The musical based on the popular Puteri Gunung Ledang movie will make a comeback in Malaysia, featuring a new lineup of actors and actresses for the iconic characters. The production features Aisha Retno as Puteri Gunung Ledang, Mila Mohsin as Hang Tuah, Aqasha as Hang Tuah, Yusof Hashim as Gusti Adipati, Luqman Hafidz as Sultan Melaka, Mimi Fly as Bayan, and Nadia Aqilah as Bayan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan! Puteri Gunung Ledang The Musical bakal kembali dipentaskan di Malaysia dengan nafas baharu selepas lebih dua dekad.
Persembahan teater muzikal ini dijadualkan berlangsung pada Oktober 2026 di Jeffrey Cheah Performing Arts Centre , Sunway Square, di bawah arahan Penerbit Eksekutif, Puan Seri Tiara Jacquelina. Sebagai info, muzikal yang diadaptasi daripada filem Puteri Gunung Ledang ini pertama kali dipentaskan di Istana Budaya pada tahun 2006 di bawah terbitan Enfiniti Productions yang juga diterajui Tiara.
Baru-baru ini, senarai barisan watak utama Puteri Gunung Ledang The Musical akhirnya didedahkan sepenuhnya kepada para peminat lagenda itu dengan pengumuman Aqasha sebagai Hang Tuah. Apa yang menariknya, pementasan kali ini akan menampilkan dua watak Puteri Gunung Ledang menampilkan Aisha Retno dan Mila Mohsin, serta dua watak Bayan yang dimainkan oleh Mimy Fly dan Nadia Aqilah.
Aisha Retno Merupakan seorang penyanyi yang semakin mekar dalam industri seni tempatan, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam terkenal dengan lagu pop etnik. Aisha Retno dikatakan terpilih sebagai Puteri Gunung Ledang kerana suaranya yang lembut namun penuh kekuatan dan bersesuaian dengan legenda tersebut. Kemerduan suaranya terbukti apabila Aisha Retno pernah memenangi Naib Juara bagi Anugerah Juara Lagi ke-38 menerusi nyanyian ‘Sutera’ dan tempat ketiga di Big Stage 2022.
View this post on Instagram A post shared by PGL The Musical Mila Mohsin Telah membesar bersama dunia Puteri Gunung Ledang sejak kecil, Mila Mohsin seolah-olah ditakdirkan untuk menyambung legasi ibundanya, Tiara Jacquelina. Mila yang juga anak kepada Allahyarham Hani Mohsin, turut terlibat dalam siri drama Good Boys Go To Heaven oleh Astro Original baru-baru ini. Selain mempunyai bakat dalam arena lakonan, Mila juga merupakan bekas atlet dan jurulatih seni mempertahankan diri Jiu Jitsu.
View this post on Instagram A post shared by PGL The Musical Aqasha Pertama kali menjejakkan kaki dalam dunia Puteri Gunung Ledang sekitar 20 tahun lalu, pelakon dan penyanyi popular Firdee Akassya Rosli, kini kembali memegang watak Hang Tuah. Lebih dikenali sebagai Aqasha, dia sebelum ini merupakan pelakon bagi watak Bendahara Melaka sementara menjadi pelakon gantian atau understudy bagi karakter Hang Tuah yang dimainkan oleh Stephen Rahman-Hughes.
Aqasha juga pernah tercalon sebagai Pelakon Harapan Lelaki Terbaik menerusi lakonannya dalam filem Embun di Festival Filem Malaysia ke-16. Kali terakhir kemunculannya dalam filem tempatan ialah sebagai Leftenan Kolonel Hassan Ramli TUDM dalam Air Force The Movie: Selagi Bernyawa . View this post on Instagram A post shared by PGL The Musical Yusof Hashim Pelakon dan penyanyi Yusof Hashim pula bakal memainkan watak Gusti Adipati, abang kepada Puteri Gunung Ledang.
Yusof juga dikatakan kembali ke produksi Enfiniti menerusi wataknya itu selepas bertahun-tahun menceburi diri dalam bidang lakonan dan nyanyian. Dia sebelum ini pernah aktif terlibat dalam teater muzikal, dengan lakonan terakhirnya sebagai Penglipur Lara dalam ‘Dendam Laksamana’ . Antara lakonan terbaharunya ialah dalam filem Kahar: Kapla High Council yang ditayangkan di pawagam pada tahun 2024.
View this post on Instagram A post shared by PGL The Musical Luqman Hafidz Seorang nama yang semakin menaik dalam industri seni negara, Luqman Hafidz merupakan pelakon yang aktif dalam filem, drama dan telefilem. Terbaharu, Luqman telah terlibat dalam penggambaran ‘Takhluk 2: Op Daulat’ sebagai Sarjan Azran Ahmad “Gaban”.
Dia juga pernah menjayakan watak utama sama yang dibawa olehnya dalam filem Ola Bola, Ali, ketika pementasan Ola Bola The Musical pada tahun 2016, menjadi pementasan teater sulungnya. View this post on Instagram A post shared by PGL The Musical Mimi Fly Shamimi Amalina yang lebih dikenali sebagai Mimi Fly mula menempa nama dalam industri seni negara sejak memulakan Gang Starz bersama kumpulannya One Nation Emcees.
Dia kemudiannya mula mengorak langkah sebagai artis solo bermula pada tahun 2015. Antara lagunya yang terkenal dalam kalangan masyarakat ialah lagu raya Serumpun. Kehebatan Mimi Fly dalam nyanyian turut dibuktikan menerusi pencalonannya bagi beberapa kategori di Anugerah MeleTOP Era 2025 dan Anugerah Melodi Terhangat 2025. Dia juga pernah menjadi pelakon undangan dalam drama televisyen Gerak Khas dan PolkaDot.
View this post on Instagram A post shared by PGL The Musical Nadia Aqilah Merupakan nama yang tidak asing lagi dalam pementasan teater, Nadia Aqilah sememangnya antara individu yang dinanti-nantikan oleh para peminat teater tempatan. Nadia pernah menyertai Puteri Gunung Ledang The Musical pada tahun 2006 sebagai pelakon ensembel. Pelakon versatil ini juga dikatakan bersesuaian dengan watak Bayan yang bakal dibawa kerana mempunyai aura klasik dan gaya pertuturan lembut.
Antara pencapaian Nadia termasuklah menggalas anugerah Pelakon Wanita Terbaik dan Pembantu Pelakon Wanita Terbaik di Boh Cameronian Awards 2015. View this post on Instagram A post shared by PGL The Musical Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
Puteri Gunung Ledang The Musical Malaysia Jeffrey Cheah Performing Arts Centre Sunway Square Mimi Fly Nadia Aqilah Puteri Gunung Ledang Movie Lukman Hafidz Aqasha Yusif Hashim Tiara Jacquelina
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Aisha Retno announced as Puteri Gunung Ledang in upcoming musicalAisha Retno, a 26-year-old actress, has been revealed as one of the puteri in the upcoming musical 'Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang'. The announcement was made on Instagram, where a photo of Aisha was uploaded and introduced as one of the puteri. The production team also announced another actor who will play the role of a puteri, which will be revealed in the coming days.
Read more »
PETALING JAYA: Mila Mohsin diumumkan sebagai puteri kedua dalam pementasan semula Teater Muzikal Puteri Gunung LedangAgensi Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang mengumumkan Mila Mohsin sebagai puteri kedua selepas Aisha Retno. Malam ini, hantaran Mila Mohsin dimuat naik di Instagram dan diperkenalkan sebagai puteri kedua dengan penuh istimewa.
Read more »
Aisha Retno: Peletak Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang Perlu Pulang Zon Selesa Bertarikh LatihanAisha Retno, prevented the involvement of the existing cast from the previous Petrovilla Gunung Ledang Musical in the revival. During the rehearsals and training sessions, the performers would be required to return to their respective safe zones. Aisha also emphasised the importance of treating all performers equally, regardless of their fame levels. Additionally, the musical training was described to be akin to a lifetime endurance test. The revival of the musical aims to showcase a significant role for the two Goddesses, as well as for supporting artists and those supporting the stage crew.
Read more »
