MCA Menyokong BN Johor Bertanding Solo di PRN Johor

Politics News

MCA Menyokong BN Johor Bertanding Solo di PRN Johor
MCABN JohorPilihan Raya Negeri (PRN)

MCA, sebagai parti komponen yang turut bermusyawarah dalam mencapai konsensus, menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan BN Johor untuk bertanding solo di PRN Johor. Presidennya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong, menyebut keputusan itu sebagai langkah terbaik untuk gabungan parti politik berkenaan, khususnya di negeri Johor.

WEE Ka Siong (kanan) bersama Onn Hafiz Ghazi dalam semasa menghasilkan Bengkel Latihan Persediaan Pilihan Raya Negeri Johor, baru-baru ini. JOHOR BAHRU: MCA menyokong sepenuhnya keputusannya Barisan Nasional (BN) negeri untuk bergerak secara solo dan bertanding dalam kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, keputusan itu merupakan langkah terbaik buat gabungan parti politik berkenaan khususnya di negeri ini. Katanya, jentera MCA telah bersiap siaga dalam merangka strategi berkesan bagi memastikan BN kekal mempertahankan Johor dengan kemenangan besar pada PRN kali ini.

"Keputusan Pengerusi BN Johor yang juga Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk bergerak solo dengan bertanding di kesemua 56 kerusi dalam PRN Johor merupakan satu keputusan terbaik dan disokong sepenuhnya. "MCA sebagai parti komponen yang turut bermusyawarah dalam mencapai konsensus ini berdiri teguh serta menyokong sepenuhnya kepimpinan beliau yang terbukti berjaya memimpin BN Johor dengan baik dan mentadbir negeri Johor dengan sangat cemerlang," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MCA Johor, Ling Tian Soon pula memberitahu, keputusan dibuat Onn Hafiz itu merupakan satu langkah yang berani, tepat dan berpandangan jauh.

"Seluruh kepimpinan dan jentera MCA Johor akan memberi komitmen penuh bagi memastikan BN terus menerajui Johor dengan stabil serta merealisasikan sasaran menjadikan Johor negeri maju menjelang tahun 2030. "Sejak membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga pada tahun 2022, Johor telah mencatat prestasi ekonomi cemerlang hasil kestabilan politik yang dinikmati negeri ini sekaligus mencipta rekod menarik pelaburan berjumlah RM110 bilion, tahun lalu," katanya.

Terdahulu, Onn Hafiz mengumumkan BN Johor akan bertanding di kesemua 56 kerusi DUN dalam PRN Johor akan datang selepas mengambil maklum suara dan harapan kepimpinan akar umbi BN dan juga UMNO Johor.

"Selepas berbincang dengan pucuk pimpinan parti, saya dengan rasa penuh insaf dan tanggungjawab menyatakan bahawa BN Johor akan bertanding di semua 56 kerusi DUN pada PRN akan datang," katanya

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

MCA BN Johor Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Onn Hafiz Ghazi Datuk Wee Ka Siong Pengerusi BN Johor Menteri Besar Strategi Berkesan Stabil Maju Menjelang Tahun 2030 Prestasi Ekonomi Cemerlang Kestabilan Politik Pelaburan Berjumlah RM110 Bilion BN UMNO Johor Pucuk Pimpinan Parti Selepas Berbincang Dengan Pucuk Pimpinan Parti Selepas Mengambil Maklum Suara Dan Harapan Kep Selepas Berbincang Dengan Pucuk Pimpinan Parti Selepas Mengambil Maklum Suara Dan Harapan Kep

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

GEORGE TOWN: PRN Pulau Pinang to be held simultaneously with PRU, depending on state constitutionGEORGE TOWN: PRN Pulau Pinang to be held simultaneously with PRU, depending on state constitutionThe decision on whether the State Legislative Assembly (DUN) election in Penang will be held simultaneously with the upcoming General Election (GE) will depend on the provisions in the Penang State Constitution. The Chief Minister, Chow Kon Yeow, stated that the government will seek advice from the state Attorney General regarding the implications of the constitution if the DUN is dissolved simultaneously with the Parliament. Additionally, the Chief Minister also needs guidance from the leadership of the ruling party, DAP, regarding the same matter.
Read more »

MyKad Baharu Yang Bakal Dilancarkan Bulan Depan Tidak Lagi Menyokong Touch ‘n GoMyKad Baharu Yang Bakal Dilancarkan Bulan Depan Tidak Lagi Menyokong Touch ‘n GoPengguna masih boleh menggunakan ekosistem Touch ‘n Go yang lebih luas secara berasingan.
Read more »

MyKad Baharu Yang Bakal Dilancarkan Bulan Depan Tidak Lagi Menyokong Touch ‘n GoMyKad Baharu Yang Bakal Dilancarkan Bulan Depan Tidak Lagi Menyokong Touch ‘n GoPengguna masih boleh menggunakan ekosistem Touch ‘n Go yang lebih luas secara berasingan.
Read more »

PRN Johor: UMNO perlu bertanding solo, pertahan kerajaan BNPRN Johor: UMNO perlu bertanding solo, pertahan kerajaan BNKOTA BAHRU: UMNO perlu bertanding secara solo menggunakan kekuatan sendiri dalam usaha mempertahankan Kerajaan Barisan Nasional (BN) di Johor sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan dalam masa terdekat.
Read more »



Render Time: 2026-05-19 12:37:49