Irvin Justin Hoh, representing Singapore, lost against Anthony Sinisuka Ginting, representing Indonesia, in the badminton match at Malaysia Badminton Masters 2026.
Justin Hoh beraksi menentang lawannya dari Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting dalam Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2026 di Unifi Arena. Justin tewas 16-21, 14-21. - UTUSAN/ MUHAMAD IQBAL ROSLIKUALA LUMPUR: Kenneth Jonassen meminta Leong Jun Hao serta Justin Hoh cermin diri sendiri mengapa mereka tidak mampu berkembang dan masih terperangkap dengan prestasi buruk dalam setiap kejohanan disertai.
Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Akademi Badminton Malaysia , Kenneth Jonassan berkata, tidak ada nasihat ajaib yang mampu mengubah nasib kedua-dua pemain itu, melainkan mereka perlu bekerja keras setiap kali melangkah ke dalam gelanggang.
“Seperti yang saya katakan, kami boleh memberi nasihat terbaik, rancangan terbaik, peluang terbaik, tetapi jika anda tidak sanggup melabur dalam setiap perkara kecil daripada diri anda sendiri, maka anda tidak akan pergi jauh dan inilah titik di mana pemain mesti melihat ke dalam cermin. “Tidak guna mengharapkan keajaiban akan berlaku kerana kejayaan hanya hadir dengan kerja keras.
Saya boleh menerima kita mungkin ada kelemahan, tetapi, anda boleh membentulkannya atau menjadikan diri anda lebih baik,” katanya selepas Jun Hao dan Justin tersingkir awal pada Malaysia Masters 2026 di sini, kelmarin. Menurut Kenneth, tidak ada walau satu pukulan yang mampu mengubah nasib pemainnya daripada kedudukan sekarang kepada berkelas dunia kerana proses itu mereka harus lalui untuk satu jangka panjang.
Jelasnya, soalan percaya kepada kebolehan kedua-dua pemain itu tidak timbul kerana sebagai jurulatih, beliau boleh memberikan tunjuk ajar, tetapi terpulang kepada Jun Hao dan Justin untuk menyesuaikan diri dengan cara baharu yang diterapkan.
“Badminton terus maju, jadi anda mesti menyesuaikan diri. Jika tidak mampu melakukan, maka, masa depan adalah suram. Saya rasa kita tidak kalah kerana kurang kemahiran, tetapi, kita kalah kerana kurang disiplin untuk melaksanakan rancangan serta berasa okay apabila keadaan tidak selesa,” ujarnya. Beliau berkata, gaya permainan yang dimiliki Jun Hao dan Justin kini tidak sesuai dengan permainan moden kerana memberi tekanan sepanjang masa menerusi pukulan bertenaga tidak akan memberi kemenangan kepada mereka.
“Bermain konsisten adalah kunci, meneutralkan pukulan lawan, saya bukan kata bermain secara bertahan, tidak…tetapi kita mesti percaya pada pertahanan kita sekali-sekala. Kita boleh menyerang, tetapi kita tidak boleh menang hanya dengan pukulan serangan sepanjang masa,” katanya. Kenneth turut menegur tentang disiplin anak-anak buahnya kerana elemen itu merupakan kunci kejayaan kepada mana-mana pemainpun.
“Anda mesti berdisiplin dalam semua aspek, perlu mempunyai perasaan ingin tahu untuk mencari peningkatan walaupun kadarnya hanya lima peratus kerana ini adalah perkara yang membezakan anda daripada pemain di tahap tertinggi, tetapi, ia perlu bermula daripada disiplin,” tegasnya. Ketika ditanya sama ada masih yakin kepada pemainnya terutama Jun Hao, Kenneth berkata, beliau percaya kepada peluang kedua, tetapi, semua itu perlu berbalik kepada kesediaan untuk berubah, menyesuaikan diri dan mempelajari perkara baharu setiap hari. – UTUSAN
Badminton Masters Malaysia 2026 Justin Hoh Anthony Sinisuka Ginting Justin Hoh Lost Bahrain International Badminton Championships Beerhebi Badminton Complex
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Discipline Troubles and a Fourth Straight First-Round Exit for Leong Jun Hao in Malaysia MastersNational men's singles shuttler Leong Jun Hao suffered another setback after losing to China's Hu Zhe An in the Malaysia Masters today. It marks his fourth consecutive first-round exit in six tournaments this year, following a difficult season last year. His performance was met with stern warnings by the Badminton Association of Malaysia's performance committee chairman Lee Chong Wei last week. However, Chong Wei expressed his willingness to give Jun Hao another chance as he believed the player could still improve. Fellow men's singles shuttler Justin Hoh also lost his opening match to Anthony Sinisuka Ginting in the spoiler category, ending Malaysia's challenge in the finals.
Read more »
Malaysia tiada wakil perseorangan lelaki ke pusingan keduaKali kedua berturut-turut Malaysia tanpa wakil perseorangan lelaki ke pusingan kedua, selepas Leong Jun Hao dan Justin Hoh terkandas.
Read more »
Malaysia Masters misery again as Leong Jun Hao and Justin Hoh crash out in first roundKUALA LUMPUR, May 21 — Another disappointing outing. For the second consecutive year, there will be no Malaysian representative in the second round of the Malaysia Masters after...
Read more »
Justin Hoh Tewas di Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2026Pemain perseorangan lelaki kebangsaan Malaysia, Justin Hoh tewas di Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2026. Dia menegaskan tidak ada masalah komunikasi dengan jurulatih dan pemain lain.
Read more »



