Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM31 juta bagi Pulau Banggi, Sabah

Politics News

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM31 juta bagi Pulau Banggi, Sabah
Anwar IbrahimPerdana MenteriPulau Banggi

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, mengumumkan peruntukan khas bernilai lebih RM31 juta bagi tujuan meningkatan lagi pembangunan di Pulau Banggi, Sabah. Beliau mengumumkannya ketika mengadakan Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Masyarakat Setempat Pulau Banggi di Dewan Terbuka Pekan Baru Pulau Banggi.

ANWAR Ibrahim ketika Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Masyarakat Setempat Pulau Banggi di Dewan Terbuka Pekan Baru Pulau Banggi , Sabah . - FACEBOOK PMKUDAT: Perdana Menteri , Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan khas bernilai lebih RM31 juta bagi tujuan meningkatkan lagi pembangunan di Pulau Banggi , di sini.

Katanya, peruntukan yang diselaraskan oleh Kerajaan Persekutuan dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri itu merupakan inisiatif pihaknya agar Pulau Banggi tidak ketinggalan daripada arus pembangunan semasa. Beliau berkata peruntukan terbabit meliputi kos menaik taraf pelbagai kemudahan termasuk jalan raya, jambatan, jeti dan sebagainya termasuk menambah baik fasiliti keselamatan, pendidikan serta kesihatan di pulau terbabit.

Menurutnya, antara fasiliti terlibat ialah Balai Polis Pulau Banggi, Klinik Kesihatan Karakit, naik taraf asrama sekolah di Pulau Banggi dan Pulau Balambangan selain Jeti Awam Karakit.

“Ini termasuk beberapa projek yang sedang dilaksanakan seperti naik taraf jalan dan jambatan di beberapa kampung termasuk Kampung Limbuak Laut, Kapitangan, Damaran serta Bayangan Laut. “Saya mahu Pulau Banggi ini menjadi contoh bahawa rakyat yang sedikit miskin atau tinggal di kawasan terpencil tidak terbiar.

“Kerajaan Madani merasakan tanggungjawab untuk mengangkat martabat dan keupayaan setiap rakyat,” katanya ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Masyarakat Setempat Pulau Banggi bertemppat di Dewan Terbuka Pekan Baru Pulau Banggi, di sini, hari ini. Dalam pada itu, Anwar turut berkata, projek menaik taraf Jalan Kampung Limbuak Laut ke Kampung Pengkalan Darat sedang giat dilaksanakan dibawah seliaan Jabatan Kerja Raya Sabah dengan kos hampir RM44 juta.

Selain itu, beliau turut mengumumkan sumbangan tambahan kerajaan sebanyak RM1.25 juta yang akan diselaraskan agensi di bawah Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri . Anwar turut menambah, pihaknya juga telah meluluskan peruntukan RM1 juta bagi menaik taraf jeti di Kampung Dogoton, di sini. –

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Anwar Ibrahim Perdana Menteri Pulau Banggi Raja Malaysia Gerakan Pribumi Bersatu-Malaysian United Anggaran Pembangunan Sabah Raja-Raja Malaysia Jabatan Kerja Raya Pejabat Menteri

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Malaysia to build four border control posts on Pulau Sebatik to enhance securityMalaysia to build four border control posts on Pulau Sebatik to enhance securityThe Malaysian government plans to establish four new border control posts on Pulau Sebatik to strengthen national security and curb cross-border crimes like smuggling and human trafficking in cooperation with Indonesia.
Read more »

KUANTAN: Tengku Mahkota Pahang Pertikaikan Perintah Perdana Menteri, Tegaskan Pahang 'Pisang Emas'KUANTAN: Tengku Mahkota Pahang Pertikaikan Perintah Perdana Menteri, Tegaskan Pahang 'Pisang Emas'Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, the Crown Prince of Pahang, has called for a full explanation from Minister II of Finance, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, regarding the allocation of the federal government to Pahang. He also expressed his stance to ensure Pahang is treated fairly and with due consideration. In a speech delivered at the opening and first session of the 15th Pahang State Legislative Assembly in the Sri Pahang State Assembly Complex, Tengku Hassanal criticized some decisions made by the federal government, accusing them of not prioritizing Pahang's interests. He advised the central government to be more mindful of Pahang's rights in areas such as natural resources, project implementation, and the exercise of legislative power in the state.
Read more »

PM announces over RM31mil allocation to develop Pulau BanggiPM announces over RM31mil allocation to develop Pulau BanggiEVERY sector speaks the language of best practices. In business, the focus is on efficiency and competitiveness, in education, on quality and innovation, in public health, on saving lives and reducing long-term costs.
Read more »

Prime Minister Anwar Ibrahim Announces RM31 Million Development Boost for Pulau BanggiPrime Minister Anwar Ibrahim Announces RM31 Million Development Boost for Pulau BanggiPrime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim unveils a comprehensive RM31 million allocation to improve infrastructure, healthcare, and education on Pulau Banggi, Sabah, as part of the Madani Government's commitment to inclusive growth.
Read more »



Render Time: 2026-05-09 11:27:37