Beyond the Breaking News

Maha Suri Food Sdn. Bhd. Malay food products company centre opened by Aminuddin Harun, accompanied by Mohd Roslan Mahayudin

Industry News

Maha Suri Food Sdn. Bhd. Malay food products company centre opened by Aminuddin Harun, accompanied by Mohd Roslan Mahayudin
Minister Of Negeri SembilanAminuddin HarunKlang Valley Location

Malaysian halal food manufacturer Maha Suri Food Sdn. Bhd. opened a new industrial unit with advanced automation technology in Enstek, Nilai, Negeri Sembilan. Minister of Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, highlighted the potential of the company to contribute significantly to the state's economy through the establishment of local supply chains, job creation, and growth of supporting industries. Maha Suri Food Sdn. Bhd. CEO, Datuk Mohd. Roslan Mahayuddin, mentioned the commitment to improving food product quality, halal standards, and technology automation for better food safety.

Aminuddin Harun diiringi Mohd Roslan Mahayudin ketika menandatangani plak perasmian pembukaan kilang Mahsuri Food pada Majlis Perasmian Kilang Perusahaan Syarikat Mahsuri Food Sdn Bhd di Bandar Baru Enstek, Negeri Sembilan semalam.

- UTUSAN/FAISOL MUSTAFASEREMBAN: Mahsuri Food Sdn. Bhd. , pengeluar produk sos dan bahan perasa halal tempatan, merasmikan kilang baharu yang dilengkapi teknologi automasi moden dalam proses pengeluaran di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan. Fasiliti dibangunkan di atas tanah seluas 45,000 meter persegi dengan keluasan binaan sekitar 288,000 kaki persegi itu turut menggunakan sistem kawalan penapaian bagi memastikan konsistensi rasa, aroma dan kualiti produk.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kehadiran industri makanan halal seperti Mahsuri Food dijangka memberi limpahan ekonomi yang signifikan kepada Negeri Sembilan menerusi pengukuhan rantaian bekalan tempatan, peluang pekerjaan dan pertumbuhan sektor sokongan industri. Katanya, pembangunan industri berimpak tinggi seperti Mahsuri bukan sahaja memberi manfaat kepada syarikat itu sendiri, malah turut merangsang aktiviti ekonomi setempat melibatkan pembekal tempatan, sektor logistik, kontraktor, penyedia perkhidmatan dan peniaga kecil di kawasan sekitar.

“Negeri Sembilan memiliki pelbagai kelebihan strategik termasuk lokasi berhampiran Lembah Klang, akses kepada pelabuhan dan lapangan terbang, kawasan industri berpotensi serta tenaga kerja yang boleh terus dibangunkan. “Kita mahu pelaburan yang mencipta pekerjaan, membangunkan bakat, membawa teknologi dan meningkatkan daya saing Negeri Sembilan untuk jangka panjang.

“Kejayaan pelaburan Mahsuri dijangka menjadi pemangkin kepada lebih banyak syarikat untuk melabur di Negeri Sembilan, khususnya dalam sektor bernilai tinggi seperti industri halal, teknologi makanan dan pembuatan moden,” katanya selepas merasmikan Kilang Mahsuri Food di Bandar Enstek di sini semalam. Sementara itu, Pengarah Bukan Eksekutif Mahsuri Food Sdn. Bhd. , Datuk Mohd.

Roslan Mahayuddin berkata, pelaburan dalam teknologi automasi ini merupakan sebahagian daripada komitmen syarikat untuk mempertingkatkan standard pengeluaran. Ujarnya, kilang baharu itu dapat memastikan produk yang dihasilkan terus menepati jangkaan tertinggi pengguna dari segi rasa, kualiti, keselamatan makanan serta pematuhan halal yang ketat.

“Mahsuri komited untuk menyediakan produk berkualiti tinggi kepada pengguna dan menerapkan amalan halal dalam seluruh operasinya, daripada pemilihan bahan mentah, kawalan proses, kebersihan dan penyimpanan, hingga kepada produk akhir yang sampai kepada pengguna. “Produk kami kini telah menembusi beberapa pasaran antarabangsa termasuk Asia Tenggara, Asia Barat dan Indi jadi dengan fasiliti baharu ini, syarikat yakin mampu memenuhi peningkatan permintaan global terhadap produk halal berkualiti tinggi yang dihasilkan di Malaysia.

“Pelaburan ini juga dilihat selari dengan usaha kerajaan memperkukuh sektor pembuatan tempatan, meningkatkan keupayaan eksport dan menarik pelaburan bernilai tinggi ke negara ini,” katanya.alam pengeluaran kicap iaitu antara teknologi utama dalam proses pembuatan kicap. “Teknologi canggih ini membolehkan kawalan suhu, kelembapan dan pengudaraan yang tepat semasa penghasilan koji, satu langkah penting dalam proses penapaian semula jadi bagi kicap.

“Dengan peningkatan dari segi ketepatan dan kestabilan proses, teknologi berkenaan dijangka dapat memperkukuh konsistensi pengeluaran, meningkatkan kecekapan operasi serta menambah baik kualiti keseluruhan kicap. “Ini sekali gus mengukuhkan kedudukan Mahsuri dalam industri pembuatan makanan halal moden yang berdaya saing,” katanya. Beliau berkata, kilang di Bandar Enstek ini mematuhi keperluan pensijilan halal selain turut mengamalkan piawaian keselamatan makanan antarabangsa seperti pensijilan Hazard Analysis Critical Control Point dan ISO 22000.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Minister Of Negeri Sembilan Aminuddin Harun Klang Valley Location Harrowing Industry Prospects Labor Training Opportunities Technology Upgrading And Export Enhancement Bandar Enstek Industrial Site Specific Industries Eligible For Investment Malaysian Food Industry Development Growth Of Halal Food Processing And Modern Technology Value-Added Sector

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Why Are Spicy Foods Like Ayam Gepuk & Sambal So Addictive? Here’s The Science Behind ItWhy Are Spicy Foods Like Ayam Gepuk & Sambal So Addictive? Here’s The Science Behind ItSpicy food is basically edible adrenaline.
Read more »

Penang LRT deal thoroughly vetted despite single-source RFP, says govtPenang LRT deal thoroughly vetted despite single-source RFP, says govtTransport ministry tells why SRS Consortium Sdn Bhd was awarded the project's Package 1 contract through a 'single-source request for proposal'.
Read more »

Semantan Estate Sdn Bhd Seeks Stay of Compensation ProceedingsSemantan Estate Sdn Bhd Seeks Stay of Compensation ProceedingsSemantan Estate Sdn Bhd has filed an application to stay compensation proceedings at the High Court, pending the outcome of its appeal at the Court of Appeal over discovery of documents.
Read more »

Debt collector pleads guilty to sexual assault, wrongful confinement and robberyDebt collector pleads guilty to sexual assault, wrongful confinement and robberyThe nutrients in this common and versatile food has many positive effects on the body.
Read more »



Render Time: 2026-05-23 02:10:22