Datuk Mohd Yusoff Mahadi, former FAM acting president, criticizes Selangor FC CEO Dr Johan Kamal Hamidon for airing grievances about Malaysian League (Liga M) issues through public channels instead of official ones. He questions the timing of the statement and suggests it might be linked to the upcoming FAM presidential election.
PETALING JAYA: Bekas pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia , Datuk Mohd Yusoff Mahadi mempersoalkan tindakan Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon yang memilih untuk bersuara di luar saluran rasmi berhubung masalah yang dihadapi pasukan Liga M alaysia . Mohd Yusoff menganggap alasan untuk menegur tidak boleh dijadikan alasan apabila saluran rasmi seperti mesyuarat Ahli Lembaga, Liga Bolasepak Malaysia dan Kongres MFL jelas tersedia dan sepatutnya dimanfaatkan sepenuhnya. Beliau menyifatkan detik masa kenyataan itu dikeluarkan sebagai janggal dan sarat tanda tanya, sekali gus mengundang spekulasi berkait kepentingan tertentu yang mungkin terselindung.
“Dia bukan orang baharu, dia tahu platform yang betul. Kalau benar mahu memperbaiki keadaan, kenapa tidak guna saluran itu? Bila pilih untuk bercakap di luar, ia bukan lagi sekadar pandangan profesional, tetapi membuka ruang kepada persepsi yang lebih besar dan mencurigakan.
“Kenapa sekarang? Itu persoalan paling asas. Ia seolah-olah mencari titik noktah negatif dalam suasana yang sedia tegang. Adakah ini berkait dengan agenda pemilihan FAM?
“Adakah kerana ada wakil daripada Persatuan Bolasepak Selangor menyuarakan hajat mahu bertanding sebagai Presiden FAM dalam pemilihan berkenaan dan ini salah satu langkah awal membina pengaruh dan meraih sokongan?,” katanya.
Terdahulu, Johan menerusi laporan media mencadangkan perbincangan meja bulat perlu dilakukan bagi membincangkan mengenai masalah yang dihadapi pasukan Liga M terutama membabitkan isu kewangan yang semakin membimbangkan. Pendapat itu kemudian disambut oleh beberapa kelab termasuk Johor Darul Ta’zim , Penang FC, Negeri Sembilan FC, Terengganu FC dan Kuching City yang bersedia untuk menyertai perbincangan itu demi kelangsungan Liga M.
Mohd Yusoff menegaskan bahawa tindakan menggunakan platform luar untuk mengkritik liga juga boleh dilihat sebagai usaha membina tekanan secara tidak langsung kepada MFL.
“Apabila isu dibawa ke luar, orang akan persoal sama ada ini usaha menutup kelemahan sendiri. Fakta tetap fakta, sepanjang beliau menerajui Selangor FC, pasukan senior masih belum menghadiahkan trofi utama. Itu tidak boleh dipadam dengan retorik.
“Ada kecenderungan membina momentum dari luar, seolah-olah mahu mengheret pihak lain untuk bersama. Kesannya, ia berisiko mencetuskan perpecahan dan menggugat kestabilan liga.
“Kalau niat benar, gunakan platform yang ada. Bukan cari perhatian murahan. 10 tahun kebelakangan ini, kenapa senyap? Kenapa sekarang baru bersuara? Itu yang orang akan nilai,” ujarnya.
Utusan Malaysia cuba menghubungi Johan untuk mendapatkan maklum balas berkenaan dakwaan yang dibuat Mohd Yusoff, namun setakat ini belum mendapat jawapan.-UTUSAN
FAM Selangor FC Liga M Johan Kamal Hamidon Mohd Yusoff Mahadi
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Two including former Kelantan striker charged with abducting goldsmithLetter from Dr Goh Lim Thye, senior lecturer, Department of Economics, Faculty of Business and Economics, Universiti Malaya
Read more »
Remand extended for former CEO, chairman in MACC probe into RM300m share transactionKUALA LUMPUR, April 12 — The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has obtained a court order to extend the remand of a former chief executive officer (CEO) of a...
Read more »
Female Co-Pilot Left Seriously Injured After Being Stabbed by Uni Student in Selangor ApartmentA 34-year-old woman was seriously injured after being attacked with a sharp weapon at her rented apartment unit in Bandar Sunsuria on Friday (April 10).
Read more »
Selangor ramps up flood defencesLetter from Dr Goh Lim Thye, senior lecturer, Department of Economics, Faculty of Business and Economics, Universiti Malaya
Read more »
Selangor FC's Faisal Halim Disappointed After Draw Against Sabah FCSelangor FC faces a tough challenge to secure a spot in Asian competitions after a 1-1 draw against Sabah FC in the Super League. The team needs to win their remaining matches and hope rivals drop points, according to coach Kim Pan Gon, who expressed disappointment over the result.
Read more »
Former PM Muhyiddin Yassin's Trial: Financial Details of Bersatu ScrutinizedTestimonies in the trial of former Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin revealed financial details of Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), including transactions and the role of key individuals and regulations.
Read more »
