Jay Park and Kim Jae-joong, once leading figures in the early days of K-pop, are now making their mark behind the scenes. Jay Park, previously known for his leadership in 2PM, saw his career derailed by controversy, leading to a brief hiatus in the Korean entertainment industry. However, the establishment of AOMG and H1GHR MUSIC gave him the platform to create his own ecosystem and discover new talent. Kim Jae-joong, as a former member of TVXQ, navigated the rigid confines of the early K-pop industry before forging his own path with JYJ, leading to a more adaptable and empathetic managerial approach for artists.
Tidak semua yang hebat dalam industri hiburan Korea berdiri di atas pentas dan menjadi sorotan lensa kamera. Ada segelintir mereka memilih untuk bermain di belakang tabir kerana mahu berkarya dengan kelebihan yang dimiliki.
Menariknya, ada antara mereka pernah berada di posisi paling hadapan, dikenali dan disanjung peminat. Jika sebelum ini sorakan mungkin menjadi ukuran populariti, tetapi kini mereka menjadi figura penting untuk membentuk generasi baharu dengan pengalaman yang pernah dilalui sendiri. Nama Jay Park sering disebut sebagai simbol perubahan dalam industri hiburan Korea daripada seorang idol kepada figura berpengaruh di belakang tabir. Perjalanannya bermula sebagai ketua kumpulan 2PM, namun kariernya tergugat akibat kontroversi yang memaksanya meninggalkan industri Korea buat seketika.
Penubuhan label seperti AOMG dan H1GHR MUSIC menjadi titik perubahan besar, di mana Jay Park tidak lagi sekadar artis, tetapi pencipta ekosistem. Dia mencungkil bakat baharu, membentuk identiti mereka, dan membuka ruang kepada hip-hop serta R&B berkembang dalam arus perdana. Kim Jae Joong, salah satu figura paling penting dalam evolusi industri K-pop generasi awal yang kini lebih banyak bergerak di belakang tabir. Perjalanannya bermula sebagai ahli TVXQ, salah satu kumpulan paling berpengaruh dalam sejarah K-pop.
Ketika era itu, industri masih sangat ketat dan terikat dengan sistem pengurusan yang keras. Namun selepas melalui konflik kontrak dan perpecahan kumpulan, Kim Jae-joong memilih jalan yang lebih bebas bersama JYJ, sekali gus membuka babak baharu dalam kerjayanya. Kini, dia terlibat dalam pengurusan dan pembangunan artis, menggunakan pengalamannya untuk membentuk sistem yang lebih fleksibel dan memahami keperluan individu. Pendekatannya yang lebih empati, memberi ruang kepada artis baru untuk berkembang tanpa tekanan berlebihan seperti yang pernah dilaluinya.
Bermula sebagai ketua kumpulan Block B, Zico cepat menonjol bukan hanya kerana karisma di pentas, tetapi kerana keupayaannya menghasilkan muzik yang berbeza daripada kebiasaan. Sejak awal pembabitan, dia sudah terlibat dalam penulisan lirik dan mencipta lagu sekali gus menjadikan identitinya sebagai artis yang lengkap bukan sekadar penghibur, tetapi pencipta. Namun, evolusi sebenar Zico berlaku apabila dia melangkah lebih jauh ke belakang tabir. Penubuhan KOZ Entertainment membuka ruang untuknya membentuk generasi baharu mengikut acuannya sendiri.
Bermula sebagai ahli kumpulan BTS, Suga yang dikenali dengan imej tenang dan minimalis itu sangat aktif dalam penulisan lirik, komposer dan penerbitan lagu. Kebolehan itu menjadikannya berbeza daripada ramai idol lain yang bergantung kepada pasukan produksi luar. Seiring kejayaan global BTS, peranan Suga turut berkembang. Dia bukan sekadar penghibur, tetapi juga produser yang membentuk identiti muzik kumpulan tersebut.
Suga yang turut dikenali sebagai Agust D juga menghasilkan lagu untuk artis lain, termasuk nama besar dalam industri Korea dan antarabangsa. Setiap sentuhan muziknya membawa identiti tersendiri secara tidak langsung menjadikannya antara produser paling dihormati dalam generasinya.
Korean Entertainment Industry K-Pop Jay Park Kim Jae-Joong Labels Ecosystem Managerial Approach
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Asean is weaker when GCC is in turmoil: The Philippines cannot be blamed — Phar Kim BengMay 9 — Asean today faces one of the most dangerous geopolitical environments since the end of the Cold War.Wars in West Asia, prolonged instability in the Gulf Cooperation...
Read more »
One year on, how Warisan KL has breathed new life back to Kuala Lumpur's pastThis article reflects on the impact of the Warisan KL theme park in revitalizing Kuala Lumpur's past and looks ahead to future prospects.
Read more »
Kuala Lumpur City Hall extends public park operating hours, offers free RM10 promoKuala Lumpur City Hall (DBKL) has announced the extension of operating hours for 10 public parks, providing city residents with more opportunities for leisure and recreational activities. Minister in the Prime Minister’s Department Hannah Yeoh also mentioned that several other promenades, public fields, and parks under the management of Putrajaya Corporation and Labuan Corporation will open as early as 5.30am.
Read more »
Datuk Dr Chua Kim Hing calls for mindset change in rubbish collection and disposal in Kota KinabaluDr Chua Kim Hing emphasizes the need for a mindset change in proper rubbish collection and disposal in Kota Kinabalu, citing the existence of the Kota Kinabalu Anti-Litter By-Laws 1984 as a deterrent to litterbugs.
Read more »
