The text discusses how journalism has transformed from focusing on a single platform to multiplatform journalism, where journalists now act as video producers, social media managers, and data analysts. It highlights changes driven by audience behavior, the need for media convergence, and the challenges of platformization and maintaining accuracy under time pressure.
DAHULU, suasana bilik berita sering digambarkan dengan bunyi mesin taip atau papan kekunci yang rancak, kepulan asap kopi, serta fokus utama kepada satu matlamat iaitu mengisi slot berita televisyen atau ruang akhbar untuk keesokan hari.hari ini tidak lagi hanya menulis berita, sebaliknya mereka turut berperanan sebagai pembuat video, pengurus media sosial dan penganalisis data dalam satu masa.
Perubahan ini memperlihatkan kemunculan kewartawanan multiplatform. Kandungan berita tidak lagi dihasilkan untuk satu saluran sahaja. Wartawan mengadaptasi dan mengolah semula berita untuk diedarkan merentasi pelbagai platform seperti portal dalam talian, Facebook, Instagram dan TikTok. Mereka menyesuaikan kandungan agar memenuhi kehendak audiens yang mahukan maklumat segera, ringkas dan mudah diakses melalui peranti mudah alih.
Transformasi ini didorong oleh perubahan tingkah laku audiens. Rakyat Malaysia kini bergantung kepada telefon pintar dan media sosial sebagai sumber utama berita. Jika organisasi media gagal hadir di skrin digital, mereka dianggap ketinggalan. Fenomena ini menggambarkan konsep konvergens media, iaitu penyatuan teknologi, kandungan dan struktur organisasi yang memaksa wartawan menguasai pelbagai kemahiran baharu untuk kekal relevan.
Namun, di sebalik kemajuan ini, tekanan terhadap wartawan semakin meningkat. Mereka bekerja dalam kitaran berita yang pantas dan tidak menentu, sering terpaksa menyeimbangkan antara kelajuan penyampaian berita dengan ketepatan fakta. Dalam usaha menjadi yang pertama, risiko kesilapan fakta boleh berlaku dan akhirnya menjejaskan kepercayaan awam terhadap media. Pada masa sama, muncul cabaran baharu yang dikenali sebagai platformisasi.
Organisasi media semakin bergantung kepada platform digital seperti media sosial dan enjin carian milik syarikat teknologi gergasi. Algoritma kini bukan sahaja menentukan tahap capaian berita, malah mempengaruhi bentuk kandungan yang dihasilkan. Kandungan sensasi dan clickbait sering mendapat keutamaan berbanding laporan berkualiti, sekali gus mencetuskan dilema etika dalam kalangan pengamal media. Kajian akademik terhadap fenomena ini menunjukkan penerimaan teknologi dalam bilik berita bukan hanya bergantung kepada alat digital, tetapi juga dipengaruhi oleh budaya organisasi dan persepsi wartawan itu sendiri.
Wartawan kini perlu melaksanakan pelbagai fungsi serentak termasuk tugas editorial, teknikal dan pengurusan audiens. Mereka juga menggunakan analitik data dan automasi dalam proses kerja harian. Walau bagaimanapun, nilai kewartawanan tradisional tetap menjadi asas yang tidak boleh diketepikan. Prinsip seperti ketepatan, integriti dan etika profesional kekal sebagai benteng utama dalam menghadapi dominasi algoritma.
Teknologi seharusnya berperanan sebagai alat sokongan, bukan menggantikan nilai kemanusiaan dalam penyampaian maklumat. Sehubungan itu, masa hadapan bilik berita memerlukan satu model kerja yang lebih dinamik dan fleksibel. Model ini perlu menekankan tiga elemen utama iaitu integrasi antara platform dan fungsi, adaptabiliti terhadap perubahan teknologi serta responsiviti terhadap keperluan audiens. Pendekatan ini membolehkan organisasi media bergerak lebih pantas tanpa mengorbankan kualiti kandungan.
Kesimpulannya, kewartawanan di Malaysia sedang melalui transformasi besar yang menuntut keseimbangan antara teknologi dan nilai kemanusiaan. Walaupun platform digital dan algoritma memainkan peranan penting, wartawan tetap menjadi penggerak utama dalam menentukan hala tuju maklumat. Misi kewartawanan untuk menyampaikan kebenaran demi kepentingan awam perlu terus dipelihara agar tidak tenggelam dalam arus digital yang semakin pantas. Universiti Teknologi Mara & Universiti Islam Selangor
Multiplatform Journalism Media Convergence Platformization Digital News Audience Behavior
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
German Interior Minister Skeptical of Sentencing Children To Total Social Media BanGermany’s interior minister has expressed scepticism about a possible ban on social media use for children aiming to protect them from harmful content and screen time, and thinks such a measure would be hard to enforce and unlikely to resolve the issue on its own
Read more »
Whether cropped or floor-sweeping, the cape returns as fashion’s statement pieceThe Japanese concept of 'kaizen' could be used to describe the evolution of the Forza Horizon franchise. It's a series that began with a simple concept. Playground Games wanted to build an open-world racer that was truer to life than its peers, using the ForzaTech engine.
Read more »
Social media as bad for children as smoking, British doctors sayMultiple mechanics liens have been placed against the estate owned by the couple.
Read more »
PMO, 7 persatuan media negeri jayakan program Korban MediaBahagian Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri (PMO) bersama Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) menjayakan Majlis Korban Media 2.0.
Read more »




