Takaful Malaysia Keluarga Berhad awarded two grand prize winners, Muhamad Norimin Muhamad and Selamat Md Din, with BYD Atto 3 Ultra electric vehicles as part of their Mini Worries, Great Prizes campaign, coinciding with the second anniversary of their digital Takaful platform, Kaotim.
MUHAMAD Norimin Muhamad dan Selamat Md Din , menjadi pemenang hadiah utama kempen Mini Worries , Great Prizes masing-masing membawa pulang sebuah BYD Atto 3 Ultra di sini hari ini.
KUALA LUMPUR: Takaful Malaysia Keluarga Berhad meraikan dua pemenang hadiah utama kempen Mini Worries, Great Prizes iaitu Muhamad Norimin Muhamad dan Selamat Md Din, yang masing-masing membawa pulang sebuah BYD Atto 3 Ultra. Kempen itu dimeriahkan dengan dua pemenang sebagai simbolik sempena ulang tahun kedua Kaotim. Kaotim ialah platform Takaful digital yang menawarkan penyelesaian Takaful yang ringkas dan boleh dipercayai.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal berkata, kempen Mini Worries, Great Prizes telah menerima sambutan yang amat menggalakkan dan kami berterima kasih atas penyertaan kukuh daripada para pelanggan. “Sambutan hari ini bukan sekadar meraikan pemenang hadiah utama, tetapi juga sebagai tanda penghargaan terhadap kepercayaan dan sokongan yang diberikan oleh para pelanggan kami. “Kami amat gembira dapat berkongsi detik istimewa ini bersama Muhamad Norimin dan Selamat, serta berharap dapat terus mencipta lebih banyak pengalaman bermakna menerusi Kaotim,” katanya pada kempen Mini Worries, Great Prizes di sini hari ini.
Kempen yang berlangsung dari 15 Oktober 2025 hingga 15 Januari 2026 lalu memberikan ganjaran bulanan kepada pelanggan menerusi hadiah-hadiah terpilih. Antaranya termasuk dua jongkong emas pada bulan Oktober, dua peranti iPhone pada bulan November, serta dua e-baucar Touch ‘n Go bernilai RM5,000 pada bulan Disember.
Dalam pada itu, Nor Azman berkata, Kaotim diperkenalkan untuk memudahkan akses kepada perlindungan melalui pendekatan digital utama dan kempen seperti ini membolehkan kami berhubung dengan pelanggan dengan cara yang lebih interaktif. “Melangkah ke hadapan, kami akan terus memperkenalkan lebih banyak inisiatif yang menawarkan nilai dan kemudahan kepada para pelanggan kami,” katanya.
Sementara itu, pemenang, perunding Alam Sekitar, Muhamad Norimin Muhamad,47 berkata, dia amat bersyukur dan terkejut selepas berjaya memenangi sebuah kereta dalam penyertaan pertamanya dalam satu pertandingan. Katanya, kemenangan tersebut langsung tidak dijangka, apatah lagi ramai peserta lain yang telah lama menyertai pertandingan serupa namun belum pernah meraih kemenangan. “Saya memang tak sangka langsung. Ramai yang masuk berkali-kali pun tak pernah menang. Ini kali pertama saya masuk, terus menang. “Saya mengambil pelan perlindungan takaful MediBooster untuk tiga anak-anak secara dalam talian,” katanya.
Muhammad Lain turut berkongsi, dia memang mempunyai perancangan untuk memiliki kenderaan elektrik , terutama mengambil kira keadaan ekonomi semasa. “Memang ada perancangan untuk membeli EV. Dengan keadaan sekarang, saya sudah lama fikir nak cari kenderaan jenis itu. Jadi bila dapat kereta ini memang rezeki,” jelasnya.
Seorang lagi, Penyelia syarikat swasta, Selamat Md Din, 58 berkata, dia yang berasal dari Temerloh itu menganggap kemenangan tersebut hadir tepat pada bulan kelahirannya, menjadikannya lebih istimewa. “Hari jadi saya bulan ini iaitu 6 April, jadi saya menganggap ini sebagai hadiah. Memang tak sangka langsung,” katanya. Selamat turut menceritakan penglibatannya dalam pelan takaful yang disertai bersama rakan sekerja di pejabat, melibatkan kira-kira 40 orang kakitangan. – UTUSAN
Takaful Malaysia Mini Worries Great Prizes BYD Atto 3 Ultra Kaotim Digital Takaful
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Here’s A Complete Guide On The Documents You Need To Drive Into Thailand From MalaysiaEverything you need to know for your next road trip!
Read more »
1,000 guru Malaysia rintis program diploma ACCA1,000 guru Malaysia rintis program diploma ACCA
Read more »
Meta urges ‘nuanced’ approach as Malaysia eyes social media restrictions for youthsKUALA LUMPUR, April 15 — Meta Platforms has cautioned the Malaysian government that a blanket social media ban for users under the age of 16 risks backfiring, warning that such a...
Read more »
Oriental Daily News Pickleball Malaysia Open 2026 draws strong response with RM70,000 prize poolKUALA LUMPUR, April 15 — The Oriental Daily News Malaysia Open 2026 is already drawing strong early interest, with organisers urging players to sign up ahead of the June 5...
Read more »
Pekerja Gen Z Malaysia Paling Terkesan ‘Burnout’ & Kurang Gembira Berbanding Generasi LainDifahamkan, pekerja Gen Z menghadapi tekanan lebih unik dan kegembiraan yang lebih rendah.
Read more »
Gen Z Workers in Malaysia Experience Lowest Happiness and Highest Burnout, Report FindsA new report highlights the unhappiness and high rates of burnout among Gen Z employees in Malaysia compared to older generations, and explores the underlying factors and potential solutions. The report found that work-life balance and company culture are more important than salaries to the younger generation.
Read more »
