A recent announcement from Selangor's Department of Islamic Religious Affairs (JAIS) bans the solemnizing of Hari Guru at schools across the district, citing the economic burden placed on families. The ban aims to curb the tradition of giving gifts to teachers, which has caused economic strain.
Jabatan Agama Islam Selangor baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan larangan sambutan Hari Guru di peringkat sekolah daerah Larangan ini hanya untuk institusi di bawah JAIS bagi mengelakkan ibu bapa dari terbeban dengan kos penyediaan hadiah untuk guru.
Menurut Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad, beliau mengatakan keputusan ini diambil susulan wujud kesan terhadap ibu bapa atau penjaga yang menjadi tradisi menyediakan hadiah kepada guru atas permintaan anak-anak. JAIS melihat perkara ini perlu dihentikan kerana beri kesan kewangan Menurut JAIS, perkara ini memberi kesan kewangan kepada ibu bapa atau penjaga terutama dalam keadaan ekonomi semasa ini.
"JAIS akan mempertimbangkan untuk Sambutan Hari Guru dibuat semula di peringkat sekolah dan daerah apabila keadaan kembali seperti sedia kala. "Beberapa perkara berkaitan pelaksanaan sambutan itu juga akan dinilai semula termasuk tempoh masa sambutan agar tidak mengganggu proses pembelajaran serta tentatif yang lebih ringkas dan selaras untuk semua sekolah di bawah seliaan JAIS,"Pada 7 Mei lalu, JAIS telah menetapkan semua sekolah di bawah pentadbiran jabatan itu untuk tidak mengadakan Sambutan Hari Guru di peringkat sekolah atau daerah.
Mengulas lanjut, JAIS, Majlis Agama Islam Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor tetap menghargai jasa guru serta pengorbanan guru dalam mendidik pelajar. Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor tetap akan diadakan pada 12 Mei ini dengan pengiktirafan tokong guru serta sekolah cemerlang.
"Majlis itu melibatkan peruntukan melebihi RM200,000 daripada MAIS dan kerajaan negeri dalam bentuk wang tunai serta geran kepada penerima yang dipilih,"Beberapa orang tampil tidak bersetuju dengan majlis yang bakal dianjurkan kerana telah memakan kos RM200 ribu. Ada beberapa netizen yang mengatakan ibu bapa sebenarnya tidak terlalu terkesan kerana tidak semestinya perlu membeli hadiah buat guru-guru. Pelbagai lagi cara lain untuk memberi 'hadiah' kepada guru.
Sebahagian yang berpendapat majoritinya hanya membeli barangan murah terutamanya dari Eco Shop, DIY, membuat hadiah kraf sendiri dan sebagainya. Pelajar juga ada yang membuat persembahan untuk menghargai guru, melakukan aktiviti sukantara yang menggunakan kelengkapan sukan yang telah ada di sekolah dan pelbagai lagi acara lain. JAIS mengatakan mereka akan mempertimbangkan Sambutan Hari Guru dibuat semula di peringkat sekolah dan daerah setelah keadaan ekonomi kembali seperti sedia kala.
Islamic Religious Affairs Selangor Hari Guru Ban Burden Economy Tradition Gift Local Education System Reintroduction
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Ibu guru pertama corak masa depan bangsa- AgongYang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu.
Read more »
Kes hina Sultan Selangor: Siasatan sedang dilengkapkanGEORGE TOWN : Polis kini sedang melengkapkan siasatan berhubung hantaran gambar berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dimuat naik di Facebook, baru-baru ini.
Read more »
Kerjasama erat jabatan beri kekuatan kepada MAIPs terus cemerlangKerjasama erat jabatan beri kekuatan kepada MAIPs terus cemerlang
Read more »
JAIS Umum Larang Sambut Hari Guru Peringkat Sekolah & Daerah, Elak Terbeban Kos Untuk Ibu BapaJAIS akan pertimbangkan Sambutan Hari Guru dibuat semula jika keadaan ekonomi kembali kepada asal.
Read more »
