Tahap kesiapsiagaan keselamatan di kawasan sempadan perairan negara akan terus diperkukuh di utara Sabah yang bersempadan dengan Filipina bagi menangani ancaman pencerobohan serta jenayah rentas sempadan. Selain itu, PM Dato' Seri Anwar Ibrahim mengunjungi Pulau Banggi, Sabah dan Pos Dogoton untuk meninjau tahap kesiapsiagaan di kawasan sempadan Malaysia–Filipina.
ANWAR Ibrahim ketika lawatan kerja ke Pulau Banggi, Sabah dan Pos Dogoton bagi meninjau tahap kesiapsiagaan di kawasan sempadan Malaysia–Filipina. - FACEBOOK PMPETALING JAYA: Tahap kesiapsiagaan keselamatan di kawasan sempadan perairan negara akan terus diperkukuh khususnya di utara Sabah yang bersempadan dengan Filipina bagi menangani ancaman pencerobohan serta jenayah rentas sempadan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu merupakan antara fokus lawatan kerja ke Pulau Banggi, Sabah selepas Sidang Kemuncak ASEAN di Filipina sebelum ke Pos Dogoton bagi meninjau tahap kesiapsiagaan di kawasan sempadan Malaysia–Filipina. Menurut beliau, Pos Dogoton merupakan antara pos keselamatan hadapan yang bersempadan dengan perairan Filipina dan memainkan peranan penting dalam menjaga kedaulatan serta keselamatan perairan negara di utara Sabah.
“Saya turut diberikan taklimat berkenaan pelaksanaan operasi di sini sebelum dibawa melihat kawasan kepulauan berhampiran serta meninjau pengoperasian radar yang menjadi antara aset penting pemantauan keselamatan di kawasan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. Perdana Menteri berkata, penugasan di kawasan terpencil dengan keadaan muka bumi dan cuaca mencabar menuntut ketahanan mental, disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pasukan keselamatan.
“Saya merakamkan penghargaan tertinggi kepada pasukan Angkatan Tentera Malaysia yang ditugaskan menjaga kedaulatan tanah air di Pos Dogoton. “Keteguhan, keberanian dan kesiapsiagaan mereka dalam mempertahankan setiap inci perairan negara daripada sebarang ancaman adalah lambang pengorbanan yang jarang terlihat, namun menjadi benteng yang memastikan kita terus hidup aman dan tenteram,” katanya. –
Malaysia–Philippines Security Anwar Ibrahim Tahap Kesiapsiagaan Pasukan Keselamatan Angkatan Tentera Malaysia Pos Dogoton
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Sabah sasar 60 peratus penguasaan vendor tempatan dalam rantaian tenagaSabah menyasarkan untuk menguasai 60 peratus pegangan kontrak dalam rantaian bekalan tenaga negeri menerusi penganjuran Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Minyak dan Gas dan Peralatan Sabah 2026 (OGSE Sabah 2026).
Read more »
Universiti Malaysia Sabah acquires 5 new boats for marine research at IMBUMS has acquired five new boats under the 12th Malaysia Plan for IMB to enhance teaching and marine research activities, replacing ageing research vessels.
Read more »
OGSE Sabah 2026 Conference and Exhibition: Industrial Synergy and Energy Frontier in SabahThe OGSE Sabah 2026 Conference and Exhibition aims to unite Malaysian energy stakeholders to advance the nation's energy ambitions through technical collaboration and knowledge sharing. A central pillar of the event is the mission to secure 60 per cent local contract ownership for Sabahan companies within the State's energy supply chain. The organizers are inviting Malaysian companies nationwide to participate through exhibition booths and sponsorship programs, fostering the collaboration required to meet the State's ambitious ownership goals.
Read more »
DPMM Sabah Branch Focuses on Oil and Gas Sector Amid Collaboration for SAAEM SabahThe Malay Chamber of Commerce Malaysia (DPMM) Sabah Branch has prioritized the oil and gas sector while supporting Sabah-owned SAAEM Sabah Sdn. Bhd. Its president, Datuk M Sapawae Sapawai Tussin, stated that the decision aligns with efforts to enhance local participation. The collaboration aims to strengthen the sector through increased local participation, capacity building, and technology transfer with the support of SAA Engineering & Marine Sdn. Bhd.
Read more »
