Beyond the Breaking News

Parti Bersama Malaysia Mungkin Ancam Seperti Parti Pejuang Tanah Air

Politik News

Parti Bersama Malaysia Mungkin Ancam Seperti Parti Pejuang Tanah Air
Parti Bersama MalaysiaParti Pejuang Tanah AirDr. Mahathir Mohamad

Pertubuhan baru itu didirikan oleh Datuk Seri Rafizi Ramli, sedangkan Parti Pejuang Tanah Air didirikan oleh Dr. Mahathir Mohamad. Seorang pengarah dari Institut Kajian Politik Malaysia mengatakan bahwa suatu partai yang sifatnya hanya bergantung pada individu tertentu dan tidak memiliki struktur yang solid kecuali berasal dari singgungan popularitas di media sosial baginya akan menjadi sasaran atau akan berakhir sebagai kegagalan dalam beberapa hari ke depan ini.

KUALA LUMPUR: Parti Bersama Malaysia yang ditubuhkan oleh Datuk Seri Rafizi Ramli hampir pasti akan bernasib sama seperti Parti Pejuang Tanah Air yang diasaskan Tun Dr. Mahathir Mohamad .

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia di Universiti Utara Malaysia , Prof. Madya Dr. Mashitah Mohd Udin berkata, ini kerana politik Malaysia tidak pernah memihak kepada parti yang hanya bersandarkan kepada satu individu tertentu. Jelasnya, pengundi biasanya menilai sesebuah parti berdasarkan ideologi, jentera akar umbi dan kerja nyata di kawasan, bukan kerana populariti tokoh di media sosial.

“Bandingkan sahaja rekod Rafizi dengan rekod Dr Mahathir yang memerintah negara selama 22 tahun, membangunkan Langkawi, membina Putrajaya dan KLIA, tetapi tetap hilang deposit di kubu sendiri pada PRU15. “Calon-calon Parti Pejuang yang beliau tubuhkan pula hilang deposit di hampir semua tempat. Jika nama sebesar Mahathir pun boleh ditolak mentah-mentah oleh pengundi, apatah lagi Rafizi,” katanya hari ini.

Mashitah berkata, Rafizi hanya menjadi Menteri Ekonomi kurang daripada tiga tahun dan tidak mempunyai jasa dan legasi besar seperti rekod pembangunan fizikal di mana-mana kawasan. Katanya, pengaruh beliau tertumpu di kawasan bandar besar seperti Pandan dan Setiawangsa sahaja tetapi itu tidak cukup untuk menang di peringkat nasional.

“Malaysia mempunyai 222 kerusi Parlimen dan untuk menang, sesebuah parti perlu menembusi Felda, kawasan pedalaman dan kawasan luar bandar yang langsung tidak terkesan dengan wacana idealisme bandar. “Pengundi luar bandar tidak mengundi kerana debat Twitter atau pendedahan skandal. Mereka mengundi kerana bantuan sara hidup, projek jalan raya, elektrik dan air serta kehadiran pemimpin di majlis kenduri.

“Populariti dalam kalangan anak muda juga tidak bermakna jika kadar keluar mengundi mereka rendah,” katanya. Beliau berkata, parti berasaskan ideologi seperti DAP dan Pas kekal relevan kerana mempunyai jentera dan identiti yang jelas, manakala parti personaliti seperti Semangat 46 dan Pejuang semuanya tenggelam selepas satu atau dua pilihan raya.

Katanya, tanpa struktur parti dan naratif yang lebih daripada sekadar anti-establishment, Parti Bersama juga akan berakhir sebagai parti yang sekadar boleh buat bising di media sosial atau ceramah saja tetapi gagal memberi impak di Parlimen. –

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Parti Bersama Malaysia Parti Pejuang Tanah Air Dr. Mahathir Mohamad Rafizi Ramli Politik Malaysia Ideologi Jentera Akar Umbi Pengundi Media Sosial

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Parti Bersama Malaysia's move could benefit Perikatan Nasional, according to an analystParti Bersama Malaysia's move could benefit Perikatan Nasional, according to an analystSyaza Shukri of the International Islamic University Malaysia says Together Malaysia's decision to appeal to progressive voters risks splitting the non-Malay vote, potentially opening the door for a PN victory.
Read more »

MUHAMMAD Kamil Abdul Munim: PKR Kekal Kukuh, Bersatu Untuk Pertahankan 3RMUHAMMAD Kamil Abdul Munim: PKR Kekal Kukuh, Bersatu Untuk Pertahankan 3RMUHAMMAD Kamil Abdul Munim, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), menyatakan bahawa tindakan beberapa pemimpin PKR, termasuk bekas Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli dan Naib Presiden, Nik Nazmi Nik Ahmad, meninggalkan parti itu tidak menjejaskan kedudukan PKR dalam mendepani arus politik tanah air. AMK melihat semua parti-parti Melayu di negara ini perlu bersatu dalam mempertahan isu 3R iaitu agama, bangsa dan raja sepertimana saranan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin.
Read more »

‘Parti politik, hari ini kawan esok jadi lawan’‘Parti politik, hari ini kawan esok jadi lawan’Landskap politik negara yang sentiasa berubah menyebabkan rakyat semakin hilang keyakinan terhadap parti politik sedia ada.
Read more »

Sze Fei-Izzuddin Menang Malaysia MastersSze Fei-Izzuddin Menang Malaysia MastersPasangan Malaysia memenangi Malaysia Masters dengan mengalahkan Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam aksi separuh akhir, kejuaraan kelima kemenangan Malaysia
Read more »



Render Time: 2026-05-24 11:24:42