SANDANAN: Sandakan Potensi Pelopor & Penanda Pelancongan Selamat & Sihat

EDUCATION News

SANDANAN: Sandakan Potensi Pelopor & Penanda Pelancongan Selamat & Sihat
SANDAKANEKOSATWA PELANCONGANSALTANAN

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan berkata sasaran tersebut boleh dicapai dengan kerjasama Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dan agensi-agensi lain terutamanya yang terletak di bawah Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac). Beliau melihat Sandakan dan Batu Sapi mempunyai potensi besar untuk menjadi penanda aras pelancongan selamat dan mampan di Sabah.

SANDAKAN : Sandakan yang terkenal dengan tarikan ekopelancongan berpotensi menjadi peneraju serta penanda aras pelancongan selamat dan sihat di rantau ini menerusi pengukuhan budaya keselamatan serta kesihatan pekerjaan dalam sektor pelancongan dan komuniti setempat.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan berkata sasaran tersebut boleh dicapai dengan kerjasama Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara dan agensi-agensi lain terutamanya yang terletak di bawah Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya . AdvertisementBeliau berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan UN Tourism pada tahun 2024 menegaskan bahawa aspek kesihatan dan keselamatan perlu dijadikan keutamaan dalam pembangunan sektor pelancongan yang lebih mampan, inklusif dan berdaya tahan.

“Menurut WHO pengalaman ketika berhadapan pandemik Covid-19 membuktikan bahawa sektor pelancongan dan kesihatan saling berkait rapat khususnya dalam melindungi pelancong, pekerja industri serta komuniti setempat,” katanya ketika merasmikan Majlis Apresiasi Pemerkasaan Kebolehpasaran Belia dan Jalinan Kasih Batu Sapi pada Jumaat. SPONSORED CONTENT Cosmobeauté expands into Borneo with debut festival in KK Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre from May 25 to 26.

Read more Sehubungan dengan itu beliau berkata kerjasama rentas sektor melalui latihan keselamatan, kesiapsiagaan krisis, pembangunan infrastruktur kesihatan dan budaya kerja selamat amat penting bagi memastikan industri pelancongan terus diyakini, berdaya saing dan mampan pada masa hadapan. Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi berkata Sandakan perlu menjadi contoh untuk amalan KKP terbaik kerana ia mempunyai pelbagai tarikan pelancongan menarik termasuk Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Sungai Kinabatangan, Rainforest Discovery Centre, Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuarydan Batu Sapi Heritage Park.

Advertisement “Sebagai seorang yang pernah menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri di Motac, saya amat bangga untuk menyatakan bahawa Sandakan merupakan antara destinasi pelancongan paling unik bukan sahaja di Malaysia malahan dunia.

“Justeru saya melihat Sandakan dan Batu Sapi mempunyai potensi besar untuk menjadi penanda aras pelancongan selamat dan mampan di Sabah,” ujarnya. Advertisement Menurut beliau aspek KKP perlu diberi perhatian serius kerana ia bukan sahaja melibatkan pekerja malah meyakinkan pelancong terhadap destinasi yang dikunjungi. Beliau turut menggalakkan mereka yang terlibat dalam sektor pelancongan untuk menyertai kursus yang dianjurkan oleh NIOSH terutamanya program Safety Induction for Tourism Industry , di mana 10,000 slot latihan percuma ditawarkan oleh Kesuma di seluruh negara.

“Program seperti Siti ini bukan sahaja mampu meningkatkan tahap kesedaran mengenai KKP malah membantu membentuk komuniti pelancongan yang menambah aspek perundangan serta mengamalkan budaya kerja yang lebih profesional, selamat dan berkualiti,” katanya. Beliau berkata Kesuma menerusi NIOSH turut menyediakan kursus Penyelarasan KKP Madani secara percuma untuk 3,000 peserta dari sektor Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana tahun ini.

Sementara itu Pengarah Eksekutif NIOSH Datuk Ajoy Salleh berkata Pejabat NIOSH Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan menyasarkan penyertaan seramai 1,500 peserta program SITI serta 1,000 peserta OSH-C Madani sepanjang tahun 2026. Melalui Pejabat NIOSH Negeri Sabah seramai 60 peserta telah berjaya menamatkan latihan Program OSH-C Madani yang berlangsung pada 12 hingga 14 Mei 2026 manakala 40 peserta lagi mengikuti Program Siti pada 14 Mei 2026.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

DailyExpress_MY /  🏆 3. in MY

SANDAKAN EKOSATWA PELANCONGAN SALTANAN KARAKTERIL BUDAYA PELANCONGAN PEMB Indu SUPER LEBAH PELANCONGAN KKP Program SITI Program OSH-C Madani Pelajutan Pelajaran Kerugian Harta

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Kucing juga boleh murung seperti manusiaKucing juga boleh murung seperti manusiaRamai pemilik kucing menganggap perubahan tingkah laku seperti kurang aktif, banyak tidur atau suka menyendiri sebagai perkara biasa.
Read more »

HDOK performs first free flap surgery in Sabah milestoneHDOK performs first free flap surgery in Sabah milestoneSANDAKAN: Hospital Duchess of Kent (HDOK) has successfully performed its first “free flap” surgery, marking a major breakthrough in oral and maxillofacial treatment in eastern Sabah.
Read more »

Sandakan hospital performs first complex jaw reconstruction surgerySandakan hospital performs first complex jaw reconstruction surgeryMay 16 (Reuters) - ⁠Billionaire investor Bill Ackman ⁠said on Saturday that the ‌sale of Google parent Alphabet's shares was not a bet against the ​company.
Read more »

Hospital Duchess of Kent​​​​​​​ Sandakan laksana pembedahan ‘Free Flap’ pertamaHospital Duchess of Kent​​​​​​​ Sandakan laksana pembedahan ‘Free Flap’ pertamaSANDAKAN: Hospital Duchess of Kent (HDOK) mencatat satu lagi pencapaian dalam perkhidmatan kesihatan di Sabah apabila berjaya melaksanakan pembedahan “Free Flap” buat pertama kali baru-bar
Read more »



Render Time: 2026-05-17 06:05:44