sultan Kedah aims to strengthen targeted welfare support, says Raja MudaPETALING JAYA: Men's singles shuttler Cheam June Wei's bid to end his seven-year wait for a title in the Azerbaijan International was cruelly cut short by injury.
Read more »

Trading ideas: CIMB, Affin, WCT, Ireka, Midtown, AWC, Matang, AutoCount, Greentronics, Teladan, PLS, Sapura Industrial, IJM, Senheng, Bank Islam, GDBTrading ideas: CIMB, Affin, WCT, Ireka, Midtown, AWC, Matang, AutoCount, Greentronics, Teladan, PLS, Sapura Industrial, IJM, Senheng, Bank Islam, GDBKLANG: The decomposed remains of a woman and a man were found in a house in Setia Alam.
Read more »

IJM Corp Chairman Cooperates with Authorities in MACC InvestigationIJM Corp Chairman Cooperates with Authorities in MACC InvestigationIJM Corporation Bhd's non-executive chairman, Tan Sri Krishnan Tan, is fully cooperating with the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) in their ongoing investigation, the company has stated. The company is committed to maintaining business continuity and upholding strong corporate governance throughout the process.
Read more »



Render Time: 2026-04-18 07:08:42