Pelakon dan pengacara terkenal, Sarimah Ibrahim, meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir penerbit dan pengarah yang didakwa tidak profesional dalam menguruskan tawaran kerja melibatkan pelakon tempatan. Menurut Sarimah, ada pihak yang sanggup mengadakan pertemuan, menghantar mesej dan meminta pelakon ‘mengunci tarikh’ untuk sesebuah projek, namun akhirnya gagal menyediakan bajet yang sewajarnya sehingga menyebabkan pelakon terpaksa menolak tawaran lain.
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara terkenal, Sarimah Ibrahim meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir penerbit dan pengarah yang didakwa tidak profesional dalam menguruskan tawaran kerja melibatkan pelakon tempatan .
Menurut Sarimah, ada pihak yang sanggup mengadakan pertemuan, menghantar mesej dan meminta pelakon ‘mengunci tarikh’ untuk sesebuah projek, namun akhirnya gagal menyediakan bajet yang sewajarnya sehingga menyebabkan pelakon terpaksa menolak tawaran lain.
"Kalau dah tahu bajet itu tak mampu, saya sarankan jangan jumpa kami pelakon untuk mesyuarat, hantar mesej atau ambil gambar swafoto bersama kami, kemudian minta kami ‘lock date’ sampai kami terpaksa tolak tawaran kerja lain atas janji tersebut. Sarimah berkata, situasi sedemikian menjadi antara punca ramai pelakon tempatan semakin hilang motivasi untuk terus aktif dalam industri lakonan.
"Sebab inilah ramai pelakon kita serik nak berlakon dan tiada motivasi untuk teruskan. Ada yang dilabel sombong, padahal sebenarnya mereka stres dan kecewa," katanya. Dalam masa sama, Sarimah turut mengakui dirinya juga berdepan cabaran sebagai penerbit yang baru mencuba nasib dalam bidang penerbitan karya.
"Sebagai produser yang baru cuba naik, semua ini juga ditujukan kepada diri saya sendiri. Banyak kertas cadangan karya saya tergantung dan tidak mendapat dana.
"Antara alasan utama diberikan ialah pelakon yang dicadangkan tidak ramai pengikut media sosial atau tidak cukup popular," ujarnya. Bagaimanapun, beliau mempersoalkan mentaliti segelintir pihak yang terlalu bergantung kepada populariti dan jumlah pengikut media sosial dalam menentukan kejayaan sesebuah karya.
"Kenapa filem seperti The Devil Wears Prada, francais Mission: Impossible atau drama tempatan seperti Bila Cinta Menjadi Dosa dan Lelaki Itu boleh meletup dan viral? "Pertama, tengok skrip, visi pengarah, bajet produksi, suntingan dan pemasaran. Kalau semua aspek ini kuat dan mantap, barulah karya itu boleh jadi hebat. Penonton bukan untuk dipersalahkan," katanya
Sarimah Ibrahim Penerbit Pengarah Pelakon Tempatan Tidak Profesional Tidak Menyediakan Bajet Mengunci Tarikh Pelakon Terpaksa Menolak Tawaran Motivasi Pelakon Stress Cemburu Filem Drama Populariti Jumlah Pengikut Media Sosial Karya Kertas Cadangan Tidak Mendapat Dana Pelakon Yang Dicadangkan Tidak Ramai Pengikut Mentaliti Bergantung Karya Kertas Cadangan Tidak Mendapat Dana Pelakon Yang Dicadangkan Tidak Ramai Pengikut Mentaliti Bergantung Karya Kertas Cadangan Tidak Mendapat Dana Pelakon Yang Dicadangkan Tidak Ramai Pengikut Mentaliti Bergantung
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Tiz Zaqyah: Keseronokan cinema ini sudah lama hilangPelakon, Tiz Zaqyah mengakui dirinya tidak lagi teruja setiap kali berada di lokasi penggambaran setelah sekian lama tidak aktif dalam industri lakonan. Menurut Tiz, jiwanya kini lebih tenang ketika berada di rumah berbanding menjalani kehidupan sebagai seorang pelakon. Keseronokan itu sudah lama hilang dan saya hanya rasa keresahan serta tidak sabar untuk pulang ke rumah," katanya dalam platform Threads. Memberi bayangan mahu memperlahankan kerjaya seninya, Tiz bagaimanapun tidak berkongsi punca keputusan itu dibuat secara terperinci. Dalam masa sama, pelakon drama Nur Kasih itu memaklumkan dirinya bakal kembali menyinari industri hiburan tidak lama lagi.
Read more »
PRN Johor selepas dapat perkenan Sultan IbrahimKeputusan sama ada PRN Johor akan diadakan sebelum atau selepas PRN Melaka bergantung kepada perkenan Sultan Ibrahim yang juga Sultan Johor.
Read more »
Kota Kinabalu News: Tengku Hassanal Ibrahim to undertake Mahkota Borneo Expedition in SabahTengku Hassanal Ibrahim Alabed planning to embark on the Mahkota Borneo Expedition in Sabah.
Read more »
Malaysian singer Khadijah Ibrahim advises young artistes to stay humbleBetween models from OpenAI and Anthropic, good things are happening to organisations that want to squish software bugs.
Read more »
