Malaysia dijangka menyertai 10 acara sukan pada temasya Sukan Komanwel 2026 berbanding 27 acara pada Sukan Asia, sekali gus melibatkan jumlah atlet yang lebih kecil. KBS juga sedang menetapkan sasaran pencapaian pingat tanpa mengurangkan komitmen terhadap pembangunan atlet negara.
MUHAMMED Taufiq ketika sidang akhbar Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan 2026 di Sendayan, Seremban, hari ini. -UTUSAN / NOR SHAFIQAH MOHD GHAZALISEREMBAN: Kementerian Belia dan Sukan sedang memperhalusi langkah penjimatan bagi menghadapi temasya Sukan Komanwel 2026 dan Sukan Asia agar tidak menjejaskan kualiti persiapan atlet negara.
Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata, usaha penjimatan itu lebih tertumpu kepada aspek pengurusan dan perbelanjaan lain yang tidak melibatkan atlet serta pembangunan sukan. Menurutnya, Malaysia dijangka menyertai 10 acara sukan pada temasya Sukan Komanwel 2026 berbanding 27 acara pada Sukan Asia, sekali gus melibatkan jumlah atlet yang lebih kecil.
“Langkah-langkah penjimatan itu sedang dalam perbincangan sebab penjimatan ini tidak hanya berkenaan program dalam negara tetapi lebih penting bagaimana kita ingin mengurangkan kadar dan kos supaya penjimatan itu dapat digunakan ke arah lain. “Namun yang paling penting, langkah penjimatan ini tidak melibatkan pengurangan kualiti persiapan atlet, pengurangan keterlibatan dalam sukan ataupun pengurangan kualiti sukan itu sendiri,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan 2026 di Sendayan, hari ini.
Beliau dalam pada itu berkata, KBS juga sedang menetapkan sasaran pencapaian pingat tanpa mengurangkan komitmen terhadap pembangunan atlet negara.
“Kita tetap jaga supaya kualitinya terjamin. Penjimatan ini lebih kepada perkara yang mungkin tidak sepatutnya dibelanjakan dan kita akan lebih teliti berbanding sebelum ini,” katanya. Malaysia dijadual menyertai temasya Sukan Komanwel 2026 edisi ke-23 di Scotland, Julai depan, manakala Sukan Asia 2026 pula dijangka berlangsung dari 19 September hingga 4 Oktober ini di Aichi-Nagoya, Jepun. – UTUSAN
Sukan Komanwel 2026 Sukan Asia Perencanaan Jika Bukan Sahaja Pejamatan Ini Bukan Pengurangan Kualiti Peningkatan Pelaporan Internasional KBS Taufiq National Selasa Nomor
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Tidak Letakkan Harapan dalam Road to GoldKHM menyerahkan sepenuhnya keputusan untuk dimasukkan ke dalam Program Road to Gold (RTG) kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS). President KHM, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, RTG adalah inisiatif khusus untuk meraih pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik, manakala sebarang penyertaan dalam program berkenaan mestilah dinilai secara realistik dan menyeluruh.
Read more »
Sekolah Tengku Budriah Mengekalkan Dominasi dalam Sukan Bola Sepak, Gelar Juara Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 TahunSekolah Tengku Budriah (STB) mempertahankan kejuaraan mereka dalam sukan bola sepak bawah 12 tahun Majlis Sukan Sekolah Negeri Perlis (MSSPs) 2026, menewaskan SK Santan dengan keputusan 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti.
Read more »
Bonnie Bunyau Gustin Setuju Untuk Mengekalkan Momentum Cemerlang & Mencipta Rekod DuniaBonnie Bunyau Gustin, jaguh powerlifting para negara, telah menetapkan sasaran tinggi untuk membawa pulang dua pingat emas pada Sukan Para Komanwel Glasgow pada Julai ini serta Sukan Para Asia Aichi-Nagoya yang dijadual berlangsung Oktober. Bonnie berkata, dia kini pada landasan terbaik untuk mengekalkan momentum cemerlang dalam kategori 72 kilogram (kg) selain mahu memastikan setiap angkatan dapat disempurnakan dengan baik di kedua-dua temasya berkenaan.
Read more »
MOM, PSM pasang impian bawa sepak takraw ke OlimpikPresiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria memberi bayangan impian melihat sepak takraw dipertandingkan di Sukan
Read more »
