Semua agensi di bawah EAIC memberikan komitmen untuk melaksanakan syor penambahbaikan yang dikemukakan hasil siasatan EAIC, kata pengerusinya Ismail Bakar. Cadangan penubuhan Ombudsman Malaysia disifatkan sebagai satu langkah baik bagi memastikan aduan rakyat terhadap penyampaian perkhidmatan kerajaan dapat ditangani dengan lebih berkesan.
PUTRAJAYA: Semua agensi penguatkuasaan di bawah seliaan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan ( EAIC ) memberikan komitmen untuk melaksanakan syor penambahbaikan yang dikemukakan hasil siasatan suruhanjaya itu. Pengerusinya, Ismail Bakar berkata, EAIC tidak bercadang membuat pendedahan terhadap mana-mana agensi yang masih belum mengambil tindakan terhadap syor berkenaan.
Sebab mereka sudah janji untuk memberikan kerjasama untuk memastikan apa juga cadangan penambahbaikan tersebut, mereka akan laksanakan, cumanya mereka mengambil masa sedikit kerana melibatkan perjawatan dan peruntukan dan sebagainya. Sebelum ini, EAIC mahu mengumumkan secara terbuka agensi penguatkuasaan bawah seliannya yang masih gagal mengambil tindakan terhadap syor-syor dapatan siasatan dikemukakannya. Langkah ini diambil bagi menegakkan keadilan dan memastikan keberkesanan institusi tidak dikompromi, selaras dengan mandat suruhanjaya itu kepada rakyat.
Kadang-kadang melibatkan siasatan dia sendiri kerana dalam mengambil tindakan tatatertib kadang-kadang mereka membuat siasatan dalaman mereka sendiri. Dalam itu, beliau berkata, cadangan penubuhan Ombudsman Malaysia disifatkan sebagai satu langkah baik bagi memastikan aduan rakyat terhadap penyampaian perkhidmatan kerajaan dapat ditangani dengan lebih berkesan, sekali gus menambah baik mutu penyampaian perkhidmatan awam.
Ombudsman Malaysia akan menjadi saluran rakyat untuk menyampaikan sebarang aduan berkaitan salah laku, salah tadbir atau kelemahan dalam penyampaian perkhidmatan kerajaan, selain berperanan mentransformasi mutu perkhidmatan awam supaya lebih cekap dan responsif terhadap keperluan rakyat. Insya-Allah pada tahun depan, Ombudsman Malaysia akan mula beroperasi setelah diluluskan di Parlimen. Sekarang ini, masih dalam peringkat pembuatan rang undang-undang. Ini merupakan satu langkah yang baik untuk mentransformasikan perkhidmatan awam, khususnya cara kita memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat
EAIC Penambahbaikan Ombudsman Malaysia Aduan Rakyat Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan Transformasi Perkhidmatan Awam
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
50 bas tambahan tampung permintaan musim Aidiladha, cuti sekolahSebanyak 50 bas tambahan disediakan bagi semua laluan yang diluluskan APAD)kepada pengendali bas menjelang Aidiladha
Read more »
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kendali lebih setengah juta penumpangLapangan Terbang Sultan Ismail Petra (KBR) yang dinaik taraf di Kota Bharu, Kelantan berjaya mengendalikan sebanyak 562,081 pergerakan penumpang bagi tempoh Januari hingga April 2026.
Read more »
EAIC Waits Before Disclosing Unimplemented RecommendationsThe Enforcement Agency Integrity Commission (EAIC) has provided assurances that enforcement agencies will act on yet unimplemented recommendations, citing need for time over issues of staffing and allocations as reasons for delay. The commission stated the assurance they received from agencies was for the sake of launching a sustained effort to oversee the regulation of compliance with existing laws and policies crafted by nation government officials partially emanating from interest group actions and finally facilitating enhancing the overall governance quality and sceptical accountability practices according to adoption by government process and civil sovereign principle. afternoon today.
Read more »
Semua pihak perlu ambil tanggungjawab“Sebab itu kita kena jujur. Sokongan dah level (tahap) dunia tapi prestasi kita kali ini belum sampai tahap itu.”
Read more »




