New Actor Imranul Effendy Shares the Challenges of Breaking into the Acting Industry

Entertainment News

New Actor Imranul Effendy Shares the Challenges of Breaking into the Acting Industry
Imranul EffendyActingEntertainment Industry

Emerging actor Imranul Effendy discusses the difficulties faced in the local entertainment scene, emphasizing the need for talent, perseverance, networking, and public relations to succeed, even with the boost from his collaboration on the song Jodoh Lebaran.

Pelakon baharu, Imranul Effendy , semakin menjadi sebutan peminat hiburan tempatan selepas kejayaan karya lagu Jodoh Lebaran nyanyian Aisha Retno yang mencetuskan fenomena tersendiri. Populariti yang diraih bukan sahaja memperkenalkan namanya kepada khalayak, malah membuka lebih banyak peluang dalam industri seni. Namun di sebalik sinar itu, Imranul tidak berselindung untuk mengakui perjalanan menembusi arena lakonan sebenarnya penuh liku dan cabaran.

Menurut Imranul, ramai mungkin melihat kejayaan pelakon sebagai sesuatu yang mudah, namun hakikatnya jalan untuk berada di posisi tersebut memerlukan usaha, kesabaran dan sokongan daripada orang sekeliling. “Terus-terang, memang susah untuk menembusi bidang lakonan ini. Pada saya, bukan sekadar kita ada bakat atau kemahiran berlakon. Kita juga perlu dikenali dan ada orang yang boleh membawa kita ke hadapan. “Kalau tiada rangkaian atau orang yang percaya kepada kita, memang agak sukar untuk kita pergi jauh dalam industri ini,” katanya.

Tambahnya, realiti industri hiburan menuntut seseorang bukan sahaja bekerja keras memperbaiki kemahiran, malah perlu bijak membina hubungan dan mencari ruang untuk menonjolkan diri. “Kita kena kenal ramai orang, kena buat banyak ‘public relations’ dan sentiasa mencari peluang. Kalau tidak, walaupun ada bakat, orang mungkin tidak nampak. Itu yang saya lalui, dan saya masih belajar untuk memperbaiki diri dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Imranul juga bersikap terbuka apabila mengakui bahawa lonjakan popularitinya ketika ini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh kejayaan Jodoh Lebaran, khususnya melalui gandingannya bersama Aisha Retno yang mendapat perhatian ramai. Namun, dia memilih untuk melihat perkara itu sebagai satu kelebihan yang harus dimanfaatkan sebaik mungkin. “Saya memang akui, saya menumpang populariti yang ada. Tetapi saya gunakan peluang ini untuk buktikan kemampuan saya. Saya tidak mahu orang melihat saya sebagai hanya menumpang tanpa memberikan prestasi. Jadi setiap peluang yang datang, saya cuba berikan terbaik supaya orang nampak kesungguhan saya,” jelasnya.

Menariknya, perjalanan seni Imranul tidak bermula sebagai pelakon. Sebaliknya, dia memulakan langkah sebagai jurusolek kesan khas sekitar tahun 2021 ketika negara dilanda pandemik Covid-19. Pengalaman itu menjadi asas penting dalam memahami dunia produksi sebelum dia melangkah sebagai pelakon. “Saya bermula sebagai SFX Makeup kerana ketika itu saya sendiri tidak tahu bagaimana hendak masuk ke dalam industri. Jadi, saya fikir itu platform terbaik untuk saya belajar dan memahami suasana di set. Saya buat selama dua tahun, dan dari situ saya mula rasa yakin untuk cuba bidang lakonan pula,” katanya.

Tambahnya, pengalaman di belakang tabir memberi kelebihan untuk memahami disiplin kerja di set penggambaran serta membentuk dirinya lebih bersedia apabila di hadapan kamera. Selain itu, akui Imranul, kejayaan Jodoh Lebaran juga memperkenalkan dirinya kepada peminat yang mana, karya tersebut turut membuka ruang untuk lebih ramai pihak melihat potensi yang dimilikinya. “Alhamdulillah, sejak Jodoh Lebaran jadi fenomena, saya dapat banyak pendedahan dan semakin ramai yang kenal. Saya anggap ini sebagai satu platform untuk orang melihat potensi saya, bukan sahaja dalam tarian tetapi juga dalam lakonan. Ini memang rezeki yang saya sangat syukuri,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Imranul turut berkongsi bahawa jadualnya kini semakin padat dengan pelbagai aktiviti seni, termasuk persembahan tarian bersama Aisha yang sering menjadi permintaan peminat. “Setakat ini, banyak undangan untuk saya menari bersama Aisha kerana orang memang mahu lihat kami bergandingan. Tetapi saya terbuka untuk bekerjasama dengan artis lain juga kerana saya memang minat berkarya dalam tarian,” katanya.

Walaupun begitu, dia menegaskan bahawa fokus utamanya kini adalah untuk mengukuhkan nama dalam bidang lakonan. Antara projek yang telah diselesaikan penggambarannya termasuk Nar’sata: Sekutu Setan terbitan MIG di bawah arahan Piere Andre selain beberapa naskhah lain seperti Takluk 2: Ops Daulat dan Rahasia.

Dalam pada itu, Imranul juga menunjukkan sikap profesional apabila berdepan dengan perhatian peminat yang semakin meningkat. Baginya, melayan peminat adalah sebahagian daripada tanggungjawab sebagai seorang pelakon. “Itu memang sebahagian daripada kerja sebagai pelakon. Kalau kita rasa rimas bila orang mahu bergambar, mungkin kita salah pilih kerjaya. Peminat sanggup datang dari jauh semata-mata untuk jumpa kita, jadi tidak salah untuk kita luangkan sedikit masa. Walaupun penat, kita tetap kena hargai mereka,” jelasnya.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Imranul Effendy Acting Entertainment Industry Challenges Networking

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Malaysia-Bound Oil Tankers Delayed in Strait of Hormuz Due to New Blockade, PM Anwar ReportsMalaysia-Bound Oil Tankers Delayed in Strait of Hormuz Due to New Blockade, PM Anwar ReportsPrime Minister Anwar Ibrahim stated that five oil tankers bound for Malaysia are currently held in the Strait of Hormuz due to a new US-imposed blockade disrupting global oil flows. While Iran has granted permission for transit, a recent development has caused complications, with only two vessels managing to pass through. The situation is being closely monitored.
Read more »

South Korea Aims to Revive Formula One Grand Prix with New Incheon Street CircuitSouth Korea Aims to Revive Formula One Grand Prix with New Incheon Street CircuitSouth Korea is proposing to host a Formula One race for the first time since 2013, with plans for a new five-kilometer street circuit in Incheon. Officials believe this financially viable plan can attract significant visitors and be integrated with K-culture entertainment. The previous Korean Grand Prix was discontinued due to costs and low local interest.
Read more »

MATTA Fair Penang 2026 Promises Enhanced Travel Experiences at New VenueMATTA Fair Penang 2026 Promises Enhanced Travel Experiences at New VenueMATTA Fair Penang 2026 is set to captivate travelers with its move to the spacious Penang Waterfront Convention Centre (PWCC). The event, scheduled for April 25-26, has already seen unprecedented demand with all 320 booths booked within five days, highlighting strong industry confidence and market interest. Featuring 90 exhibitors, the fair will offer a diverse range of travel deals and opportunities for collaboration, promoting Malaysia as a premier travel destination.
Read more »

French court raises French director Ruggia’s sentence to five years for assaulting child actorFrench court raises French director Ruggia’s sentence to five years for assaulting child actorPARIS, April 18 — A French court yesterday handed film director Christophe Ruggia a five-year sentence on appeal for sexually assaulting an actor when she was a child in one of...
Read more »

Actor Zally Hussain Remembers Music Icon Tan Sri Dr. Ahmad NawabActor Zally Hussain Remembers Music Icon Tan Sri Dr. Ahmad NawabActor Zally Hussain shares his fond memories of the legendary music icon Tan Sri Dr. Ahmad Nawab, describing him as a respected musician and expressing gratitude for the opportunity to collaborate with him. Hussain also details his current career shift away from acting into business.
Read more »

French film director sentenced to five years on appeal for abusing child actorFrench film director sentenced to five years on appeal for abusing child actorJEDDAH: Johor Darul Ta'zim's (JDT) hopes of becoming the first Malaysian club to reach the AFC Champions League (ACL) Elite semi-finals were dashed after a narrow 1-2 defeat to defending champions Al-Ahli on Friday (April 17).
Read more »



Render Time: 2026-05-03 23:15:18