A dermatologist explains the cumulative negative effects of not removing makeup before sleep, including increased risk of acne, irritation, and dull skin. The article highlights how this habit disrupts the skin's natural repair process and affects its protective barrier, potentially leading to various skin issues.
Dalam rutin harian yang padat, ada yang memilih untuk terus berehat tanpa melalui proses pembersihan wajah yang lengkap. Namun dari sudut dermatologi, amalan ini bukan sekadar isu kebersihan, sebaliknya boleh memberi kesan beransur-ansur terhadap kesihatan kulit wajah jika dilakukan secara berulang.
Pakar perunding dan bedah dermatologi, Dr. How Kang Nien berkata, walaupun tidur dengan solekan tidak menyebabkan kerosakan akut dalam satu malam, amalan tersebut boleh mengganggu fungsi semula jadi kulit secara kumulatif jika tidak dikawal. “Secara klinikal, kita melihat peningkatan risiko jerawat, iritasi dan kulit kusam dalam kalangan individu yang tidak membersihkan solekan dengan sempurna sebelum tidur,” katanya kepada Utusan Malaysia.Pada waktu malam, kulit memasuki fasa pemulihan penting yang melibatkan pembaharuan sel serta pemulihan lapisan perlindungan kulit atau skin barrier. Proses ini berperanan mengekalkan kelembapan, melindungi kulit daripada iritasi dan memastikan fungsi kulit kekal seimbang. Namun, apabila solekan tidak dibersihkan, sisa kosmetik bercampur dengan minyak semula jadi , sel kulit mati serta pencemaran akan kekal pada permukaan kulit. Keadaan ini boleh mengganggu proses pembaharuan sel dan seterusnya menjejaskan fungsi perlindungan kulit secara keseluruhan.Dalam aspek jerawat, Dr. Kang Nien berkata bahawa tidur dengan solekan bukanlah punca utama, tetapi ia boleh meningkatkan risiko terutama bagi individu yang sudah terdedah. Campuran sisa kosmetik, sebum dan sel kulit mati boleh menyumbat pori-pori lalu membentuk mikrokomedon, iaitu asas kepada pembentukan jerawat. Persekitaran tertutup ini turut menyokong pertumbuhan bakteria Cutibacterium acnes, yang akhirnya mencetuskan keradangan. Selain jerawat, masalah lain yang boleh berlaku termasuk dermatitis iritan atau alergi, kulit menjadi kasar dan kusam akibat gangguan proses turnover, serta iritasi di kawasan mata seperti blepharitis ringan. Gangguan pada rintangan kulit juga boleh meningkatkan kehilangan air dari kulit, menyebabkan kulit menjadi lebih kering dan sensitif.Bahagian tertentu wajah lebih mudah terjejas berbanding kawasan lain. Kawasan sekitar mata yang mempunyai kulit lebih nipis cenderung mengalami iritasi dengan lebih cepat jika solekan tidak dibersihkan. Kawasan T-zone seperti dahi, hidung dan dagu pula lebih terdedah kepada penyumbatan pori kerana kaya dengan kelenjar minyak. Bibir juga mudah terkesan kerana lapisan perlindungannya lebih lemah, menjadikannya lebih cenderung mengalami kekeringan atau perubahan tekstur. Dari segi jenis produk, solekan mata seperti maskara dan eyeliner berisiko menyebabkan iritasi jika tidak dibersihkan dengan sempurna. Bedak asas pula lebih cenderung menyumbat pori, manakala produk bibir boleh menyebabkan kekeringan atau perubahan pigmentasi jika dibiarkan terlalu lama. Menurut Dr. Kang Nien, individu dengan kulit sensitif atau mudah berjerawat perlu lebih berhati-hati kerana mempunyai tahap keradangan yang lebih rendah. “Dalam kumpulan ini, walaupun hanya sekali-sekala tertidur dengan solekan, ia masih boleh mencetuskan masalah ringan atau iritasi sementara,” jelasnya.Antara tanda awal termasuk peningkatan jerawat atau komedon, tekstur kulit menjadi kasar, kemerahan, rasa pedih serta pori yang kelihatan lebih jelas.Gejala pada mata seperti kemerahan dan rasa berpasir turut menunjukkan kawasan tersebut terjejas akibat sisa solekan yang tidak dibersihkan.Mengulas kaedah pembersihan, Dr. Kang Nien menegaskan penggunaan penanggal solekan sahaja tidak mencukupi untuk memastikan kulit benar-benar bersih. “Pendekatan pembersihan berganda lebih sesuai kerana ia membantu menanggalkan solekan terlebih dahulu sebelum membersihkan sisa yang tertinggal pada kulit,” katanya. Dalam situasi terlalu penat, sekurang-kurangnya bersihkan bahagian muka utama dan mata menggunakan micellar water sebagai langkah minimum. “Walaupun bukan kaedah ideal, ia masih lebih baik daripada tidak membersihkan wajah langsung,” katanya.Selain itu, pemilihan produk non-comedogenic, penggunaan secara sederhana serta penjagaan skin barrier perlu diberi perhatian.Secara keseluruhan, tidur dengan solekan bukanlah satu-satunya punca masalah kulit, namun ia merupakan faktor penyumbang yang signifikan. Dalam banyak kes, kegagalan mendapatkan hasil penjagaan kulit yang diingini sering berpunca daripada pembersihan wajah yang tidak mencukupi, walaupun penggunaan produk lain adalah betul. “Dari perspektif dermatologi, isu utama bukan sekadar penggunaan solekan, tetapi bagaimana ia dibersihkan. Pembersihan yang tidak mencukupi boleh mengganggu fungsi kulit secara beransur dan menjejaskan keberkesanan rawatan kulit secara keseluruhan,” katanya.
Skin Health Makeup Removal Acne Skin Irritation Skincare Routine
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Malaysians must understand impact of Middle East conflict, says AnwarApril 3 (Reuters) - Elon Musk is requiring banks and other advisers working on SpaceX's planned IPO to buy subscriptions to Grok, his artificial intelligence chatbot, the New York Times reported on Friday, citing people familiar with the matter.
Read more »
Boy found sleeping in animal cage garners concernApril 3 (Reuters) - Elon Musk is requiring banks and other advisers working on SpaceX's planned IPO to buy subscriptions to Grok, his artificial intelligence chatbot, the New York Times reported on Friday, citing people familiar with the matter.
Read more »
Justice, Not Vengeance: A Call for Principled Sentencing in a Fatal DUI CaseThis article discusses the complexities surrounding a fatal accident caused by a driver under the influence of alcohol. While acknowledging the tragedy and the public desire for retribution, the author argues against the death penalty, emphasizing the importance of justice, fairness, and the potential for wrongful convictions. The piece explores the limitations of the death penalty as a deterrent and highlights the impact of power and privilege on legal outcomes.
Read more »
Sabah may review diesel subsidies if global energy crisis drags on, says HajijiKUALA LUMPUR, April 6 — A prolonged global energy crisis could impact Sabah’s economy, including a possible review of diesel subsidies if current conditions persist.Chief...
Read more »
Malaysia to Assess Digital Sector Impact from West Asia ConflictThe Malaysian government, through the National Economic Action Council, will assess the impact of the West Asia conflict on the digital sector and other key areas. This involves weekly meetings chaired by the Prime Minister to coordinate responses, safeguard national interests, and ensure economic resilience.
Read more »
Even if Mideast ceasefire is reached, we’ll feel impact, says DPMFadillah Yusof says it is crucial to understand the situation and be prepared for it.
Read more »
