Activist Narges Mohammadi, a prominent human rights activist and a laureate of the Nobel Peace Prize, is facing a critical health situation after being denied immediate heart treatment by the Iranian authorities. Her brother, Hamidreza Mohammadi, reveals that she suffers from Prinzmetal angina, causing heart attacks and serious complications. Narges has been relocated to a local hospital but demands specialist treatment from a doctor who previously treated her in the past. Her family also seeks transfer to a hospital in Tehran.
KEMBIMBANGAN terhadap keadaan kesihatan pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Narges Mohammadi , semakin memuncak apabila aktivis yang dipenjarakan di Iran itu kini berada dalam keadaan kritikal selepas dinafikan rawatan jantung segera oleh pihak berkuasa.
Menurut adik Narges, Hamidreza Mohammadi, adiknya menghidap keadaan dikenali sebagai Prinzmetal angina, yang menyebabkan kekejangan pada arteri koronari dan boleh mencetuskan serangan jantung serta komplikasi serius lain.
“Kami benar-benar bimbang jantung Narges akan berhenti berdegup,” katanya dalam wawancara telefon bersama TIME dari kediamannya di Oslo. Narges dipindahkan dari Penjara Zanjan di barat laut Iran ke sebuah hospital tempatan minggu lalu, selepas keadaan kesihatannya merosot secara mendadak.nya mendakwa beliau mengalami penyakit itu ketika berada dalam tahanan. Abangnya berkata, ahli keluarga dibenarkan melawat Narges di hospital di bawah pengawasan ketat pihak berkuasa Iran.
Hamidreza berkata, keluarganya menuntut supaya beliau dipindahkan ke hospital di Teheran bagi mendapatkan rawatan pakar, namun pihak berkuasa Iran menolak permintaan itu.
“Perkara paling penting ialah dia perlu dirawat oleh beberapa pakar dan dia mempunyai doktor pakar yang pernah merawatnya sebelum ini. Ini kecemasan, setiap minit amat berharga,” katanya. Narges, antara aktivis hak asasi manusia paling terkenal di Iran, telah memperjuangkan hak wanita, kebebasan bersuara dan penghapusan hukuman mati selama beberapa dekad meskipun berulang kali ditahan serta dipenjarakan.
Wanita berusia 54 tahun itu dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan 2023 atas perjuangannya menentang penindasan terhadap wanita di Iran serta advokasinya bagi hak asasi manusia dan kebebasan untuk semua.
“Saya tidak akan berhenti berjuang demi merealisasikan demokrasi, kebebasan dan kesaksamaan,” katanya selepas menerima anugerah tersebut. Menurut yayasannya, Narges ditahan sebanyak 14 kali sepanjang hidupnya dan dijatuhi hukuman penjara selama 44 tahun serta 154 sebatan. Beliau pernah dibebaskan sementara dari Penjara Evin di Teheran pada Disember 2024 atas faktor kesihatan, namun ditahan semula setahun kemudian selepas berucap pada majlis memperingati seorang peguam hak asasi manusia.
Adiknya mendakwa, Narges dipukul dengan teruk ketika dan selepas penahanannya sehingga menyebabkan sakit kepala yang teruk serta kehilangan penglihatan ketara pada sebelah mata. Beliau juga didakwa mengalami sakit dada serius, loya, pengsan, tekanan darah tidak menentu dan dipercayai mengalami serangan jantung pada Mac lalu. Hamidreza berkata, pegawai dari pejabat pendakwa raya di Teheran bersama enam doktor di Zanjan mengesahkan Narges berada dalam keadaan kritikal dan perlu menerima rawatan pakar sekurang-kurangnya sebulan di luar penjara.
“Pihak berkuasa cuba menyembunyikan perkara ini dan membiarkannya dalam keadaan begitu dengan harapan dia akan mati,” kata Hamidreza. Katanya, komunikasi dengan kakaknya dan ahli keluarga di Iran masih ‘sangat terhad’ susulan gangguan bekalan elektrik di seluruh negara selepas protes berdarah besar-besaran yang tercetus sebelum ini. ANAK Narges, Ali Rahmani dan Kiana Rahman bergambar dengan kerusi yang ditandatangani di Muzium Hadiah Nobel di Stockholm, pada 13 Disember 2023.
– AFPJawatankuasa Nobel Norway meminta pihak berkuasa Iran untuk memindahkan Narges ke pasukan perubatan yang sesuai di Teheran.
“Tanpa rawatan itu, nyawanya masih berada dalam bahaya. Narges dipenjarakan semata-mata kerana kerja hak asasi manusianya secara aman. Nyawanya kini di tangan pihak berkuasa Iran,” kata jawatankuasa tersebut dalam satu kenyataan. Jawatankuasa itu sebelum ini turut menggesa Iran supaya membebaskan Narges serta-merta tanpa syarat daripada tahanan yang disifatkan tidak adil, sambil menyenaraikan pelbagai penderaan dialaminya di penjara, termasuk dipukul berulang kali.
Anak aktivis itu, Ali Mohammadi dan Kiana Mohammadi, yang mengetuai Yayasan Hak Asasi Narges, juga berulang kali menuntut supaya ibu mereka diberikan rawatan sewajarnya.
Iranian Human Rights Activist Narges Mohammadi Nobel Peace Prize Prinzmetal Angina Heart Attack Specialist Treatment Prisoner Healthcare Denial Advocating For Women's Rights Advocating For Death Penalty Abolition
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
MMEA flags Iranian-linked oil transfers near Malaysian watersMMEA director-general Rosli Abdullah says many ship-to-ship oil transfers occur in remote locations near maritime boundaries or international shipping routes.
Read more »
Iranian foreign minister warns UAE, accuses US-Israeli aggressionIran's foreign minister Abbas Araghchi accused the UAE of playing an active role in the US-Israeli war against his country, stating that the UAE was directly involved in the act of aggression against Iran and may have acted directly against them.
Read more »
Fourth Malaysian‑linked ship transits Strait of Hormuz with Iranian clearance, shipping data showsKUALA LUMPUR, May 15 — A support vessel owned by Malaysian firm Vantris Energy, formerly known as Sapura Energy, passed through the Strait of Hormuz, LSEG shipping data showed...
Read more »
Trump: spoke with Xi about lifting sanctions on Chinese companies that buy Iranian oilK-pop group's new album marks member Key's return to group activities after a six-month hiatus.
Read more »
