Penjara Kajang menawarkan karipap beku dan produk lain yang dihasilkan oleh banduan, dengan harga yang terjangkau dan beragam jenis makanan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan! Penjara Kajang mungkin bukan lokasi pertama yang terlintas dalam kepala apabila bercakap tentang makanan sejuk beku.
Menariknya, karipap beku yang dihasilkan di sini telah menjadi topik perbualan hangat di antara netizen menerusi laman Threads baru-baru ini. Pengguna bertanya soalan kepada Jabatan Penjara Malaysia adakah orang awam perlu tempah temu janji untuk beli karipap ataupun boleh pergi sahaja. Soalan itu mendapat pelbagai reaksi lucu dan info dari netizen tentang produk hasil air tangan banduan di Penjara Kajang.
View on Threads Karipap Pusing Sejuk Beku Mendapat Perhatian Ramai Persoalan yang dianjurkan oleh pengguna di Threads turut dijawab oleh pihak Jabatan Penjara Malaysia memaklumkan orang awam boleh datang ke kawasan penjara dan beritahu pengawal bahawa mereka ingin ke Prismart Prison Kajang.
“Kalau karipap itu sedap jangan share-share tau takut tak cukup,” seloroh Jabatan Penjara Malaysia membalas soalan tersebut. Selain Daripada Karipap, Terdapat Beberapa Produk Lain & Kuih Raya Juga Walaupun karipap pusing menjadi tumpuan utama, ia bukan satu-satunya produk yang boleh dibeli oleh kita. Orang awam juga boleh mendapatkan makanan lain seperti murtabak, donat, cucur badak dan bahan membuat kuih-muih. Ketika musim perayaan pula, kuih raya tradisional turut dijual sama dan ramai netizen mengatakan kuih tart nanas di Penjara Kajang sedap.
Harga pula tidak terlalu mahal dan masih mampu milik bermula sekitar RM15, bergantung kepada jenis makanan yang anda beli. Menyokong Hasil Kraf Tangan Banduan Penjara Selain daripada makanan, orang awam juga boleh singgah ke galeri jualan My Pride yang menempatkan pelbagai barangan hasil tangan banduan. Antaranya seperti kain batik, songket tenunan dan hasil kraf tangan yang lain.
Inisiatif seperti ini memberi ruang kepada orang awam untuk melihat hasil kerja banduan yang mengikuti latihan kemahiran dan vokasional sepanjang tempoh pemulihan mereka . Pelajari Kemahiran Yang Boleh Dipakai Selepas Menjalani Hukuman Produk yang dihasilkan dari banduan penjara boleh dilihat sebagai salah satu cara untuk memperkenalkan kepada masyarakat luar. Melalui latihan yang diberikan, banduan penjara bukan sahaja boleh menghasilkan produk makanan dan kraf tangan tetapi turut mempelajari kemahiran berguna untuk digunakan selepas tamat menjalani hukuman.
Tambahan pula, menurut netizen ramai mengatakan produk yang dihasilkan oleh banduan ini berkualiti tinggi, sedap dan wajar untuk dicuba. Jika berminat, pergi sahaja ke Penjara Kajang dan maklumkan kepada pengawal bertugas untuk mengunjungi kedua-dua kedai untuk membeli makanan dan kraf tangan yang terletak berdekatan antara satu sama lain.
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Baru Tahu Penjara Kajang Tawar Servis Urutan, Spa & Facial, Ini Antara Pakej Yang Ada Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Dedah Pengalaman Di Penjara Kajang Bersama Najib & PU Azman Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
Penjara Kajang Karipap Pusing Makanan Hasil Air Tangan Benda Tangan Banduan Kuih Raya
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Duo killed in Kajang shootout were part of a robbery gang, says CID directorColombia is home to the most species of birds known to ornithologists. Merlin, an app, is helping to build an 'avian tourism' industry there.
Read more »
Dibuat Oleh Banduan, Karipap Penjara Kajang Kini Jadi Rebutan RamaiPenjara Kajang turut menjual produk makanan lain seperti murtabak, donat dan banyak lagi.
Read more »
PETA Writes To Kajang Prison, Urges Vegan Food For Jailed Najib RazakThe animal rights group stressed that a vegan menu will help reduce healthcare costs as well as to instill non-violent values.
Read more »
PETA Asia Urges Kajang Prison to Introduce Vegan Meals for InmatesPETA Asia has written a letter to Kajang Prison director Mohd Sharin bin Hj Sabtu, urging the prison administration to consider adopting a vegan meal policy. The move could create a calmer prison environment while reducing operational costs for all inmates, including former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.
Read more »




