WCE mengático pengarah trafik untuk mengelakkan kelamatan
PETALING JAYA: Aliran trafik di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat dijangka meningkat dengan anggaran lebih daripada 150,000 kenderaan sehari. Pengarah Urusan WCE , Lyndon Alfred Felix berkata, bagi memastikan kelancaran trafik dan keselesaan pengguna, pihaknya akan menangguhkan semua kerja pembinaan dan penyelenggaraan yang melibatkan penutupan lorong, kecuali bagi kerja kecemasan yang tidak dapat dielakkan.
Selain itu, jentera bantuan seperti trak tunda akan ditempatkan di lokasi strategik sepanjang jajaran lebuhraya manakala Pasukan Tindakan Kecemasan serta petugas peronda turut diperkukuh bagi memastikan bantuan dapat diberikan secara pantas dan berterusan selama 24 jam.
“Langkah proaktif berkenaan diambil bagi memastikan sebarang insiden dapat ditangani segera sekaligus meminimumkan gangguan kepada aliran trafik Utama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Dalam usaha meningkatkan pengalaman perjalanan, pengguna turut disarankan untuk memanfaatkan versi terkini aplikasi mudah alih WCE yang menyediakan navigasi laluan, maklumat lokasi kemudahan termasuk stesen pengecas kenderaan elektrik , tempat berteduh motosikal, telefon kecemasan, bantuan kecerdasan buatan serta maklumat trafik masa nyata.
Sementara itu katanya, sistem PayDirect Touch ‘n Go turut disediakan di semua plaza tol WCE bagi membolehkan caj tol ditolak terus daripada baki e-dompet tanpa perlu menambah nilai kad secara manual. Katanya, WCE turut menyediakan enam Hentian Rehat dan Rawat lengkap dengan kemudahan asas seperti kawasan parkir, surau dan tandas selain gerai makanan di beberapa lokasi terpilih termasuk R&R Sungai Nyior arah utara dan selatan serta R&R Bukit Kapar arah utara.
“Dalam tempoh pergerakan trafik yang tinggi ini, kami menasihatkan semua pengguna agar merancang perjalanan lebih awal dan mengutamakan aspek keselamatan pada setiap masa. “Dengan sokongan kemudahan digital dan kesiapsiagaan operasi, WCE komited memastikan pengalaman perjalanan lebih selamat dan efisien,” katanya. -
WCE Trafik Panas Kerentanan Traffic Control Smart Toll
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pimpinan Pas kunci mulut inti pati mesyuarat tergemparMesyuarat itu menjadi tumpuan kerana dipercayai membincangkan semula hubungan dan kerjasama politik dengan Bersatu.
Read more »
Malaysia: Razman Mat Ali, seorang aktivis Malaysia menyertai misi kemanusiaan GSF 2.0, dirawat di Istanbul, Turkiye kerana paru-paru bocorRazman Mat Ali, seorang aktivis Malaysia menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotila (GSF) 2.0, dirawat di Istanbul, Turkiye kerana paru-paru bocor. Razman dijangka pulang ke tanah air dalam tempoh 21 hari. Ketika ini, beliau sedang dirawat di Istanbul kerana berdepan ‘Traumatic Pneumothorax’ atau paru-paru bocor. Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby.
Read more »
Anugerah kasut emas rezekiGelaran tersebut tidak pernah menjadi matlamat utamanya kerana sejak dari awal, tumpuan hanya untuk melengkapkan misi membantu KRW FC layak ke Liga Super.
Read more »
Kecurian kabel jejas gangguan sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter UtaraInsiden kecurian kira-kira 100 meter kabel di KM95.8 antara Sungai Siput dan Kamunting menyebabkan gangguan kepada sistem semboyan
Read more »




