Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara, mengumumkan bahawa kerajaan berjaya menjimatkan RM4.22 juta subsidi petrol menerusi inisiatif bekerja dari rumah (BDR) melibatkan 357,000 penjawat awam. Beliau juga menekankan konsep TEGAS iaitu tindakan pantas, empati, gagasan jelas, adaptif dan strategi efektif bagi memastikan BDR dilaksana secara berkesan.
SHAMSUL Azri Abu Bakar menyampaikan sijil penghargaan EAIC kepada Ketua Biro Putrajaya, Utusan Malaysia, Maisarah Sheikh Rahim pada majlis ERAT, di Putrajaya. Kerajaan berjaya menjimatkan jumlah perbelanjaan subsidi lebih RM4.22 juta atau 2.14 juta liter bahan api menerusi pelaksanaan inisiatif bekerja dari rumah ( BDR ) melibatkan 357,000 penjawat awam .
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, data itu direkodkan setakat semalam selepas inisiatif itu dilaksanakan pada 15 April lalu. Perlu diingatkan sekali lagi, inisiatif BDR ini bukan bermaksud ‘baring, duduk, rehat’, (sebaliknya) ia bertujuan bagi mengawal penggunaan petrol, maka kerajaan luluskan BDR bermula 15 April lepas. Walaupun tekanan subsidi (meningkat) mendadak, kerajaan akan memastikan perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas, katanya ketika menyampaikan ucaptama ketika merasmikan Majlis Apresiasi ‘Encouraging, Responsibility, Accountability, Trustworthiness’ (ERAT) di sini malam tadi.
Sebelum ini, pada 30 April lalu, kerajaan berjaya menjimatkan RM1.9 juta subsidi petrol RON95 bersamaan 979,632 liter dalam tempoh 10 hari pelaksanaan BDR yang melibatkan 200,000 penjawat awam. Mengulas lanjut, Shamsul Azri berkata, setiap ketua jabatan juga perlu memainkan peranan bagi memfokuskan kepada konsep TEGAS iaitu tindakan pantas, empati, gagasan jelas, adaptif dan strategi efektif bagi memastikan BDR dilaksana secara berkesan. Saya ingin ingatkan agar konsep TEGAS ini diamalkan oleh setiap ketua jabatan dalam kita berhadapan dengan krisis ketika ini.
Saya juga mahu penjawat awam untuk mengimbas kembali nilai ‘MALAYSIA’ iaitu mesra, adil, luhur, amanah, yakin, setia, islah dan arif semasa memberikan perkhidmatan tanpa mengira status individu. Jangan bezakan layanan dengan melihat kepada jawatan. Kalau Datuk datang, kita senyum berseri, tetapi kalau tukang cuci datang berurusan, adakah kita layan sama dengan kita layan Datuk itu, katanya. – KOSMO! ONLIN
Kerajaan Penjimatkan Subsidi Petrol BDR Penjawat Awam TEGAS Konsep Menegaskan Perkhidmatan Rakyat Penjawat Awam TEGAS Konsep Menegaskan Perkhidmatan Rakyat
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Simba’s planned takeover of M1 falls apart as Singtel flags weak domestic marketSINGAPORE, May 24 — A planned S$1.43 billion (RM4.43 billion) takeover of M1 by rival operator Simba has been scrapped, ending what would have been Singapore’s first major...
Read more »
Kerajaan Perlis perlu bertanggungjawab kekalkan kestabilan- UMNO PerlisKerajaan Perlis perlu bertanggungjawab kekalkan kestabilan- UMNO Perlis
Read more »
Work‑From‑Home Policy Saves Over RM4 Million in Fuel Subsidies, Chief Secretary SaysMalaysia's civil‑service remote‑working programme, launched on 15 April, has cut RON95 petrol subsidies by RM4.22 million, equivalent to more than 2 million litres, while urging a culture of fairness and service continuity.
Read more »
WFH initiative has saved govt RM4.22mil in petrol subsidiesVATICAN CITY, May 25 (Reuters) - Catholic popes have been urging global leaders to address social justice issues for 135 years across some two dozen major documents that many of the world's 1.4-billion-faithful can cite by their two- or three-word titles.
Read more »




