Improvements in this Year's Hajj Season: MHF Furnishes Tailored Cushions and Heated Shelters to Ensure Comfort

Hajj And Umrah News

Improvements in this Year's Hajj Season: MHF Furnishes Tailored Cushions and Heated Shelters to Ensure Comfort
Lembaga Tabung HajiHaji SeasonCustomized Seating

The MHF (Lembaga Tabung Haji) has introduced significant enhancements to this year's Haj season, including providing customized seating for each pilgrim and equipped shelters with heaters to minimize the harsh heat.

MEKAH: Lembaga Tabung Haji menampilkan penambahbaikan masyair musim haji tahun ini dengan setiap jemaah disediakan katil sofa khas dan khemah yang dilengkapi penebat haba bagi mengurangkan bahang cuaca panas.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad berkata, kemudahan itu dilihat sebagai antara pembaharuan terbesar dalam usaha meningkatkan keselesaan jemaah di samping mahu mereka dapat memfokuskan sepenuhnya kepada ibadah di Arafah dan Mina serta mencapai haji mabrur. Katanya, setiap jemaah disediakan katil sofa yang boleh dilaraskan mengikut keselesaan sama ada untuk duduk atau berbaring.

“Setiap jemaah akan mempunyai katil sendiri. Kita juga akan meletakkan tag nama dan gambar bagi memudahkan mereka mengenal pasti tempat masing-masing. Maknanya, setiap orang pasti ada ruang sendiri dan tidak perlu berebut tempat.

“Selain itu, ruang penyimpanan khas turut disediakan bagi membolehkan jemaah menyimpan beg, barangan peribadi dan kelengkapan mandian tanpa perlu meletakkannya di lantai sehingga mengganggu ruang,” katanya kepada pemberita ketika meninjau persiapan akhir operasi masyair haji Malaysia di sini semalam. Dalam pada itu, Mustakim berkata, selain itu reka bentuk baharu khemah masyair yang dilengkapi penebat haba bagi mengurangkan bahang cuaca panas yang dijangka mencecah lebih 40 darjah Celsius.

Katanya, unit pendingin hawa jenis ‘split unit’ turut dipasang di setiap khemah dengan kedudukan kompresor ditempatkan di atas khemah bagi mengelakkan laluan pejalan kaki menjadi panas. Mustakim memberitahu, jumlah tandas di Mina turut ditingkatkan secara drastik iaitu hampir lima kali ganda berbanding musim lalu bagi mengurangkan kesesakan jemaah.

“Jika sebelum ini hanya sekitar 100 tandas disediakan, tahun ini jumlahnya meningkat kepada kira-kira 600 tandas,” katanya. Beliau berkata, menyedari kepentingan telefon bimbit kepada jemaah terutama untuk komunikasi dengan keluarga dan petugas, kemudahan mengecas telefon turut dipertingkatkan musim ini. Katanya, keseluruhan persiapan operasi masyair ketika ini telah melebihi 90 peratus dan berada pada tahap memuaskan. Menurut Mustakim, semua usaha penambahbaikan dilakukan dengan satu matlamat utama iaitu memastikan jemaah dapat memberi fokus sepenuhnya kepada ibadah dan seterusnya mencapai haji mabrur.

“Kita mahu jemaah fokus kepada ibadah. Sebab itu kita cuba sediakan segala kemudahan yang diperlukan supaya operasi berjalan lancar dan jemaah berada dalam keadaan selesa,” katanya. Dalam perkembangan sama katanya, jemaah dinasihatkan supaya membawa beg bersaiz kecil ketika bergerak ke Arafah dan Mina bagi mengelakkan kesesakan ruang di khemah.

“Makanan dan kelengkapan asas semuanya telah disediakan. Jadi tidak perlu membawa terlalu banyak barang atau makanan dari hotel,” katanya. Beliau turut mengingatkan jemaah supaya sentiasa mematuhi arahan petugas Tabung Haji dan bergerak mengikut maktab masing-masing bagi mengelakkan tersasar di kawasan masyair yang luas dan mempunyai rupa khemah hampir sama.

“Bagi memudahkan pengecaman, setiap maktab akan menggunakan warna berbeza selain dilengkapi papan tanda khas di setiap laluan masuk,” katanya. -

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Lembaga Tabung Haji Haji Season Customized Seating Heated Shelters Comfort Pilgrim Shelters Heat Pilgrims Shelters With Heaters MINA Arafah

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

19-Year-Old Student Found Dead Near Pangie Dam, Returning to Board School Missing19-Year-Old Student Found Dead Near Pangie Dam, Returning to Board School MissingA 19-year-old student reported missing from a boarding school was found dead on a riverbank near the Pangie hydroelectric dam. The cause of death is still under investigation.
Read more »

Malaysia’s labour demand hits 9.23m jobs in Q1 2026, services sector drives growthMalaysia’s labour demand hits 9.23m jobs in Q1 2026, services sector drives growthPUTRAJAYA, May 14 — Malaysia’s labour demand grew by 1.8 per cent year-on-year (y-o-y), reaching 9.23 million jobs in the first quarter of this year, according to the...
Read more »

Maxis Posts Strong First-Quarter Results, Maintains Low Single-Digit Growth GuidanceMaxis Posts Strong First-Quarter Results, Maintains Low Single-Digit Growth GuidanceMaxis, a leading telecommunications company in Malaysia, reported a positive first-quarter result with a stronger net profit and higher revenue compared to the year-ago quarter. The company's CEO, Goh Seow Eng, attributed the performance to a disciplined approach and an encouraging start to the financial year. Maxis is maintaining its full-year guidance of low single-digit growth in service revenue and Ebitda, as well as a capex intensity of 10% to 12%. The consumer mobile service revenue increased 3.5% year-on-year, driven by targeted customer acquisition and relevant offerings. In the enterprise business, service revenue rose 5.3% year-on-year. Maxis also participates in Bank Negara's SME SRF to support SMEs.
Read more »

LITTLE HAJJ PROGRAM INTRODUCES 5 ISLAMIC PRINCIPLES TO PRESCHOOLERSLITTLE HAJJ PROGRAM INTRODUCES 5 ISLAMIC PRINCIPLES TO PRESCHOOLERSThe Little Hajj program involved 486 tadika Little Caliphs from 15 locations across the country to teach young children the fifth pillar of Islam since early childhood.
Read more »



Render Time: 2026-05-18 02:05:47