Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang meneliti kenyataan kontroversi Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh yang didakwa menghina sahabat Nabi ketika menyampaikan ceramah politik di Terengganu minggu lalu. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pihaknya masih menunggu maklumat lanjut sebelum siasatan serta tindakan lanjut dilakukan.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang meneliti kenyataan kontroversi Ahli Parlimen Pasir Puteh , Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh yang didakwa menghina sahabat Nabi ketika menyampaikan ceramah politik di Terengganu minggu lalu.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pihaknya masih menunggu maklumat lanjut sebelum siasatan serta tindakan lanjut dilakukan.
"Perkara itu masih dalam perhatian dan tindakan kita. Sebarang maklumat berkaitan isu tersebut, kita masih lagi menunggu daripada pihak berkaitan," katanya pada sidang akbar selepas Majlis Penutupan Program Polis PDRM Special Dialogue 2026 di sini, hari ini. Terdahulu tular video memaparkan Nik Muhammad Zawawi mendakwa Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebagai 'bapa ceti' yang gemar memeras orang miskin semasa zaman jahiliyah manakala Saidina Umar al-Khattab pula digambarkan sebagai lelaki yang zalim serta suka berzina sebelum memeluk Islam.
Kenyataan itu dipercayai disampaikan dalam satu program ceramah politik di Kuala Terengganu, Terengganu pada hujung minggu lalu. Bagaimanapun, Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas itu tampil memohon maaf dan mengakui bahawa beliau kurang cermat dalam mengolah serta menyampaikan maklumat ketika program tersebut.
Polis Diraja Malaysia Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh Ahli Parlimen Pasir Puteh Menyelidiki Kenyataan Kontroversi Menghina Sahabat Nabi Ceramah Politik Terengganu Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas Memohon Maaf Pengolahan Maklumat Program Ceramah Politik Kuala Terengganu Zalim Zina Jahiliyah Islam
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Malaysia Airlines, Firefly offer RM499 festive fares to East Malaysia, add 62 extra flightsKUALA LUMPUR, May 13 — Malaysia Aviation Group (MAG), through Malaysia Airlines and Firefly, is supporting increased travel demand ahead of the upcoming Hari Raya Aidiladha,...
Read more »
Malaysia Airlines, Firefly offering subsidised festive fares for East Malaysia tripsMalaysia Airlines will also operate an additional 62 flights across high-demand routes to Sabah and Sarawak.
Read more »
Polis rampas e-waste bernilai hampir RM50 juta di SerembanPolis merampas sisa elektronik (e-waste) bernilai RM47 juta dalam dua serbuan berasingan di di tiga buah premis di Nilai dan Kuala Sawah di sini baru-baru ini.
Read more »
Polis sahkan lelaki dipercayai warga Bangladesh maut dilanggar lariPolis memburu suspek pemandu sebuah kenderaan utiliti sukan berwarna hitam kerana disyaki melanggar lari seorang lelaki sehingga maut.
Read more »
