Senior actress Khatijah Tan highlights the struggle of veteran artists receiving unfair payments and advises peers not to lower their rates to maintain their professional value in the entertainment industry.
SEPANJANG kerancakan industri drama dan filem hari ini, sebenarnya masih ada artis veteran yang menerima bayaran ‘cukup-cukup makan’. Malah, beberapa artis veteran sebelum ini menyuarakan kebimbangan sekiranya isu bayaran ini terus membelenggu mereka.
Perkara ini ‘memancing’ pandangan pelakon senior, Khatijah Tan yang menurut nasihat rakan industrinya agar tidak menurunkan kadar bayaran jika ditawarkan peluang lakonan dengan harga yang murah.
“Radio Televisyen Malaysia contohnya, pelakon dibayar berdasarkan gred. Artis veteran ada bayaran yang diletakkan.
“Katanya, artis veteran mempunyai nilai tersendiri. Bila diturunkan Harga, nilai mereka akan jatuh.
“Jadi kata Fauziah, mahu atau tidak pertahankan yang ditetapkan walaupun terpaksa kehilangan tawaran berlakon. “Saya bersyukur kerana ada sahabat yang mengingatkan saya tentang perkara ini,” katanya selepas Malam Gala dan Sidang Media filem Nar’sata: Sekutu Setan baru-baru ini. Menurut Khatijah, kadar bayaran pelakon veteran bukanlah menjadi perkara yang dirahsiakan malah diketahui stesen televisyen dan penerbit.
“Saya pasti stesen swasta atau syarikat produksi maklum akan bayaran artis veteran kerana mereka saling bercerita sesama sendiri. “Namun percayalah, susah untuk bekerjasama dengan bayaran tidak setimpal. Kami bukan minta bayaran terlampau tinggi,” katanya lagi.
“Ada penerbit yang berkata kepada saya bahawa dia takut nak ambil saya berlakon kerana bayaran mahal. “Orang kata bayaran saya tinggi, saya sangkal perkara itu. Sama sahaja kan.
“Tapi kalau bayaran begini pun tak boleh lunaskan, apalah nilai pelakon veteran di mata mereka? ” kongsinya. Mengenang pemergian Allahyarham jalil Hamid yang meninggal dunia dalam tidur pada 4 Mei lalu, Khatijah memaklumkan amat terkesan dengan kehilangan permata seni tersebut. Katanya, Allahyarham merupakan anak seni yang berjuang habis-habisan berhubung hal ehwal artis veteran, lebih-lebih lagi mengenai isu bayaran tidak setimpal.
“Dia merupakan antara sebilangan kecil pelakon veteran yang menolak mengenai bayaran rendah yang diberikan kepada artis veteran. “Allahyarham Jalil Hamid ini berani bersuara dan saya pernah terbaca beberapa artikel yang ditulis mengenainya sebelum ini. “Saya sangat menghargai kejujuran beliau dalam memperjuangkan nasib pelakon lama. Kami akan meneruskan perjuangan beliau dan tidak akan berhenti selagi berlaku ketidak adilan,” kongsinya.
Mengulas mengenai pembabitan cucunya, Aisha Andre dalam filem Nar’sata: Sekutu Setan yang diarahkan oleh anak beliau iaitu, Pierre Andre, Khatijah meluahkan rasa bangga kerana akhirnya Aisha secara perlahan-lahan mengikut jejak ayahnya menjadi pelakon.
“Walaupun masih kanak-kanak, dia mempunyai potensi yang cukup besar untuk menjadi pelakon dari raut wajahnya lagi kita boleh menilai. “Cuma dia perlu asah lagi bakat sedia ada. Saya pasti satu hari nanti dia akan menjadi bintang disegani jika dia benar-benar meletakkan seni sebagai minat,” kongsinya.
Veteran Actors Fair Payment Malaysian Cinema Khatijah Tan Entertainment Industry
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
PUVET Masterclass tingkat kemahiran usahawan veteran ATMSeramai 180 orang usahawan veteran ATM disasarkan untuk menyertai Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM (PUVET) Masterclass.
Read more »
Mindef allocates RM630,000 to boost MAF veteran entrepreneurs under master class programme, says deputy ministerSEREMBAN, May 20 — The Defence Ministry, through the Armed Forces Ex-Servicemen Affairs Corporation (Perhebat), has allocated RM630,000 to assist 180 small traders and...
Read more »
Actors Attend Premiere of The Four Seasons Season 2, Upcoming Show Wins Praise of FriendsActors gathered for the premiere of 'The Four Seasons' Season 2, which is based on the Alan Alda film. Views on the show's theme, friendships, and potential multigenerational audience.
Read more »
US watchdog urged to probe Roblox over child safety and marketingPETALING JAYA: Bukit Aman has opened an investigation into Tony Pua over his recent comments on the Rukun Negara following nationwide police reports against him.
Read more »
