Bennett and Lapid unite to challenge Netanyahu in Israeli election

Politics News

Bennett and Lapid unite to challenge Netanyahu in Israeli election
Israel ElectionNetanyahuBennett

Former Israeli Prime Minister Naftali Bennett and opposition leader Yair Lapid announce a joint alliance, Beyahad (Together), to oust incumbent Benjamin Netanyahu. Bennett pledges a national inquiry into the October 7 Hamas attack, while Lapid criticizes Netanyahu's handling of the war and recent ceasefire with Iran. The two previously led a short-lived coalition government in 2021-2022.

BAITULMUQADDIS: Bekas Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett dan Ketua Pembangkang, Yair Lapid mengumumkan akan bertanding di bawah satu gabungan pada pilihan raya tahun ini, dalam usaha menyingkirkan penyandang, Benjamin Netanyahu .

“Saya dengan sukacitanya mengumumkan malam ini, bersama rakan saya Yair Lapid, kami mengambil langkah paling Zionis dan patriotik yang pernah kami lakukan untuk negara. “Malam ini, kami bersatu dan menubuhkan parti Beyahad di bawah kepimpinan saya, sebuah parti yang akan membawa kemenangan besar dan membuka era baharu untuk negara kita yang indah,” kata Bennett dalam kenyataan bersama yang disiarkan di televisyen.

Dalam kenyataan sama, Lapid berkata, Bennett adalah ahli politik berhaluan kanan, tetapi seorang yang jujur dan terdapat kepercayaan antara mereka. Terdahulu pada Ahad, Lapid yang juga bekas perdana menteri berkata, beliau akan berganding tenaga dengan Bennett.

“Langkah ini membawa kepada penyatuan Blok Pemulihan, membolehkan semua usaha difokuskan ke arah memimpin Israel ke arah pembaikan yang diperlukan,” tulisnya di platform X. Bennett berkata, jika dipilih, beliau akan menubuhkan suruhanjaya siasatan nasional bagi menyiasat kegagalan yang membawa kepada serangan Hamas pada 7 Oktober 2023, sesuatu yang ditolak oleh pentadbiran Netanyahu ketika ini. Bennett dan Lapid merupakan pengkritik lantang terhadap cara Netanyahu mengendalikan peperangan negara itu sejak serangan berkenaan, malah Lapid menyifatkan gencatan senjata dua minggu dengan Iran baru-baru ini sebagai ‘bencana politik’.

Bennett yang berhaluan kanan dan lama menyokong penempatan Israel di Tebing Barat yang diduduki, sebelum ini pernah membentuk pentadbiran gabungan bersama Lapid pada Jun 2021. Ia digantikan pada penghujung 2022 oleh pentadbiran semasa pimpinan Netanyahu, selepas Bennett pada Jun tahun tersebut menyatakan gabungannya tidak lagi dapat dipertahankan, manakala Lapid berkhidmat seketika sebagai perdana menteri sementara. Tinjauan pendapat menunjukkan Bennett adalah calon paling berpotensi untuk menewaskan Netanyahu dalam undian Oktober.

Pada Ahad, Bennett turut menggesa bekas menteri Gadi Eisenkot, pemimpin parti Yashar, untuk menyertai gabungan tersebut. Bennett, 54, anak kepada imigran Amerika dan bekas usahawan teknologi tinggi, menjual syarikat pemulaannya pada 2005 dengan nilai AS$145 juta . Sebagai bekas pegawai komando Israel, beliau mempunyai profil yang menarik perhatian sebahagian generasi muda negara itu selepas lebih dua tahun perang di Gaza. Pernah menjadi penasihat kepada Netanyahu, Bennett kini menjadi penentang tegar dasar bekas mentornya itu.

Beliau pernah mengetuai beberapa parti berhaluan kanan sebelum membentuk kerajaan perpaduan luas pada 2021. Rakan gandingannya, Lapid, 62, ialah anak kepada mendiang wartawan dan menteri Tommy Lapid, seorang mangsa Holocaust, serta penulis terkenal Shulamit Lapid. Seorang wartawan televisyen terkemuka, Lapid memasuki politik pada 2012 dengan menubuhkan parti Yesh Atid, yang kemudian menjadi kuasa politik kedua terbesar di negara itu. Sejak itu, beliau berkhidmat sebagai ketua pembangkang selain pernah menjadi perdana menteri untuk tempoh singkat.

Netanyahu dijangka mengetuai senarai partinya dalam pilihan raya umum yang mesti diadakan selewat-lewatnya hujung Oktober. Pada usia 76 tahun, pemimpin parti Likud itu merupakan perdana menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah Israel, dengan lebih 18 tahun memegang jawatan secara kumulatif dalam beberapa penggal. -AFP

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Israel Election Netanyahu Bennett Lapid Hamas

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Iran Executes Man Allegedly Working for Israeli Spy AgencyIran Executes Man Allegedly Working for Israeli Spy AgencyIran has executed Erfan Kiani, accused of carrying out a mission for Israel's Mossad during January protests in Isfahan. He was convicted of multiple charges including arson and attacking officers. This follows another execution earlier this week and is part of a recent increase in executions amid tensions with Israel and the US.
Read more »

Netanyahu orders military to strike Hezbollah hard after string of ceasefire violations in LebanonNetanyahu orders military to strike Hezbollah hard after string of ceasefire violations in LebanonJERUSALEM, April 26 — Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu on Saturday ordered the military to strike Lebanon’s Hezbollah hard after what the army said was a string of...
Read more »

Israeli Police Intervene in Protests, Demolitions Threaten Palestinian Homes in SilwanIsraeli Police Intervene in Protests, Demolitions Threaten Palestinian Homes in SilwanIsraeli police clashed with activists protesting the forced displacement of Palestinians in East Jerusalem's Silwan neighborhood. A 97-year-old woman faces the imminent demolition of her home, part of a larger pattern of increased demolitions in the Al-Bustan area to make way for a tourism park. Residents report difficulties obtaining building permits and a halt in negotiations for housing solutions.
Read more »

Egypt Ends Early Closure Measures Amid Energy CrisisEgypt Ends Early Closure Measures Amid Energy CrisisEgypt has lifted early closure restrictions on shops, restaurants, and commercial centers after nearly a month, easing one of its key emergency steps to manage the energy crisis triggered by the US-Israeli war on Iran. Businesses will return to normal operating hours, though other energy-saving measures, such as remote work on Sundays, remain in place. The decision follows requests from the private sector, particularly the tourism industry, as the government seeks to balance economic recovery with energy conservation.
Read more »

Deadliest Day Since Ceasefire as Israeli Strikes Kill 14 in Southern LebanonDeadliest Day Since Ceasefire as Israeli Strikes Kill 14 in Southern LebanonLebanon’s health ministry reports 14 deaths in Israeli airstrikes, the deadliest day since the Israel-Hezbollah ceasefire. Both sides accuse each other of violating the truce as tensions escalate, with Israel targeting Hezbollah and the group vowing retaliation. The ceasefire, extended for three weeks, has seen repeated Israeli strikes, with over 2,500 deaths reported since the conflict began.
Read more »



Render Time: 2026-05-10 03:56:31