KU Aznita Ku Abdullah, guru kelas prasekolah, mengatakan bahwa setiap tahun ketika program sukan tahunan, murid prasekolah tidak melepaskan peluang untuk menyertai acara berkenaan dan memperoleh hadiah dalam kalangan pemenang. Program sukan merupakan sebahagian aktiviti kokurikulum bertujuan mengasah bakat masing-masing dalam acara tertentu serta pada masa yang sama, dapat membina keyakinan diri murid berkenaan. Kebanyakan murid prasekolah sangat berbakat dan cukup bersemangat malahan amat ceria apabila bertanding termasuk rakan gembira memberikan sokongan.
KU Aznita Ku Abdullah bersama guru dan murid prasekolah ketika menyertai acara perarakan sukan tahunan di Sekolah Kebangsaan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak Tekam, Jerantut, Pahang baru-baru ini.
Guru kelas prasekolah, Ku Aznita Ku Abdullah, 39, berkata, setiap tahun ketika program itu, murid prasekolah tidak melepaskan peluang menyertai acara berkenaan dan memperoleh hadiah dalam kalangan pemenang.
“Program sukan merupakan sebahagian aktiviti kokurikulum bertujuan mengasah bakat masing-masing dalam acara tertentu serta pada masa yang sama, dapat membina keyakinan diri murid berkenaan. “Kebanyakan murid prasekolah sangat berbakat dan cukup bersemangat malahan amat ceria apabila bertanding termasuk rakan gembira memberikan sokongan,” katanya di SK PPPTR Tekam, Jerantut baru-baru ini.
Menurut Ku Aznita, semasa acara perarakan kejohanan menerusi hasil kreatif guru kelas masing-masing juga menyediakan pelbagai hiasan berwarna-warni rumah dan pakaian sukan untuk tarikan tetamu dan ibu bapa yang hadir menonton. Katanya, acara sukaneka yang disediakan untuk murid prasekolah, iaitu lompat sambil kepit bola, cawan menara, lari dalam guni dan tarik bola guna gelung, sementara acara padang pula melibatkan acara lumba lari 4 x 50 meter , 50 meter lelaki dan perempuan.
Sementara itu, Penolong Kanan Pentadbiran sekolah, Mohd Jusni Yusof berkata, penyertaan murid prasekolah semasa sukan tahunan boleh membina sahsiah, iaitu disiplin diri dan semangat ingin bersaing setiap acara yang mereka sertai. Ujarnya, sebelum kejohanan murid berkenaan termasuk Tahap Satu dan Tahap Dua juga menjalani latihan perarakan rumah sukan dan acara yang mereka sertai supaya berjalan lancar, menepati waktu sekali gus membantu kemeriahan sukan itu. _
KU Aznita Ku Abdullah Guru Kelas Prasekolah Program Sukan Asah Bakat Membina Ketegasan Diri Murid Prasekolah Sukan Tahunan Penyertaan Murid Prasekolah Disiplin Diri Semangat Ingin Berpadu Latihan Perarakan Rumah Sukan Acara Sukan Lumba Lari 4 X 50 Meter (Campuran) 50 Meter Lelaki Dan Perempuan
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pertukaran budaya pupuk minat muridPARA pelajar sangat terbuka terhadap kepelbagaian budaya, bagi mereka bahasa Korea merupakan bahasa yang sangat menarik.
Read more »
Ramai Terhibur 4 Cikgu Menari 'Soda Pop' Sempena Hari GuruMereka sebelum itu telah menarikan lagu 'Bye Bye Bye' oleh kumpulan NSYNC dan mengetuai persembahan lagu viral EEEE A oleh penyanyi Indonesia bernama Dia.
Read more »
Parents reminded that Article 15A citizenship applications now restricted to under-18sKUCHING, May 26 — Women, Childhood and Community Well Being Development Minister Dato Sri Fatimah Abdullah reminded parents that beginning June 1, the special citizenship...
Read more »
Guru wanita maut ditembak ketika pangku bayi berusia dua bulanSeorang guru wanita maut ditembak ketika sedang memangku bayi lelakinya berusia dua bulan dalam satu serangan bersenjata
Read more »




