Beyond the Breaking News

Indonesian pop star performs in Malaysia with 'mixtape' concert

Art And Entertainment News

Indonesian pop star performs in Malaysia with 'mixtape' concert
Indonesian Pop StarMixtape ConcertMega Star Arena

Penyanyi pop alternatif Indonesia, Hindia, returns to Malaysia for an intimate concert at Mega Star Arena, Kuala Lumpur, where he will perform the 'mixtape' concept blending his music with other artists. The concert is organized by Sepuluh Dua Empat, Seraya Live, and Renjana Idea.

PETALING JAYA: Penyanyi pop alternatif Indonesia, Hindia, bakal kembali menghiburkan peminat setianya di Malaysia menerusi konsert istimewa,Konsert yang dijadual berlangsung pada 22 Ogos depan di Mega Star Arena , Kuala Lumpur itu dijangka membawa kelainan menerusi konsep era ‘mixtape’ yang menggabungkan karya Hindia bersama artis lain seperti diperkenalkan dalamAcara tersebut dianjurkan syarikat pengurusan kreatif Sepuluh Dua Empat dengan kerjasama penganjur Indonesia, Seraya Live serta penganjur tempatan, Renjana Idea.

Menurut Hindia atau nama sebenarnya, Baskara Putra, konsert berkenaan bakal menyajikan pengalaman audio-visual berbeza dengan sentuhan muzik yang diperhalusi bersama pemuzik pengiringnya, Blue Valley Radio.

“Secara keseluruhan, Doves, ’25 Experience merupakan rangkuman elemen paling penting daripada pelbagai persembahan yang kami jayakan sepanjang era mixtape ini. “Peminat akan menikmati intipati persembahan tersebut dalam satu malam istimewa, termasuk senarai lagu yang lebih panjang. Ini juga cara kami membalas kerinduan serta menghargai sokongan luar biasa peminat di Malaysia yang sentiasa menerima kehadiran kami dengan baik,” katanya.

Tambah Baskara, idea besar bagi konsert tersebut sudah dirancang sejak pelancaran Doves ’25 dan Malaysia menjadi lokasi pertama untuk merealisasikan konsep berkenaan.merupakan karya eksperimental Hindia yang menggabungkan elemen gitar dan bunyian elektronik dengan lirik dalam bahasa Indonesia serta Inggeris. Karya itu turut meraih pengiktirafan meluas di Indonesia apabila memenangi beberapa kategori utama di Anugerah Musik Indonesia , termasuk Video Muzik Terbaik, Artis Solo Alternatif Terbaik, Album Alternatif Terbaik dan Album Terbaik.

Pencapaian tersebut sekali gus mencipta sejarah sebagai mixtape pertama memenangi kategori Album Terbaik dalam anugerah berprestij itu. Bagi peminat yang ingin menyaksikan persembahan berkenaan, tiket konsert akan mula dijual menerusi laman sesawang ticket2u.com.my bermula esok, pukul 3 petang. Tiket ditawarkan dalam beberapa kategori iaitu Standing , Seating 1 dan Seating 2 . Selain itu, kategori VIP turut disediakan membabitkan VIP Standing dan VIP Seating .

Pemegang tiket VIP bakal menikmati pelbagai keistimewaan termasuk barangan eksklusif, akses masuk awal ke ruang konsert serta peluang mengikuti jelajah produksi belakang tabir yang dikendalikan sendiri oleh Baskara sebelum persembahan bermula. -UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Indonesian Pop Star Mixtape Concert Mega Star Arena Kuala Lumpur 1024 Management Blue Valley Radio Doves '25 Experience Malaysia Concert Ticket Sales

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Kiehl’s & Grab Malaysia Celebrate Female Delivery Riders through Suncare Initiative in MalaysiaKiehl’s & Grab Malaysia Celebrate Female Delivery Riders through Suncare Initiative in MalaysiaKiehl's and Grab Malaysia teamed up to support Malaysian female delivery riders through a sun care initiative at Sunway Pyramid. Over 100 women took part in a symbolic convoy ride, with 100 female delivery partners in a symbolic convoy ride to highlight their resilience and raise awareness about the importance of sun protection and well-being while working outdoors.
Read more »

Masuk Mekah tanpa permit: Malaysia tunggu siasatanMasuk Mekah tanpa permit: Malaysia tunggu siasatanMalaysia sedang menunggu siasatan berkenaan dakwaan lima rakyat Malaysia yang ditahan memasuki Mekah tanpa permit.
Read more »

Pengguna Malaysia Diharapkan Bakal Maju Lebih Selama Percakapankan Data Kewangan: Bank Negara MalaysiaPengguna Malaysia Diharapkan Bakal Maju Lebih Selama Percakapankan Data Kewangan: Bank Negara MalaysiaPenyelewaan acara berkenaan bertujuan membolehkan perkongsian data secara selamat diantara penyedia perkhidmatan kewangan bagi mewujudkan pengalaman pelanggan yang lebih lancer.
Read more »

Indonesia, Malaysia Approve New Joint Venture Between PETRONAS, Eni, Creating Boost for Global Energy InvestmentIndonesia, Malaysia Approve New Joint Venture Between PETRONAS, Eni, Creating Boost for Global Energy InvestmentThe Indonesian and Malaysian governments have approved the changes in ownership for oil and gas blocks that will be transferred to a new joint venture between PETRONAS and Eni, creating a significant boost for global energy investment in the region.
Read more »



Render Time: 2026-05-22 14:12:17