Beyond the Breaking News

Malaysian Badminton Duo Faces World No. 4 in Indonesia Open

Sports News

Malaysian Badminton Duo Faces World No. 4 in Indonesia Open
BadmintonMalaysiaIndonesia

Malaysian badminton duo Kang Kai Xing-Aaron Tai is set to face world No. 4 Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty in the Indonesia Open.

PETALING JAYA: Magis beregu muda negara, Kang Kai Xing - Aaron Tai , sekali lagi ditagih menjelang Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia yang bermula, hari ini, selepas mempamerkan prestasi baik di Singapura, minggu lalu.

Gandingan yang menghuni ranking ke-27 dunia itu sekali lagi bakal berdepan beregu No. 4 dunia, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty pada pusingan pertama di Istora Senayan, Rabu ini. Pertembungan tersebut adalah yang ketiga buat juara remaja dunia 2024 itu pada tahun ini, selepas kedua-dua beregu terikat dengan rekod pertemuan 1-1. Khai Xing-Aaron pernah mengejutkan Rankireddy-Shetty di All England, Mac lalu, sebelum kekalahan itu ditebus kembali pada suku akhir Terbuka Singapura dalam pertarungan sengit yang berlanjutan sehingga ke set penentuan.

Aaron berkata, tidak mudah berdepan Rankireddy-Shetty dan beregu handalan India itu sudah tentu mengkaji corak permainannya bersama Khai Xing.

“Apa yang paling penting kena tenangkan diri, sikap kurang sabar hanya akan membuka lawan ambil kesempatan terutamanya sewaktu berada di kedudukan mata penting,” kata pemain berusia 19 tahun itu. Anak jati Melaka itu antara pemain muda yang berjaya meraih perhatian ramai dan bintang perseorangan wanita India, P. V. Sindhu menyifatkan Aaron seorang pemain yang memiliki pukulan sangat menarik ketika berada di dalam gelanggang.

“Aaron Tai seorang pemain yang sangat menarik. Saya telah mengikuti dia sejak di peringkat remaja lagi dan dia sentiasa dikenali kerana mampu menyempurnakan pukulan menarik di dalam gelanggang,” kata Sindhu menerusi perkongsiannya di laman X, minggu lalu. Selain Khai Xing-Aaron, beregu No. 2 dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dijadual bertemu rakan senegara, Arif Junaidi-Yap Roy King, manakala, pasangan No. 8 dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani menentang Wesley Koh-Junsuke Kubo dari Singapura di peringkat 32 terbaik.

Dalam saingan beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah yang berharap dapat kembali meraih momentum selepas kecederaan Pearly bakal membuka aksi menentang wakil Kanada, Jackie Dent-Crystal Lai. Sementara itu, pasangan No. 11 dunia, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai mengetuai cabaran beregu campuran di Istora Senayan, selepas Malaysia kehilangan khidmat Chen Tang Jie-Toh Ee Wei akibat kecederaan.

Untuk sektor perseorangan, K. Ketshanaa bakal menghitung pertemuan dengan Line Hojmark Kjaersfeldt dari Denmark, manakala, Leong Jun Hao berdepan laluan getir apabila pemain No. 11 dunia, Kodai Naraoka dari Jepun menantinya di pusingan awal. -UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Badminton Malaysia Indonesia Kang Kai Xing Aaron Tai

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Iga Swiatek's French Open Exit: Tension Leads to Fourth-Round DefeatIga Swiatek's French Open Exit: Tension Leads to Fourth-Round DefeatFour-time champion Iga Swiatek lost to Marta Kostyuk 7-5 6-1 in the fourth round of the French Open, marking her earliest exit since 2019. Swiatek cited tension and loss of control as reasons for the defeat.
Read more »

Teen sensation Fonseca stuns Ruud to reach maiden French Open quarter-finalTeen sensation Fonseca stuns Ruud to reach maiden French Open quarter-finalPARIS, June 1 — Brazilian sensation Joao Fonseca clinched a dramatic four-set triumph against Casper Ruud in the French Open last 16, backing up his win over Novak Djokovic in...
Read more »

Education Minister Stresses Community Involvement in Implementing Malaysian Education Blueprint 2026-2035Education Minister Stresses Community Involvement in Implementing Malaysian Education Blueprint 2026-2035Education Minister Fadhlina Sidek underscored the critical role of parental and community engagement in the success of the Malaysian Education Blueprint (RPM) 2026-2035, particularly for the rollout of new preschool and school curricula in 2025.
Read more »

Toh Ee Wei suffers partial ACL tear, withdraws from Indonesia OpenToh Ee Wei suffers partial ACL tear, withdraws from Indonesia OpenMalaysian mixed doubles shuttler Toh Ee Wei sustained a partial tear to her left Anterior Cruciate Ligament (ACL) during the Singapore Open semi-finals. An MRI confirmed the injury, forcing her withdrawal from the upcoming Indonesia Open. She will undergo further scans before a treatment and recovery plan is determined. This injury raises concerns over her participation in the World Championships in August with partner Chen Tang Jie.
Read more »



Render Time: 2026-06-02 03:47:20