Beyond the Breaking News

Perpindahan Standar UEC: Kerajaan Ketahuan Memberikan Keterangan Tertumpuk bagi Dasar UEC+2, Menimbulkan Pertikaian

Education News

Perpindahan Standar UEC: Kerajaan Ketahuan Memberikan Keterangan Tertumpuk bagi Dasar UEC+2, Menimbulkan Pertikaian
UECHigher Education InstitutionsAdmission

PETALING JAYA: Kerajaan digesa memberikan penjelasan terperinci mengenai dasar UEC+2 berkaitan kemasukan pemegang Sijil Peperiksaan Bersepadu ke institusi pengajian tinggi awam .

PETALING JAYA: Kerajaan digesa memberikan penjelasan terperinci mengenai dasar UEC +2 berkaitan kemasukan pemegang Sijil Peperiksaan Bersepadu ke institusi pengajian tinggi awam . Presiden Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia , Datuk Tan Yew Sing berkata, pihaknya kesal apabila kerajaan hanya membenarkan pemegang UEC yang lulus Bahasa Melayu dan Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia memohon empat kursus berkaitan bahasa serta pengajian Cina di tiga universiti awam sahaja.

“Sewaktu Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan pada 16 Mei lalu, Perdana Menteri telah menyatakan secara terbuka bahawa pemegang UEC yang layak tidak terhad pilihannya kepada kursus-kursus terkait bahasa semata-mata dan boleh memohon ke mana-mana kursus yang bersesuaian seperti perakaunan. “Namun begitu, kenyataan beliau baru-baru ini jelas bercanggah dengan kenyataan rasmi terbaharu daripada Kementerian Pendidikan Tinggi . Situasi ‘satu dasar, dua nada’ bagi sebuah dasar yang sebegini penting adalah amat mengelirukan.

“Oleh itu, kerajaan perlu segera memperincikan dasar ini secara konkrit demi melenyapkan kemusykilan semua pihak termasuk skop kursus yang boleh dimohon oleh pemegang UEC pada peringkat ini, kaedah pengiraan merit serta saluran pendaftaran,” katanya semasa sidang akhbar di ibu pejabat Dong Zong hari ini. Sebelum ini, isu UEC kembali menjadi pertikaian pelbagai pihak selepas KPT mengumumkan bahawa lepasan sekolah atau institusi tahfiz serta Sekolah Menengah Persendirian Cina berpeluang mengikuti program tertentu yang dikenal pasti di IPTA.

Mereka yang memiliki SPM boleh memohon program ditawarkan melalui sistem UPUOnline mengikut kiraan merit berdasarkan pakej mata pelajaran yang ditetapkan. Bagi calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz, antara program yang dikenal pasti ialah diploma dan sarjana muda dakwah, diploma dan sarjana muda al-Quran dan as-Sunnah, sarjana muda pendidikan tahfiz serta sarjana muda pengajian Islam .

Bagi lepasan SMPC yang memiliki UEC pula, antara program yang boleh disertai ialah sarjana muda sastera pengajian bahasa Cina dengan kepujian, sarjana muda bahasa dan linguistik Cina, sarjana muda sastera pengajian Cina dan sarjana muda bahasa Cina dengan pendidikan. Bagaimanapun, mereka tetap tertakluk kepada syarat lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia serta diperakui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia .

Mengulas lanjut, Yew Sing berkata, kenyataan KPT itu menimbulkan jurang besar berbanding harapan masyarakat Cina yang mahukan laluan ke IPTA secara menyeluruh.

“Dong Zong dan Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia amatlah kesal dengan keputusan tersebut. Kepelbagaian laluan kemasukan ke IPTA tidak harus dipolitikkan.

“Kami secara tegas ingin mengingatkan semua pihak bahawa dasar yang terkait adalah berkenaan penyediaan saluran kemasukan yang pelbagai ke IPTA. Ini merupakan elemen penting dalam skop reformasi dasar pendidikan tinggi dan bukannya berkenaan isu pengiktirafan penuh UEC.

“Isu pengiktirafan penuh UEC adalah lebih luas dan harus merangkumi pengiktirafan terhadap kedudukan pendidikan pelbagai aliran serta pengagihan sumber negara secara adil, termasuklah kelayakan bagi tujuan pelantikan dalam perkhidmatan awam dan permohonan biasiswa tajaan kerajaan. “Kedua-dua perkara ini tidak harus dicampuradukkan dan tidak patut dipolitikkan sama sekali oleh mana-mana pihak,” katanya. –

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

UEC Higher Education Institutions Admission Language Courses Chinese Studies

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Kerajaan menjamin kos elektrik tetap dijaga, walaupunielisconsciousness landskap tenaga duniaKerajaan menjamin kos elektrik tetap dijaga, walaupunielisconsciousness landskap tenaga duniaKerajaan Malaysia menjamin bahawa rata-rata pengguna domestik di negara ini tidak akan terkesan dengan sebarang pelarasan kos elektrik walaupun landskap dunia tenaga kini berdepan dengan tekanan peningkatan kos operasi yang ketara. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengumumkan inisiatif Sustainable Rebate & Incentive Assistance (SuRIA) Home untuk membantu merealisasikan pemantauan dan pengurangan kos penggunaan elektrik di negara ini.
Read more »

Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia gesa tambah baik MyKAS, bukan gantiPertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia gesa tambah baik MyKAS, bukan gantiKota Kinabalu: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menggesa kerajaan Persekutuan menyemak semula dasar kad pemastautin sementara hijau (MyKAS), memberi amaran bahawa syarat k
Read more »

Kerajaan negeri tubuh Peneraju, pandu hala tuju pembangunan PerlisKerajaan negeri tubuh Peneraju, pandu hala tuju pembangunan PerlisKerajaan negeri tubuh Peneraju, pandu hala tuju pembangunan Perlis
Read more »

Sistem Kesihatan Rahsia di Sebalik Hutan di MyanmarSistem Kesihatan Rahsia di Sebalik Hutan di MyanmarSatu sistem kesihatan rahsia di sebalik hutan turut muncul bagi merawat mereka yang tidak berani mendapatkan rawatan di hospital dikawal kerajaan atau tinggal di kawasan luas yang berada di luar kawalan rejim. Khun Sue Reh, 23, yang merupakan graduan bagi program khas tiga tahun kejururawatan itu, berkata keselamatan tidak pernah terjamin. Selain mengikuti kuliah dan peperiksaan seperti biasa, para pelajar turut berdepan serangan udara di hospital tempat mereka menjalani latihan, dron pengintip kerajaan, sekatan jalan raya dan gangguan internet.
Read more »



Render Time: 2026-05-23 11:56:20