Beyond the Breaking News

Four Chinese men in Perlis sentenced to 14 days and RM250 fine for house-breaking tools possession

Crime News

Four Chinese men in Perlis sentenced to 14 days and RM250 fine for house-breaking tools possession
CrimeChinaPerlis

Four Chinese nationals were sentenced to 14 days in prison and fined RM250 each by Majistret Nurul Natasha Rizal, for possessing house-breaking tools, following their guilty pleas.

TERTUDUH dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Kangar, Perlis , selepas dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM250 oleh Mahkamah Majistret, hari ini atas kesalahan memiliki alat pecah rumah.

-UTUSAN/ASYRAF MUHAMMADKANGAR: Empat lelaki warga China dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM250 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas kesalahan memiliki alat pecah rumah. Majistret Nurul Natasha Rizal menjatuhkan hukuman itu ke atas Chen Yufeng, 52, Peng Yongjian, 46, Liu Huazai, 51, dan Wang Jianghua, 45, selepas semua tertuduh mengaku bersalah. Mengikut kertas pertuduhan, semua individu terbabit didakwa bersama-sama memiliki alat pecah rumah tanpa alasan yang sah.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan Bukit Kaya Indah 6, Taman Bukit Kaya Indah, di sini, antara pukul 7.30 petang pada 7 Mei lalu sehingga 7.30 pagi pada 8 Mei lepas. Antara peralatan yang ditemui bersama mereka termasuk empat batang besi, satu sepana boleh laras, alat pemotong, sebatang playar, pemutar skru dan satu unit alat berbentuk T yang diubah suai disyaki berfungsi sebagai kunci induk.

Berikutan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 28 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda maksimum RM250 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Ruqayyah Tengku Shahrom manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Semasa prosiding, Tengku Ruqayyah memohon mahkamah agar dapat menjatuhkan hukuman setimpal kerana kesalahan itu bukannya perkara remeh malah mempunyai kaitan rapat dengan kegiatan jenayah pecah rumah dan kecurian harta benda awam.

Selain itu, pemilikan barang pecah rumah itu juga menunjukkan persediaan tertuduh melakukan jenayah yang memberi ancaman serius kepada keselamatan awam. Mahkamah kemudian memerintahkan semua tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan dan berdepan tambahan penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan. Selain itu, dokumen perjalanan pasport tertuduh turut dipulangkan, manakala barang kes bersangkutan dilupuskan manakala wang tunai rampasan pula diserahkan kepada Kerajaan Malaysia melalui pihak pendakwaan. -UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Crime China Perlis House-Breaking Tools Possession House-Breaking Chinese Nationals Perlis China Nationals Perlis House Breaking Tools Possession Housebreakingtools Housebreaking

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Murder, body dumping of OKU: Four men charged in Kota BaruMurder, body dumping of OKU: Four men charged in Kota BaruKOTA BARU: Two men were charged in the Magistrate's Court here with murdering a person with disability (PWD) at a house in Kampung Binjai, Banggu here last month.
Read more »

Chinese personnel swim, use boats to evacuate people in flood-hit areasChinese personnel swim, use boats to evacuate people in flood-hit areasKUALA LUMPUR: The FBM KLCI extended its losing streak to a sixth consecutive session on Wednesday, tracking weaker regional markets as cautious investor sentiment continued to weigh on risk appetite.
Read more »

Penyalahgunaan dadah di Perlis membimbangkanPenyalahgunaan dadah di Perlis membimbangkanMasalah penyalahgunaan dan penagihan dadah di negeri ini menunjukkan trend membimbangkan apabila merekodkan 2,890 individu terlibat sepanjang tahun lalu.
Read more »

FAMA pergiat usaha promosi hasil pertanian PerlisFAMA pergiat usaha promosi hasil pertanian PerlisLembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Perlis terus mempergiat usaha memperkenal dan mempromosi keistimewaan hasil pertanian negeri Perlis menerusi penganjuran Program Jualan Agro MADANI Edisi Perlis yang berlangsung di FAMA Point, Ibu Pejabat FAMA, Bandar Baru Selayang, di sini.
Read more »



Render Time: 2026-05-22 12:49:07