The Malaysian government led by the Ministry of Rural Development will allocate RM2.43 billion for national road projects in Sabah this year, increasing by 31.29% compared to the previous year in response to public complaints about road conditions.
KERAJAAN Persekutuan melalui Kementerian Kerja Raya memperuntukkan RM2.43 bilion bagi projek jalan Persekutuan di Sabah tahun ini di bawah pelan gulungan pertama Rancangan Malaysia Ke-13 .
Menterinya Datuk Sri Alexander Nanta Linggi berkata peruntukan penyelenggaraan jalan Persekutuan meningkat 31.29 peratus berbanding tahun lalu susulan aduan orang ramai berhubung keadaan jalan raya. AdvertisementBeliau berkata peningkatan itu menunjukkan Kerajaan Persekutuan telah mengambil tindakan berdasarkan maklum balas daripada orang ramai dan kerajaan Sabah. Peruntukan RM2.43 bilion itu meliputi tiga projek cerun bernilai RM35.5 juta, sembilan projek jambatan bernilai RM6.6 juta, 14 projek jalan raya bernilai RM1.845 bilion serta empat pakej kerja awalan bernilai RM34.5 juta.
SPONSORED CONTENT Cosmobeauté expands into Borneo with debut festival in KK Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre from May 25 to 26. Read more Peruntukan berasingan sebanyak RM512.17 juta turut disediakan bagi penyelenggaraan jalan Persekutuan tahun ini, merangkumi kerja turapan dan bukan turapan, penyelenggaraan rutin, kerja cerun, penyelenggaraan jambatan, lampu jalan, lampu isyarat serta peruntukan jurutera daerah.
“Ini merupakan peningkatan RM122.06 juta atau 31.29 peratus berbanding 2025,” katanya. Advertisement Dalam peruntukan penyelenggaraan itu, kategori khusus kerja pembaikan jalan berskala kecil tetapi kritikal mencatat peningkatan 300 peratus, daripada sekitar RM50 juta sebelum ini kepada RM200 juta tahun ini.
“Anda perlu faham ini. Peningkatan 300 peratus kepada RM200 juta,” kata Alexander. Advertisement Beliau berkata semua dana berkenaan telah pun dikomitmenkan dan kerja di lapangan sudah bermula, dengan kontrak bagi kerja penyelenggaraan kecil dianugerahkan melalui sistem cabutan bagi memastikan keadilan dan ketelusan.
“Lebih 170 pakej kerja diagihkan kepada kontraktor berpangkalan di Sabah tahun ini, meningkat daripada kurang 100 sebelum ini, sekali gus memberi lebih banyak peluang kepada kontraktor kecil dalam kategori G1 hingga G4 untuk terlibat,” katanya. Beliau berkata aliran pembayaran daripada kontrak berkenaan turut membantu merangsang ekonomi tempatan. Alexander mengakui kekecewaan orang ramai terhadap keadaan jalan raya, namun meminta orang ramai dan media membezakan antara jalan Persekutuan dan jalan negeri.
Katanya, Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya Malaysia hanya bertanggungjawab terhadap jalan Persekutuan, manakala jalan negeri dan jalan pihak berkuasa tempatan berada di bawah bidang kuasa kerajaan Sabah serta dibiayai melalui mekanisme berasingan, Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia .
“Ini bukan soal kami mahu melepaskan tanggungjawab. Ini adalah fakta,” katanya sambil menegaskan masalah jalan raya di Sabah adalah nyata dan diakui, namun peruntukan yang diumumkan menunjukkan kemajuan jelas.
“Kami terima perkara itu. Tetapi perlu dijelaskan bahawa Kementerian Kerja Raya dan JKR Malaysia hanya bertanggungjawab terhadap jalan Persekutuan,” katanya. Alexander berkata dari aspek pemantauan, ketua setiausaha dan timbalan ketua setiausaha kementerian membuat lawatan bulanan ke Sabah bagi memantau perkembangan projek. Katanya, kementerian mengekalkan kerjasama rapat dengan Jabatan Kerja Raya Sabah dan CIDB Sabah menerusi Program Turun Padang, mesyuarat jawatankuasa pemandu serta sesi libat urus secara langsung bagi memastikan masalah di lapangan dikenal pasti dan diselesaikan.
Beliau berkata beliau turut mengarahkan pemantauan lebih kerap terhadap semua kontraktor projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah bagi memastikan standard kualiti dipatuhi dan kelewatan dapat diminimumkan.
“Pemantauan kini sangat menyeluruh dan sangat ketat selepas kami melakukan beberapa perubahan drastik dalam pendekatan. Kekurangan lalu sudah ditinggalkan dan tumpuan kini sepenuhnya kepada penambahbaikan,” katanya.
Road Projects Sabah Ministry Of Rural Development KERAJAAN Persekutuan Pelan Malaysia Ke-13 (RMK13) Peruntukan Pakej Kerja Awalan Kerja Turapan Kerja Cerun Peruntukan Jurutera Daerah Peruntukan Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Petikan Alexander Nanta Linggi
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
UMNO Sabah Solidifies Party's Stand on TYT Negeri Sabah's Constitution and RightsUMNO Sabah celebrates its 80th anniversary today and reinforces its commitment to upholding the Constitution and rights of the state of Sabah, based on the Malaysia 63 Agreement.
Read more »
Child with brain injury receives RM2.5 million compensation after Sabah government accepts negligence liabilityA nine-year-old girl who suffered brain damage at birth after complications during delivery has been awarded RM2.5 million in compensation as the Sabah government has admitted its role in a negligence lawsuit against various medical staff.
Read more »
Works minister: Federal govt allocates RM2.4b for Sabah road projects under 13MP first rolling planKOTA KINABALU, May 12 — The federal government is intensifying efforts to strengthen Sabah’s construction sector through greater investment, stricter project monitoring and...
Read more »
Datuk Seri Masidi Manjun appointed as Gabungan Rakyat Sabah (GRS) deputy chairmanKOTA KINABULU, Malaysia, May 12, 2020 - Datuk Seri Masidi Manjun, the Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) deputy president, has been appointed as Gabungan Rakyat Sabah (GRS) deputy chairman. The decision was made during the GRS supreme council meeting on Tuesday, May 12. The four other GRS deputy chairmen are Parti Bersatu Sabah (PBS) president Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, Parti Cinta Sabah president Tan Sri Anifah Aman, Parti Harapan Rakyat Sabah president Tan Sri Liew Yun Fah, and Liberal Democratic Party president Datuk Chin Su Phin.
Read more »
