Filem ini masing-masing dibintangi oleh Bront Palarae, Philip Keung dan Kao Supassara.
Menjelang tayangan rasmi di pawagam seluruh negara bermula 19 Mac ini, filem seram Kong Tao tampil memperkenalkan barisan pelakon antarabangsa Dalam sebuah acara tayangan media dan sidang akhbar yang berlangsung di TGV Cinema, Sunway Pyramid, semalam, 18 Mac, acara tersebut menyaksikan kehadiran pelakon dari pelbagai negara termasuk bintang Thailand, Kao Supassara Thanachat, pelakon Hong Kong, Philip Keung, serta wakil Malaysia seperti Bront Palarae, Yumi Wong dan Eric Lay.
Turut sama memeriahkan majlis ialah pelakon Singapura Glenn Yong dan Mayiduo, selain dua pengarah filem ini, Peiji Goh dan Yong Choon Lin. Dalam sesi bersama media, para pelakon berkongsi pengalaman sepanjang penggambaran yang disifatkan mencabar, khususnya dalam menghidupkan watak-watak yang sarat dengan emosi serta tekanan psikologi. Kolaborasi antara pelakon dari latar budaya berbeza turut menjadi antara elemen menarik dalam pembikinan filem ini.Philip Keung, yang membawakan watak berkait rapat dengan dunia ilmu hitam, memaklumkan beliau mengambil inisiatif mempelajari asas bahasa Thai bagi memastikan penyampaian watak lebih meyakinkan. Sementara itu, Glenn Yong, Eric Lay, Mayiduo dan Yumi Wong menggalas peranan sebagai sekumpulan YouTuber yang menjalankan eksplorasi paranormal di Thailand. Perjalanan mereka yang pada awalnya sekadar mencari pengalaman luar biasa bertukar menjadi mimpi ngeri apabila mereka mula diganggu kejadian aneh selepas pulang ke negara asal. Kao Supassara Thanachat yang baru tiba di Kuala Lumpur turut berkongsi keterujaannya dapat bekerjasama dengan produksi Malaysia, khususnya melalui babak-babak bersama Bront Palarae. Bront pula memegang watak Amin, seorang pemandu pelancong tempatan yang membantu watak Fon dalam menyiasat kejadian-kejadian misteri yang berlaku. Menurut kedua-dua pengarah, filem ini dihasilkan hasil inspirasi daripada kepercayaan dan kisah mistik yang wujud dalam masyarakat Asia Tenggara. Kajian mendalam terhadap elemen budaya serta amalan tertentu menjadi asas dalam membentuk naratif yang lebih autentik dan dekat dengan penonton serantau.Kong Tao membawa kisah seorang wartawan dari Thailand, Fon, menyiasat sebuah kes lama melibatkan sekumpulan pelajar yang dipercayai menjadi mangsa ilmu hitam Dalam usahanya merungkai kebenaran, dia telah bertemu dengan empat YouTuber yang pernah ke Thailand untuk menjalankan aktiviti paranormal. Namun selepas pulang, mereka mula mengalami gangguan aneh yang semakin serius, termasuk kematian misteri salah seorang daripada mereka. Percaya bahawa mereka terkena sumpahan, Fon mendapatkan bantuan pengamal ilmu putih bagi menghentikan perkara tersebut sebelum rahsia sebenar yang lebih gelap mula terbongkar. Kong Tao merupakan hasil kerjasama produksi beberapa negara termasuk Malaysia, Thailand dan Singapura, dengan sokongan Kementerian Komunikasi serta FINAS. Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 19 Mac ini.Read the full storyRead the full story
Brontpalarae Filem Kongtao Kongtaomovie Santau Seismik Seram Sihir
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Bursa Malaysia, global equities weighed down by hawkish Fed, surging oil pricesMarch 18 (Reuters) - Billionaire Elon Musk said late on Thursday that his companies SpaceX AI and Tesla expect to continue ordering Nvidia chips at scale.
Read more »
Malaysia’s pharmaceutical vulnerability exposed by conflictThe intersection of war, energy, and trade makes it clear that investing in health security is no longer a nice-to-have but an existential necessity.
Read more »
Malaysia–Singapore–Thailand horror flick ‘Kong Tao’ digs into black magic beyond the scares — and it lingers (VIDEO)KUALA LUMPUR, March 19 — Don’t expect just jump scares from Kong Tao — the Malaysia–Singapore–Thailand horror co-production leans into black magic rooted in real-life...
Read more »
Malaysia's exports rise 10.8% to RM130.95bil in FebIn the show, she played the protagonist Jang-geum, a woman who rises from palace cook to royal physician.
Read more »
Malaysia's Inflation Rose Modestly to 1.4% in February 2026Malaysia's inflation edged up to 1.4% in February 2026, with the consumer price index reaching 136.0, according to the Department of Statistics Malaysia. The report details sector-specific and regional inflation variations, including food and beverage costs and fuel prices, and compares Malaysia's inflation rate with those of other Southeast Asian countries.
Read more »
Malaysia Bolsters Communication Networks for Hari Raya AidilfitriThe Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) and telecommunications service providers are implementing measures to strengthen communication networks nationwide to ensure seamless service during the Hari Raya Aidilfitri celebrations, focusing on network optimization, 5G activation, and temporary solutions in areas prone to congestion.
Read more »
