Beyond the Breaking News

A Father's Sacrifice | Raya Aidiladha Inspires

Personal Stories News

A Father's Sacrifice | Raya Aidiladha Inspires
Raya AidiladhaIbadahKej Merayakanan

An inspiring tale of a father's unyielding love and devotion for his family, disregarding his own dreams and aspirations. The story highlights the importance of valuing individuals who have made significant sacrifices and forgotten by their loved ones.

Hari Raya Aidiladha memberi pengertian cukup besar. Ia bukan sekadar tentang ibadah penyembelihan, tetapi juga tentang keikhlasan, pengorbanan, ketaatan kepada Allah dan kasih sayang sesama insan.yang sanggup mengorbankan masa muda, impian dan seluruh hidupnya demi keluarga, namun akhirnya dilupakan.

Kisah lelaki yang kini berusia 60 tahun itu dikongsi oleh sahabat zaman kecilnya, Ramli, dalam emel yang dikirimkan baru-baru ini. Bukan untuk menyalahkan adik-adik sahabatnya itu atau mencari siapa benar, siapa yang salah. Sebaliknya, kisah itu wajar dijadikan pengajaran agar sesiapa pun perlu menghargai insan yang banyak berjasa dan berkorban untuk keluarga. Ramli menulis, sahabatnya itu menjadi tulang belakang keluarga sejak berusia 15 tahun, selepas kematian bapa.

Ketika remaja seusia sedang mengejar cita-cita, dia memilih untuk berhenti sekolah demi menyara adik-adik yang masih kecil. Pada sebelah pagi menoreh getah, manakala sebelah petang mengambil upah melakukan kerja-kerja kampung termasuk menebas dan memanjat pokok kelapa. Semua itu dilakukan demi melihat tiga orang adiknya, Amirul, Zain dan Aliah, dapat meneruskan persekolahan dan memiliki masa depan lebih baik. Zamani mengorbankan banyak perkara dalam hidupnya.

Ini termasuk cita-citanya untuk menjadi seorang pendidik. Sayangnya, selepas ketiga-tiga adiknya berjaya dalam kehidupan, masing-masing melupakan abang yang pernah berkorban segalanya untuk mereka. Dalam kiriman emel itu, Ramli berkongsi cerita tentang zaman kanak-kanak mereka yang penuh kenangan. Menurutnya, keluarga sahabatnya itu bukan orang senang.

Bapanya, seorang penoreh getah, manakala ibunya suri rumah. Walaupun hidup susah, satu perkara yang sangat dikagumi tentang keluarga sahabatnya itu ialah kedua-dua orang tua sangat mementingkan pelajaran anak-anak. Namun takdir Allah mengubah segalanya. Selepas bapa sahabatnya itu meninggal dunia akibat dipatuk ular ketika menoreh getah di kebun, seluruh beban keluarga jatuh kepadanya sekali gus mengubah rutin kehidupan sahabatnya itu.

“Ketika kami rakan-rakan sebaya, sibuk ke sekolah di awal pagi, dia pula turun ke kebun menorah getah dan bertungkus lumus mencari rezeki. “Zamani mengorbankan segala impian dan cita-cita demi untuk melihat adik-adiknya berjaya,” tulis Ramli. Sambung Ramli, dia masih ingat pada hari menerima surat tawaran masuk universiti. Zamani adalah orang pertama yang dikongsikan berita itu.

“Dia sangat gembira, namun saya tahu dalam hati kecilnya berasa sedih. Ini kerana impian kami sejak kecil untuk melangkah masuk ke menara gading bersama-sama terkubur begitu sahaja,” tulisnya. Sambung Ramli, sepanjang menuntut di universiti setiap kali cuti semester dia akan pulang ke kampung. Dia melihat sahabatnya itu terus bekerja keras untuk menyara keluarga.

Tahun demi tahun berlalu. Selepas berjaya menamatkan pengajian, dia mendapat pekerjaan di luar negara dan kehidupan menjadi semakin sibuk. Sahabatnya itu pula terus menjalani kehidupan sederhana di kampung. Sesekali dia pulang ke kampung, tetapi tidak lama.

“Setiap kali pulang ke kampung saya tidak pernah lupa bertanya khabar dan menziarahinya. Dia begitu bangga bercerita tentang adik-adiknya yang menunjukkan pencapaian membanggakan dalam pelajaran.

“Saya tumpang gembira. Tanpa pengorbanan sahabat saya, mana mungkin adik-adiknya akan sampai ke tahap itu,” tulisnya. Hari berganti minggu, minggu memasuki bulan, bulan bertukar tahun. Menurut Ramli, sebulan lalu dia mendapat berita tentang keadaan terkini sahabatnya itu.

Menurut Ramli, apa yang dimaklumkan oleh jiran terdekat, sudah hampir setahun adik-adiknya sahabatnya itu tidak pulang ke kampung. Selama ini sahabatnya itu pandai menyembunyikan kesedihan. Walaupun adik-adik mengabaikannya, dia tetap memilih untuk berdiam diri. Di depan orang-orang kampung, dia tetap tersenyum seperti tiada apa-apa berlaku.

Ramli meluahkan rasa terkilan melihat penghujung hidup sahabatnya itu. Ini kerana insan yang banyak berkorban untuk keluarga itu tidak sempat `menumpang senang’ hasil kejayaan adik-adik yang dibesarkan dahulu. Tambah Ramli, dia juga difahamkan hubungan sahabat dan adik-adiknya itu semakin renggang selepas masing-masing berkahwin. Ada antara ipar yang kurang senang menerima kehadirannya dalam keluarga itu.

Mereka menganggap diri sahabatnya itu sebagai beban dan menyusahkan, sedangkan lelaki itulah yang menjadi tulang belakang pasangan mereka. Sebagai individu yang melihat sendiri perjalanan hidup sahabatnya itu sejak kecil, akui Ramli dia sangat sedih dan terkilan.

“Kalau bukan pengorbanan Zamani dahulu, mungkin kehidupan adik-adiknya tidak seperti hari ini. Dia tidak pernah meminta dibalas dengan wang ringgit, dia cuma mahu dihargai sebagai seorang abang,” tulisnya. Di sebalik kehidupan mereka hari ini, ada pengorbanan seorang abang yang telah lama mengorbankan masa muda, cita-cita dan seluruh hidup demi keluarga.

“Insya Allah, saya akan pulang ke tanah air sempena sambutan Hari Raya Aidiladha minggu depan. Perkara pertama selain pulang untuk bertemu mak ayah, saya juga tidak sabar untuk menziarahinya,” tulisnya. Pengajaran paling besar daripada kisah Zamani ini ialah tentang pengorbanan dan menghargai insan yang pernah bersusah payah demi keluarga. Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba ini sepatutnya menjadi waktu untuk kita sama-sama muhasabah diri.

Adakah kita hanya memahami erti korban pada ibadah semata-mata, tetapi lupa menghargai pengorbanan orang lain. Antara ayat al-Quran yang sangat berkait dengan Hari Raya Aidiladha dan makna pengorbanan ialah, “Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi akan sampai kepadaNya ialah ketakwaan kamu” – .

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Raya Aidiladha Ibadah Kej Merayakanan Kekasih Sayang Pengorbanan Penyerahan Islam Menoreh Getah Menebas Pokok Kelapa Memp่วม Kisah

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Selangor Menteri Besar Expresses Gratitude for Sultan's Hari Raya Aidiladha Address, Emphasizes National UnitySelangor Menteri Besar Expresses Gratitude for Sultan's Hari Raya Aidiladha Address, Emphasizes National UnitySelangor Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari expressed his gratitude for the Hari Raya Aidiladha 2026 address by Sultan Sharafuddin Idris Shah, which highlighted the importance of unity and harmony in Malaysia's multiracial society. Amirudin stressed the need to reject selective loyalty, uphold the Rukun Negara, and defend the constitutional framework while warning against attempts to exploit racial and religious sentiments for political gain.
Read more »

3.3 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya sempena Aidiladha3.3 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya sempena AidiladhaLembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan jumlah purata trafik harian di lebuh raya utama dan lebuh raya sambungan mencecah sehingga 3.3 juta kenderaan pada hari puncak sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.
Read more »

Malaysian Highway Authority Expects Heavy Traffic During Hari Raya Aidiladha CelebrationsMalaysian Highway Authority Expects Heavy Traffic During Hari Raya Aidiladha CelebrationsThe Malaysian Highway Authority (MAH) anticipates heavy traffic on major expressways and connecting highways during the peak period of the Hari Raya Aidiladha celebrations. The PLUS highway network is projected to experience the highest traffic volume, followed by the Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE) and the Kuala Lumpur-Karak Expressway (KLK).
Read more »

Crowds Flock To Witness Blonde-Haired ‘Donald Trump’ Buffalo In Bangladesh Before Aidiladha SacrificeCrowds Flock To Witness Blonde-Haired ‘Donald Trump’ Buffalo In Bangladesh Before Aidiladha SacrificeThe bovine&8217;s blonde locks earned the adoration of fans online.
Read more »



Render Time: 2026-05-26 02:15:12